Baru beberapa langkah saja aireen mengangkat kakinya dari situ, tiba tiba, "aaron khoo...", Langkah kaki aireen terhenti sebaik saja dia mendengar mr khoo bersuara dengan nada suara yang keras sedikit. "tunggu dulu... daddy nak bercakap dengan awak...", kata mr khoo. aireen berdiri kaku di situ. "aaron... daddy tahu awak marah pada kami sebab kami jarang memperhatikan korang berdua... memang betul apa yang awak cakap tadi tu... kami memang orang tua yang teruk.... kami terlalu sibuk dengan pekerjaan kami sehinggakan korang terasa di abaikan pula... kami akui kesilapan kami tu. Jadi kami minta maaf di atas apa yang telah terjadi. kami berharap semoga awak memberi kami peluang untuk memperbetulkan kesilapan kami...", kata mr khoo perlahan lahan. "betul apa yang di katakan oleh daddy awak tu, aaron... mummy dan daddy minta maaf sebab kami gagal menjalankan tanggungjawab kami sebagai orang tua tapi mummy dan daddy berjanji tidak akan mengabaikan korang lagi....", kata mrs geanne dengan nada suara yang lembut.
perlahan lahan dia datang menghampiri pemuda itu. tangannya menyentuh bahu kiri anak lelakinya. aireen hanya diam membisu. dalam hati dia merasa gembira sebab akhirnya dia telah berjaya menyedarkan orang tua aaron. dia terpaksa berbuat bgitu demi kebaikan aaron dan abangnya jason. "betul ke apa yang mummy dan daddy cakapkan tu?... jangan jangan mummy dan daddy cakap macam tu hanya untuk sedap sedapkan ati aaron aje?....", soal aireen macam tak percaya. "eh... kami cakap yang betullah ni....", kata mrs geanne dengan pantas. "aaron... kami sayang korang lebih dari segala galanya sebab itulah kami berhempas pulas mencari wang untuk memberikan keselesaan dan kemewahan buat korang berdua tapi kami tak tahu pula yang korang merasa di abaikan.... maafkan kami aaron... kami berjanji tak akan mengabaikan korang lagi....", kata mr khoo perlahan lahan. "baiklah saya maafkan korang...", kata aireen sambil tersenyum gembira. "oh... terima kasih sayang... terima kasih kerana awak sudi maafkan kami...", mrs geanne bersuara sambil memeluk anak lelakinya itu.
mr khoo dan jason turut memeluk aireen. selepas mereka sekeluarga berpelukan seketika, mr khoo pun membuat satu pengumuman. "ok.... malam ni kita keluar makan malam kat restoran sari rasa.... kita...", kata kata mr khoo terus di potong pantas oleh aireen. "oh... no.... no... no.... saya tak setuju... kalau daddy nak kita semua makan bersama, saya nak kita makan kat rumah ni aje... tak payahlah kita pergi ke restoran atau cafe kat luar sana tu sebab saya rasa kita perlu makan di rumah sendiri. Baru best...", kata aireen dengan pantas. "Saya setuju dengan cadangan adik tu... kita makan kat rumah ajelah, mummy... daddy...", sokong jason pula. "oook...", balas mr khoo dan mrs geanne secara serentak. "tapi dengan satu syarat...", kata aireen dengan pantas. "apa syaratnya?", soal mrs geanne ingin tahu.
"syaratnya kita sama sama masak dan hidangkan semua makanan di atas meja. tak payah suruh pembantu rumah kita buat semua tu untuk kita... kita sendiri yang masak dan hidangkan makanan itu... amacam korang setuju tak?", kata aireen. mr khoo dan mrs geanne berpandangan seketika tapi selepas itu mereka tersenyum meleret. "baiklah... kami bersetuju...", balas mrs geanne. "bagus... sekarang mari kita ke dapur untuk memasak... daddy potong bawang... abang sediakan jus oren untuk di minum. mama tolong saya masak nasi dan sayur... mari kita pergi ke dapur...", kata aireen sambil menarik tangan mr khoo dan mrs geanne ke ruang dapur tidak jauh dari situ. jason hanya mengekori mereka dari belakang. sampai di dapur mereka mula membuat tugas masing masing. mereka memasak sambil bergurau senda. mrs geanne dan mr khoo terkejut juga apabila melihat anak lelaki mereka pandai memasak.
Apabila mereka bertanya macamana aaron tiba tiba saja pandai memasak, aireen pun terpaksa brbohong dengan mengatakan bahawa dia belajar memasak dari dalam TV. Pada hal dia bukannya belajar memasak dari dalam TV pun. sebenarnya dia belajar memasak dari mamanya mrs aivy dan juga kakaknya valerie. dia terpaksa berbohong demi menutup identiti dirinya yang sebenar. setelah siap semuanya mereka pun mula makan semeja sambil berbual dengan riangnya. ketika mereka sedang makan tiba tiba handphone mr khoo berbunyi nyaring. dia terus memerhatikan skrin handphonenya lalu mematikan handphonenya. "abang siapa yang call abang tadi tu?", soal mrs geanne ingin tahu. "oh... itu client VIP abang...", balas mr khoo sambil lewa.
"Habis tu kenapa abang tak jawap panggilan itu?", soal mrs geanne ingin tahu. "kita sekeluarga kan sedang makan jadi tak elok rasanya abang menjawap panggilan telefon ketika makan... lagi pun keluarga perlu di utamakan dari perkara yang lain... betul tak cakap daddy ni aaron?", soal mr khoo pada anak lelakinya itu. "betul daddy...", balas aireen sambil tersenyum lebar. mereka pun kembali makan bersama. "adik... terima kasih sebab adik telah berjaya menyedarkan daddy dan mummy tentang kesilapan mereka tu... sekurang kurangnya mereka dah mula memberikan perhatian yang lebih pada kita...", bisik jason pada adik lelakinya itu. aireen hanya tersenyum saja pada pemuda tersebut...
*** *** ***
Setelah restoran di tutup aaron melangkah masuk ke dalam kereta valerie. valerie merenung wajah adiknya. "adik kenapa adik berwajah monyok aje sepanjang hari ni? adik ada masalah ke?...", soal valerie ingin tahu.
"saya ada berjumpa dengan alan tadi semasa saya dan alex pergi membeli sayur sayuran di market sayur..."
"so, apa yang telah terjadi?.."
"dia marah pada saya sebab saya keluar bershopping dengan si alex..."
"Lepas tu?..."
"Lepas tu kami bergaduhlah... dia cakap dia tak suka saya keluar berjalan dengan lelaki lain... sampai di genggamnya tangan saya kuat kuat... Macam nak patah aje tangan saya di buatnya... yang buat saya marah tu, dia mahu saya ikut segala arahannya. macamlah saya ni robot yang perlu patuh pada arahannya... alex menegur dia jangan berkasar dengan perempuan... eh... di tumbuknya pula wajah si alex tu... sekali saya tepis tangannya dan tumbuk wajahnya, dia pun terus jatuh di atas tanah... adik cakap padanya yang adik tak mahu bercinta lagi dengannya...""woah... woah... woah... nanti dulu... adik cakap adik tumbuk wajahnya?... betul ke ni?"
"betul kak... kalau akak tak percaya akak tanyalah si alex tu... dia yang jadi saksi kami bergaduh tadi..."
"eh... sejak bila adik pandai tumbuk wajah orang ni? setahu akak adik ni langsung tak tahu bagaimana nak membela diri sendiri bila di serang orang..."
"akak... adik ada blackbelt dalam taekwando lah... tu sebabnya adik pandai menumbuk orang... itu baru saja tumbukan depan... belum lagi tumbukan sisi, tumbukan blakang dan sebagainya...."
"akak tak tahu pun adik ni pernah belajar taekwando sebelum ni..."
"alah... akak ni adik belajar sikit sikit dari dalam internet... masa akak tak ada, adik berlatih sendiri dalam biliklah..."
"oh begitu ke?"
"iye..."
"jadi blackbelt tu pula siapa yang bagi pada adik?"
"blackbelt tu adik buat sendiri... hehehe..."
"hish... adik ni... ada ada sajalah... tapi akak gembira juga sebab adik tidak lagi bercinta dengan si malaun yang tak guna tu dan adik dah kerjakan dia cukup cukup. baru padan muka dia. Hahaha...."
"hahaha...."Valerie mula memasang enjin keretanya. perlahan lahan keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan restoran milik keluarga mr chan. dalam perjalanan balik ke rumah, aaron berfikir panjang. dia berkira kira hendak pergi ke rumahnya di perumahan seri angsana height untuk mencari tubuhnya yang hilang itu tapi dia tak tahu apakah alasan yang paling sesuai supaya valerie menghantarkannya ke kawasan perumahan yang mewah itu. "hm...pagi esok sajalah aku pergi ke sana...", putusnya setelah lama berfikir panjang. malam ini dia ingin berehat dulu setelah penat bekerja di restoran seharian....
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...