Pagi itu aaron terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar deringan jam di atas meja kecil di sebelah katilnya. jam menunjukkan pukul 6 pagi. "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk orang. "ya... siapa tu?", soal aaron ingin tahu. "adik... akak ni...awak dah siap ke?... kalau dah siap mari kita turun ke tingkat bawah. kita bersarapan sama sama... lepas sarapan kita pergi buka restoran...", kata valerie dari sebalik pintu bilik tidurnya. perlahan lahan aaron bangun lalu membuka pintu bilik tidurnya. kelihatan valerie sedang berdiri memerhatikannya di ambang pintu bilik tidur tersebut.
"oh... er... kak... maaflah adik tak dapat tolong akak buka restoran tu pagi ni... adik rasa tak sihatlah pagi ni...", bohong aaron pula. "kenapa adik rasa tak sihat pula?...", soal valerie ingin tahu. "adik rasa sakit kepalalah kak...", dalih aaron sambil memicit micit dahinya. "kalau macam tu akak hantar adik pergi ke klinik...", kata valerie dengan penuh prihatin. "tak payahlah kak... sakit kepala ini akan hilang jika sekiranya adik di benarkan berehat aje di rumah ni...", kata aaron perlahan lahan. "kalau macam tu adik berehat aje kat rumah ni... biarkan akak, mama dan papa uruskan restoran tu hari ni ok?", kata valerie.
"ok...", balas aaron sepatah. Perlahan lahan valerie beredar dari situ. ketika aaron hendak menutup pintu bilik tidurnya datang pula mrs aivy dan suaminya mr chan. Mereka datang menjenguknya setelah mereka mendapat tahu bahawa anak gadis mereka merasa tidak sihat pagi itu. aaron terpaksa berpura pura sakit padahal dia tak rasa sakit pun. Sebenarnya dia ada agendanya yang tersendiri iaitu mencari tubuhnya yang hilang. setelah aaron berjaya menyakinkan kedua orang tua aireen bahawa dia memang tak sihat pagi itu, mereka pun membenarkan dia berehat di rumah.
Sebaik saja valerie dan org tuanya mninggalkan rumah teres trsebut aaron mula bersiap hendak keluar dari rumah tersebut. dalam fikirannya kini hanya satu, mencari tubuhnya yang hilang sampai dapat. Tempat pertama yang perlu di jejakinya saat itu ialah villa mewah milik orang tuanya di taman perumahan seri angsana height. dia perlu mencari tubuhnya yang hilang di villa mewah tersebut.
*** *** ***
Aireen melangkah menuruni anak tangga yang banyak itu. sayup sayup kedengaran suara mrs geanne, mr khoo dan jason sedang berbual dengan riangnya di ruang dapur yang terletak tidak jauh dari situ. Ketika aireen berjalan menuju ke ruang dapur itu dia lihat mereka sedang bersarapan pagi sambil bergurau senda. "good morning aaron sayang... mari sini... kita sarapan sama sama...", pelawa mrs geanne sambil tersenyum mesra. aireen pun melangkah lalu duduk di sebelah jason. Mereka bersarapan pagi sambil berbual bual. "adik... nampak gayanya daddy dan mummy sudah berubah lah... dulu diorang tak ada masa untuk bersarapan pagi dengan kita tapi sekarang diorang meluangkan masa untuk bersarapan dengan kita. Thats good... anyway, thanks God they are already changed for good...", bisik jason di telinga aireen. "yeah... thanks God... pheww!...", bisik aireen sambil tersenyum lebar.
"apa yang korang bisik bisikkan tu jason?... aaron?...", soal mrs geanne ingin tahu. "nothing mum...", balas aireen dengan pantas. mereka kembali bersarapan pagi bersama sama. selepas bersarapan pagi mr khoo dan isterinya mrs geanne mula bersiap hendak keluar bekerja. begitu juga dengan jason. aireen pula bersiap hendak pergi kuliah. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan aaron baru sampai di hadapan pintu villa milik orang tuanya. Perlahan lahan dia menekan loceng pintu villa tersebut. "ting tong... ting tong...", kedengaran loceng di pintu villa itu berbunyi nyaring. aireen cepat cepat berjalan menuju ke pintu villa tersebut. sebaik saja pintu villa itu di bukanya kelihatan seorang gadis sedang berdiri di depan matanya. terkejut betul aireen saat itu. kalau tidak salah itulah tubuhnya. tubuhnya yang asli!... aaron yang berdiri di depan pintu tersebut pun turut merasa terkejut sebaik saja dia mlihat seorang pemuda sedang berdiri memerhatikannya. memang tidak salah lagi itulah tubuhnya yang di carinya selama ini. Ketika mereka masih berada dalam keadaan yang terkejut muncul pula jason, mrs geanne dan mr khoo di situ.
"siapa gadis ini aaron?", soal mrs geanne ingin tahu. "oh... er... dia... dia...", kata kata aireen terus di potong pantas oleh aaron. "er... saya cuma kawan baik dia aje mak cik... nama saya aireen chan...", kata aaron pada mummynya sendiri. dia bersalaman dengan wanita tersebut. mr khoo dan jason pun turut bersalaman dengannya. rasa rindu aaron pada keluarganya trubat sedikit apabila dia menatap wajah mummy, daddy dan abangnya jason. Ingin saja dia mmeluk kedua orang tua dan abangnya itu tapi dia terpaksa menahan dirinya dari berbuat demikian kerana dia sedar yang rohnya kini masih terperangkap dalam tubuh seorang gadis yang bernama aireen chan. "huih... cantik betul kawan adik ni, ya... bertuah betul adik kerana ada kawan yang cantik macam ni....", puji jason dengan senyum nakal terukir di bibirnya.
"yelah tu...", balas aireen sambil tersenyum kambing. aaron pun turut tersenyum kambing saat itu. "er...aaron... aireen... kami nak pergi ke pejabat dulu... korang berbual bual dulu ya...", kata mrs geanne sambil tersenyum manis. "baiklah... mummy... daddy... abang... baik baik jalan, ya...", balas aaron pula. Terpinga pinga pula mr khoo, mrs geanne dan jason sebaik saja gadis bernama aireen chan itu menyahut perkataan mereka. Macamlah gadis tersebut ahli keluarga mereka pula. "Oh... maksud saya, er... baik baik jalan mr khoo... mrs geanne... encik jason... have a nice day to you all...", cepat cepat aaron memperbetulkan keadaan sambil menunjukkan simbol 'peace' dengan menggunakan jarinya. Aireen hanya menahan tawa. Perlahan lahan mereka beredar dari situ. Sebaik saja mereka di tinggalkan bersendirian di situ, aireen ketawa terbahak bahak. Begitu juga dengan aaron. terasa lucu pula bila mereka teringat akan peristiwa yang terjadi sebentar tadi...
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...