Suho dan kai sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Suho masih rasa malu bila ingat apa yg terjadi di dalam kelas tadi. Dia nak mengadu kat kai tapi rasa kekok.
"weh kai, aku ada benda nk bagitau" kata suho. "kau nak bagitau ape? Pasal kau kena reject dgn lisa?" kata kai sambil ketawa kecil.
"siot mcm mana dia boleh tahu ni?!!" suho bermonolog. "cane kau boleh tahu? Kau takde kt kelas kan tadi?" tanya suho yg curious.
"kau tahu tak lepas je kau kena reject tu heboh satu sekolah tauuu, aku dpt tahu pon sbb Gary jumpa aku kat toilet tadi" kata kai. "kau ni hyung, takyah la berangan nak lisa tu. Walaupun gi prom, aku dah cop dia dulu" sambung kai sambil buat muka comel.
"kau ni kenapa? Aku dah usha lisa tu lama, aku sukakan lisa. Kau jangan nak jadi perampas lah" kata suho dgn nada yg tegas.
Dalam diam suho simpan perasaan dkt lisa. Tak sangka, playboy pun ada perasaan jatuh cinta. Ingatkan tahu main perasaan orang je. Tapi apa pun, lisa memang sudah disunting kai dari awal perkenalan lagi.
Tiba tiba, soyou berjalan sambil menangis melintasi mereka.
"tu awek kau nangis tu gi lah pujuk" perli kai.
Suho yang malas nak layan karenah adik dia terus meluru ke arah soyou.
"soyou, awak okay? Kenapa menangis ni?" tanya suho.
Soyou mendongak dan melihat suho di depannya. Dia terus memeluk suho. Dia berasa tenang setelah memeluk suho.
Suho hanya kaku. Dia taktahu nak buat apa. "soyou, kenapa ni?" dia membalas pelukan soyou. Kadang kadang, dia rasa soyou mmg sesuai dgn dia. Sikap dan perangai dingin soyou sama dgn perangainya.
"kenapa awak ajak lisa ke prom? Awak tk fikir perasaan saya ke?" lisa terus menumbuk dada suho dan menolaknya. "awk tahu tak saya tunggu awak ajak saya ke prom and awak pun tahu kan saya sukakan awak dah lama tp kenapa lisa!!! Awak mmg kejam" mengalir airmata soyou. Dia sememangnya sudah jatuh cinta dgn suho.
YOU ARE READING
Saranghae, Lisa
RomanceKai dan Suho adalah kembar yang tidak seiras dan mempunyai personaliti yang berbeza dan pada suatu hari, mereka bertemu dengan Lisa. Lisa gadis dari Malaysia yang baru sahaja pindah ke Seoul, Korea. Seorang yang agak peramah, cantik, bijak dan pada...