TUBUH 6

2.8K 95 0
                                    

Aaron duduk di atas katilnya sambil memandang di luar jendela bilik wad pesakit itu. begitu banyak kereta yang keluar masuk ke kawasan hospital tersebut. tiba tiba dia terpandang akan 2 orang lelaki sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta yang terletak tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itu abangnya jason dan pemuda di sebelahnya ialah tubuhnya yang hilang itu. Cepat cepat aaron bangun dari atas katilnya. dia mengambil botol air ubat dari atas tiang penggantung itu lalu di bawanya bersama. "eh... eh... cik nak pergi ke mana tu?", soal seorang jururawat yang ada di situ. "nak pergi ke tandas...", dalih aaron. dengan langkah kaki yang tergesa gesa dia berjalan meninggalkan wad pesakit wanita tersebut.

Tidak lama kemudian dia berada di luar hospital itu. matanya mula melilau mencari abangnya jason. tiba tiba dia lihat ada sebuah kereta meluncur keluar dari kawasan hospital tersebut. kalau tidak salah itu kereta abangnya jason. Cepat cepat aaron mengejar kereta itu dari belakang. "abang!.... abang!.... tunggu!!!....", jerit aaron namun usahanya sia sia saja. kereta itu sudah pun meluncur pergi dari situ. aaron ingin mengejar kereta tersebut dari belakang tapi dia di tahan oleh beberapa orang kakitangan hospital itu. mereka menyangka bahwa aaron hendak melarikan diri dari hospital tersebut. mereka segera memujuknya supaya dia masuk semula ke dalam hospital itu. mahu tidak mahu aaron pun terpaksa melangkah masuk ke dalam hospital tersebut.

*** *** ***

"kita dah sampai dik...", kata jason pada adiknya. aireen membuka matanya. dia lihat sebuah villa mewah tersergam indah di hadapan matanya. "wow.... cantiknya villa ni?", kata aireen separuh berbisik. "apa adik cakap tadi?... abang tak dengarlah...", kata jason pd adiknya itu."oh... tak ada apa apa...", balas aireen dengan pantas. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam kereta ferari milik jason. dia berdiri memerhatikan villa mewah itu seketika. "kenapa adik tercegat kat situ pula?... marilah masuk...", pelawa jason dari ambang pintu villa tersebut. perlahan lahan aireen melangkah masuk ke dalam villa itu. mulutnya terlopong sebaik saja dia melihat keadaan dalam villa itu. semua perabot di dalam villa tersebut nampak mewah dan anggun sekali. aireen tidak mnyangka pula yang si jason dan adiknya datang dari keluarga yang kaya raya.

"adik duduk dulu, ya... abang nak pergi mandi sekejap.... dari semalam abang tak mandi... badan abang pun dah bau semacam dah...", kata jason sambil ketawa kecil. Aireen hanya tersenyum saja pada pemuda itu. perlahan lahan jason beredar dari situ. aireen duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. lembut betul kusyen kerusi sofa yang berwarna biru gelap itu. rasa macam duduk di atas kapas pula. Selesa rasanya bila duduk di atas kerusi seperti itu. ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba matanya terpaku pada gambar keluarga yang tergantung di atas dinding di ruang tamu villa tersebut. kelihatan jason dan adiknya berdiri di sebelah sepasang suami isteri yang berpakaian cantik. sudah tentu mereka itu ialah orang tua jason dan adiknya. dalam gambar tersebut mereka kelihatan seperti keluarga yang bahagia pula tapi malangnya itu cuma pada gambar saja bukan pada realitinya.

dari apa yang dia dengar dari mulut jason sendiri orang tua mereka tidak begitu mengambil berat tentang diri mereka. nampak saja mereka itu kaya raya dengan harta benda dan wang ringgit tapi di sebalik semuanya itu mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian dari orang tua. "kasihan juga bila memikirkan nasib mereka ni....", bisik aireen dalam hatinya. tiba tiba, "kenapa adik tengok gambar family kita tu macam tu?... adik macam tak pernah tengok gambar tu pula...", tegur suatu suara. aireen segera mengalihkan pandangannya. kelihatan jason sedang berjalan menuju ke arahnya dengan tuala terlilit di pinggangnya. tergamam aireen di saat dia melihat tubuh jason yang sasa dan tegap itu. Cepat cepat dia mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. "Tak ada apa apa... saja nak tengok wajah papa dan mama... rindu pula pada mereka...", balas aireen cuba menutup rasa gemuruh di hatinya.

TUBUH (U)Where stories live. Discover now