Setelah mereka berhenti ketawa mereka berbalas pandangan. "er... awak....", mereka bersuara secara serentak. mereka saling tersenyum sebaik saja mereka bersuara secara serentak. "er... awaklah yang cakap dulu...", kata aaron. "er... awak masuklah dulu... kita berbual di ruang tamu...", ajak aireen. "tak payahlah... kita berbual kat sini pun dah cukup baik dah...", balas aaron perlahan lahan. "er... awak ni aaron khoo kan?", soal aireen ingin tahu. "yep... awak aireen chan kan?", soal aaron. "yep...", balas aireen sambil tersenyum. "tak sangka pula roh kita boleh terperangkap dalam tubuh yang berbeza selepas kita menjalani pembedahan tempohari...", kata aaron. "ya betul tu... saya pun tidak menyangka perkara ini akan terjadi dalam hidup ini... segala galanya berlaku secara di luar dugaan...", kata aireen perlahan lahan. dia berjalan menuju ke arah kerusi yang terletak tak jauh dari situ. aaron mengekorinya dari belakang lalu duduk di atas kerusi yang ada di situ.
"macamana rasanya jadi lelaki?... best tak?", soal aaron sambil tersenyum. "best apanyer?... saya terpaksa berlakon menjadi seperti awak... tak sangka pula hidup sebagai seorang lelaki begitu banyak godaan dan cabarannya...", kata aireen sambil tersenyum. "maksud awak?...", aaron kembali menyoalnya dengan dahi yang berkerut. "yelah... tak sangka pula yang awak ni seorang lelaki playboy... tak pasal pasal pula saya jadi rebutan di kalangan girlfriend awak yang 3 orang tu... mereka siap tarik tangan aku dan bergaduh depan shopping mall gara gara mereka hendak berebutkan boyfriend..."kata aireen. "hahaha...", aaron ketawa terbahak bahak. "kenapa awak ketawa pula?...", soal aireen dengan wajah yang kelat.
"cerita awak ni lucu tau... hahaha...", balas aaron sambil ketawa. "tak lucu pun... awak tau tak betapa malunya saya masa tu... muka saya terasa tebal macam tilam sepuluh inci saja...", kata aireen dengan wajah yang serius. aaron berhenti dari ketawa. "ouwh... sorrylah... saya tak tahu pun yang awak mengalami masalah teruk macam tu...", kata aaron perlahan lahan. "yeah.... guess what?...", aireen bersuara sambil memandang wajah aaron. "apa dia?", soal aaron ingin tahu. "saya dah putuskan hubungan awak dengan semua girlfriend girlfriend awak yang 3 orang tu sebab saya tak mahu awak terus terikat dalam hubungan yang terlalu complicated macam tu... awak tak kisah ke tentang tu?", soal aireen. "ooh... saya tak kisah langsung sebab saya tak cintakan mereka...", kata aaron dengan wajah yang serius. "kalau awak tak cintakan mereka kenapa awak mempermainkan perasaan mereka?... awak ni memang teruklah...", marah aireen.
"yeah... i know... memang saya teruk tapi saya dah taubat dah... saya tak mahu jadi playboy lagi sebab itu perbuatan yang sia sia...", kata aaron perlahan lahan. "maksud awak?...", soal aireen ingin tahu. "maksud saya tak guna rasanya jika seorang lelaki bercinta dengan ramai gadis sedangkan dalam hatinya langsung tak ada rasa cinta yang sejati... kakak awak pernah bercerita pada saya tentang aunt clara yang bersuamikan lelaki playboy... hidupnya menderita kerana suaminya berlaku curang di belakangnya. Akhirnya dia bunuh diri gara gara suaminya tak setia pada cinta. Saya pernah membayangkan jika perkara itu terjadi pada diri saya sudah tentu saya juga akan merasa sedih dan kecewa. bila saya fikirkan tentang cerita aunt clara tu, saya merasa bersalah kerana selama ini saya juga seperti suami aunt clara yang playboy tu. saya merasa bersalah kerana saya selalu saja mempermainkan perasaan kaum hawa yang lemah... sejak saya jadi perempuan ni saya tahu perasaan perempuan dan saya sudah pun mengalaminya sendiri. jadi dari saat itu saya berazam untuk tidak menjadi seorang lelaki playboy lagi...", jelas aaron panjang lebar.
"baguslah kalau awak dah bertaubat... tak perlu lagi saya berkhotbah untuk menyedarkan awak... by the way, macamana rasanya jadi seorang perempuan?... seronok tak?", soal aireen sambil tersenyum. "seronok apanyer... teruk betul jadi perempuan ni tau... awak tahu tak ketika tubuh awak ni datang haid tempohari saya terkejut macam beruk... saya tak tahu nak buat apa... nasib baik kakak awak tolong saya masa tu kalau tidak tak tahu lagilah... yang lebih teruk lagi bila mak awak menyuruh saya memasak nasi. Saya tidak pandai masak nasi. So, nasi yang saya masak tidak menjadik. nasi keras jadi nasi bubur... mak awak begitu marah pada saya... saya terpaksa tebalkan telinga saya bila mendengar dia berleter. nasib baik kakak awak tolong saya masa tu kalau tidak tak tahu lagilah...", kata aaron panjang lebar. aireen ketawa terbahak bahak. aaron pun turut ketawa bersamanya. "You know what?...", aaron bersuara perlahan lahan. dia berhenti ketawa. "what?...", soal aireen ingin tahu.
"awak bertuah kerana mempunyai parents yang sangat prihatin tentang diri awak dan kakak awak. walaupun korang tidak kaya raya seperti keluarga saya tapi keluarga awak kaya dengan kasih sayang. Tak macam keluarga saya. nampak saja keluarga saya kaya raya tapi keluarga saya kekurangan kasih sayang...", kata aaron dengan sedih. "ouwh... jangan cakap macam tu... awak tahu tak saya telah berusaha menyedarkan parents awak supaya mereka memberikan perhatian yang lebih pada awak dan abang awak. guess what?... saya tengok diorang dah sedar di atas kesilapan diorang tu... semalam kami makan semeja di dapur dan pagi ni pula kami bersarapan bersama sama sperti keluarga yang bahagia...", kata aireen sambil tersenyum. "oh... betul ke ni?", soal aaron macam tidak percaya pula. "ya... saya cakap betul lah ni... diorang cakap diorang berjanji akan bagi perhatian yang lebih pada korang berdua...", kata aireen sambil tersenyum.
"macamana awak menyedarkan mereka pula?...", soal aaron ingin tahu. "saya menyindir sikap mereka yang lebih mengutamakan pekerjaan daripada anak sendiri... saya juga cakap tak guna rasanya ada parents yang sibuk dengan pekerjaan masing masing tapi mereka tak peduli tentang anak mereka sendiri. terasa diri ini macam anak yatim piatu pula sebab asyik di abaikan. mungkin mereka terasa terpukul dengan apa yang saya cakapkan tu. Terus mereka minta maaf pada saya. mereka berjanji tidak akan mengabaikan korang lagi...", jelas aireen panjang lebar. "oh baguslah kalau macam tu... terima kasihlah sebab awak telah berusaha menyedarkan mereka... saya merasa terhutang budi pada awak...", balas aaron sambil tersenyum. "jangan cakap macam tu... saya rasa saya perlu bantu awak sebab saya tahu awak perlukan bantuan dari saya...", kata aireen perlahan lahan. "urm... satu perkara saya lupa nak bagitahu awak...", kata aaron setelah berdiam diri seketika.
"apa dia?...", soal aireen ingin tahu. "ex boyfriend awak si alan tu nak bercinta semula dengan awak tapi kakak awak cakap dia tu kuat cemburu dan kaki pukul. pada mulanya saya tak percaya cakap dia tapi bila saya bertemu dengan dia, terus dia marah saya sebab saya keluar dengan si alex. dia cemburu membuta tuli pula tu... dia genggam lengan kiri saya dengan kuat sekali...", kata aaron dengan wajah yang serius. "lepas tu?...", soal aireen ingin tahu. "lepas tu dia tumbuk wajah alex sebab alex cuba melepaskan tangannya dari terus mencengkam lengan kiri saya. Saya jadi marah lalu saya tumbuk wajahnya. dia terus terjatuh di atas tanah... alan terkejut apabila dia melihat saya pandai melawannya. saya cakap dia tak patut merasa cemburu membuta tuli dan berlaku kasar dengan perempuan kerana itu adalah satu tindakan yang tidak baik. Saya cakap pada dia yang saya tak mahu bercinta dengan dia lagi sebab saya dah bencikan dia. er... awak tak kisah ke kalau saya memutuskan perhubungan awak dengan si alan tu?", soal aaron.
"oh... saya tak kisah pun... memang betul saya bencikan lelaki tu...", balas aireen. "oh baguslah kalau macam tu...", aaron bersuara sambil menarik nafas lega. mereka berbalas senyuman. "awak rasa kita akan terus jadi macam ni ke?... maksud saya... bilakah kita akan dapat tukar semula tubuh kita ni?", soal aaron setelah mereka lama berdiam diri. "Entahlah... awak rasa ada cara lain lagi tak supaya kita dapat bertukar tubuh semula?", soal aireen dengan dahi yang berkerut. Aaron terdiam seketika. dia berfikir panjang. "saya rasa kita perlu berjumpa dengan seorang bomoh supaya roh kita dapat bertukar tubuh semula...", kata aaron dengan wajah yang serius. "hm... satu idea yang bernas... ok saya bersetuju dengan idea awak ni...", kata aireen. "kalau macam tu awak ikut saya... saya kenal seorang bomoh yang tahu tentang perkara ini... dia mungkin dapat menolong kita...", kata aaron dengan pantas. dia bangun dari kerusinya. begitu juga dengan aireen. Perlahan lahan aireen mengunci daun pintu villa tersebut. Kemudian dia dan aaron menaiki kereta myvi yang ada di situ. aaron memasang enjin kereta tersebut. manakala aireen pula duduk di sebelahnya. kereta myvi berwarna hitam itu terus meluncur laju meninggalkan villa mewah tersebut....
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...