Aaron baru saja terjaga dari tidurnya ketika dia melihat sepasang suami isteri yang tidak di kenali datang melawatnya. "oh....aireen... syukurlah, awak tak apa apa...", kata wanita yang berdiri di sebelah lelaki gemuk itu. wanita tersebut terus memeluk aaron erat erat sehinggakan aaron merasa tidak selesa saat itu. "er...awak ni siapa?", soal aaron ingin tahu. "eh.... ini mamalah, aireen... nama mama aivy dan ini pula papa aireen, namanya chan. takkanlah aireen langsung tak kenal mama dan papa pula?", kata wanita tersebut. "mama... sejak adik di bedah, otaknya jadi tak betul...", bisik valerie di telinga mamanya. "kenapa pula jadi macam tu?", soal wanita bernama mrs aivy itu. "Entahlah, mama... mungkin terover ubat bius kot...", bisik valerie pada mamanya itu. "hish...awak ni.... asyik merepek yang bukan bukan pula...", marah mrs aivy. valerie hanya tersengih saja pada mamanya.
"aireen, papa dengar aireen di tikam oleh seorang perompak masa aireen keluar dari sebuah pasaraya pagi tadi, betul ke tu?... macamana ianya terjadi?", soal lelaki gemuk yang bernama chan aka mr chan. aaron terdiam seketika. setahunya dia di bedah kerana penyakit appendik bukannya di bedah kerana di tikam oleh perompak tapi dalam situasinya sekarang dia terpaksa berbohong dan menyamar menjadi seorang gadis yang bernama aireen sebab rohnya terperangkap dalam tubuh gadis itu. "sebenarnya saya tak berapa ingatlah apa yang telah terjadi sebab ianya terjadi begitu pantas sekali...", balas aaron setelah lama berdiam diri. "eh.... kenapa pula aireen tak dapat ingat apa yang telah terjadi?", soal mr chan pula. aaron menggetapkan bibirnya. geram betul dia bila dia di tanya soalan seperti itu. hampir saja dia cakap, "sebab aku ini bukannya aireen chan lah bongok. lagi pun aku tak pernah mengalami kejadian tu, jadi macamana aku boleh ingat kejadian tu? bodoh!... bangang!... tolol!...", tapi perkataan itu tersangkut di kerongkongannya. dia cuba untuk bertenang ketika itu.
"papa... janganlah marah pada adik... ingatannya mungkin masih blur lagi tu... jadi susah untuk dia mengingati apa yang telah terjadi...", valerie bersuara mempertahankan adiknya. mr chan memandang wajah valerie. "valerie, awak sudah melaporkan perkara ini pada pihak polis ke?", soal mr chan pada valerie. "ya... sudah papa...", balas valerie dengan pantas. "kalau macam tu baguslah...", kata mr chan perlahan lahan. ketika mereka sedang rancak berbual bual, muncul pula 2 orang anggota polis di situ untuk menyoal siasat kes rompakan tersebut. aaron terus di hujani dengan soalan demi soalan yang tidak mampu di jawapnya. setelah puas di soal siasat oleh 2 orang anggota polis itu mereka pun beredar dari situ.
"hm... nampak gayanya adik memang langsung tak ingat apa yang telah terjadi pada masa tu,ya?", soal valerie sambil memandang wajah adiknya. "ya kak....", balas aaron. "hmm... tak apalah dik... pasti di suatu hari nanti adik akan dapat ingat semula apa yang telah terjadi ketika itu...", kata valerie perlahan lahan. mr chan datang lalu mencium dahi aaron. "papa doakan semoga awak cepat sembuh...", kata mr chan. aaron terkedu sebaik saja dia mendengar ucapan lelaki tersebut. mrs aivy pula mencium pipi aaron dengan penuh kasih sayang.
bertambah terkedu aaron saat itu. maklumlah buat pertama kali dalam hidupnya dia mendapat ciuman kasih sayang seperti itu. orang tuanya tak pernah pun berbuat seperti itu pada dirinya. secara automatik, dia teringat pada orang tuanya yang masih berada di london. kalau mereka berada di sini pun belum tentu mereka akan datang melawatnya di hospital sepertimana yang di lakukan oleh keluarga ini terhadap dirinya. orang tuanya terlalu mementingkan bisnes dan pekerjaaan mereka daripada mengambil berat tentang dirinya dan abangnya. jauh bezanya dengan keluarga yang satu ini. mereka lebih mengutamakan ikatan kekeluargaan. dalam keluarga ini aaron merasa dirinya seperti di hargai walaupun pada hakikatnya mereka itu bukanlah keluarganya yang sebenarnya. "aireen, awak berehatlah dulu... Mama dan papa balik ke rumah ya....", kata mrs aivy sambil mengusap usap dahi aaron dengan penuh kasih sayang. aaron hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "er.... adik, akak nak hantar papa dan mama balik ke rumah dulu... adik berehat, ya... jangan merayap ke tempat lain pula... ingat tu...", pesan valerie. aaron hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. selepas berpelukan dan bersalaman seketika mereka pun beredar dari situ. tinggallah aaron seorang diri di situ...
*** *** ***
Aireen sedang berbaring di atas katilnya ketika dia melihat jason datang menghampirinya dengan membawa handphone di tangan. "adik... mummy dan daddy nak bercakap dengan adik...", kata jason sambil menyerahkan handphone di tangan pada adik lelakinya itu. perlahan lahan aireen mengambil handphone pemuda tersebut.
"hello...."
"hello.... Aaron... awak ke tu?.... ini mummy yang bercakap... aaron dah sihat kan?"
"er... ya, i think so...."
"oh.... baguslah kalau macam tu. mummy dan daddy gembira sebab aaron dah selamat menjalani pembedahan tu... anyway, daddy awak tengah berbincang dengan clientnya sekarang ni... dia suruh mummy sampaikan salam dia pada awak kat sana... katanya semoga awak cepat sembuh.... oklah mummy nak hang up dulu... mummy kat saloon ni, nak cuci rambut sekejap. Lepas ni mama nak pergi shopping pula... er, mummy tak boleh cakap banyak... lain kali saja mummy call korang lagi, ya... ok, take care my little cute baby... i missed you and i love you.... muahhh...." Selepas itu kedengaran bunyi dead line tone. "tuuuutttttt....", berdengung bunyinya dalam handphone tersebut. itu menandakan bahawa si pemanggil sudah pun menamatkan perbualan mereka. terpinga pinga aireen ketika itu. begitu ke caranya seorang ibu yang baik bercakap pada anak lelakinya?.... nampak sangat wanita itu tidak terlalu mengambil berat tentang anaknya sendiri. anaknya terlantar di hospital pun bukannya dia nak datang menjenguk. malahan dia pergi ke saloon dan bershopping pula. manakala si bapa pula sibuk berbincang dengan clientnya. apa jenis orang tua macam tu pun aireen sendiri tidak tahu?... dalam diam aireen terkenangkan orang tuanya sendiri. orang tuanya tak pernah mengabaikan dirinya dan kakaknya. Orang tuanya sangat supporting dan caring terhadap mereka.tiba tiba saja aireen merasa rindu pada orang tuanya dan kakaknya. alangkah baiknya jikalau dia dapat bertemu semula dengan mereka tapi itu tidak mungkin terjadi kerana dia kini terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang tidak di kenalinya. tiba tiba, "adik... kenapa adik mengelamun panjang ni?....", soal suatu suara. Terkejut aireen di buatnya. dia lihat jason masih berdiri memandang wajahnya. "oh.... er.... ada apa abang?", soal aireen dengan pantas. "abang tanya apa yang mummy cakap pada adik tadi?", soal jason ingin tahu. "oh... dia cakap yang dia cuma nak sampaikan salam daddy pada kita berdua. daddy cakap semoga adik cepat sembuh. mummy cakap daddy tak sempat call sebab dia tengah berbincang dengan clientnya. mummy pula sibuk cuci rambut di saloon. itu saja yang dia cakap pada adik...", balas aireen perlahan lahan.
"hm.... mereka tu memang macam tu... masa anak sakit terlantar kat hospital macam ni bukannya mereka peduli sangat pun. paling paling pun call aje. Lepas tu langsung tak peduli pada anak sendiri... hmmmm...", keluh jason dengan wajah yang masam mencuka. aireen hanya duduk diam di atas katilnya. Namun dalam diam dia merasa simpati pada jason dan adiknya sebab mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari orang tua mereka. Tentu teruk rasanya jika mempunyai orang tua seperti itu. ketika mereka sedang duduk diam di situ datang seorang doktor lalu memeriksa keadaan aireen. "urm.... saya rasa awak boleh balik ke rumah hari ni... keadaan awak pun sudah bertambah baik sekarang....", kata doktor itu sambil tersenyum. "oh.... betul ke ni tuan doktor?....", soal jason dengan riang sekali. "ya... awak boleh bawa adik lelaki awak ni balik ke rumah...", kata doktor tersebut. jason tersenyum gembira. aireen langsung tidak merasa gembira saat itu sebab dia tahu apabila dia berada di luar kelak sudah tentu dia akan meneruskan kehidupannya sebagai seorang lelaki yang bernama aaron khoo dan itu membuatkannya merasa kekok sekali....
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...