TUBUH 11

1.8K 78 1
                                    

Malam itu aaron tidak dapat tidur. sudah terlalu banyak perkara yang bermain di benaknya saat itu. dia tidak tahu apakah dia akan terus terperangkap dalam tubuh seorang perempuan?... bagaimanakah caranya supaya dia dapat mencari semula tubuhnya yang hilang itu?... jika sekiranya dia berjaya menemukan kembali tubuhnya yang hilang itu apakah rohnya akan keluar lalu masuk semula ke dalam tubuhnya?... persoalan demi persoalan mula menghantui fikiran aaron. dia tidak tahu bagaimana nak menjawap semua soalan tersebut kerana fikirannya begitu buntu sekali. perlahan lahan dia melangkah keluar dari bilik tidurnya lalu duduk di ruang tamu yang sepi itu. dia memasang TV lalu duduk menonton rancangan di kaca TV tersebut. ketika dia sedang duduk di situ, tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. cepat cepat aaron menjawap panggilan di handphonenya itu.

"hello...."
"hello.... aireen, ini alan yang bercakap.... aireen tolong jangan matikan handphone awak tu dulu... biarkan saya bercakap dengan awak dulu, ok?...."
"ok..."
"ok?.... awak cakap ok?"
"ya... ok..."
"ok.... seriously saya rindukan awak dan saya tak dapat lupakan awak walaupun kita sudah sebulan berpisah.... saya tahu perkataan saya ni akan membuatkan awak merasa marah tapi saya cuma ingin meluahkan perasaan saya pada awak.... saya rasa saya ingin kembali semula pada awak... saya ingin cinta kita kembali mekar seperti dulu lagi... saya tahu awak fikir yang saya ini sudah gila tapi saya tak peduli... saya tetap dengan keputusan saya.... saya nak kembali bercinta dengan awak...."
"woah... woah... woah.... nanti dulu.... awak ni siapa? bekas teman lelaki aireen ke?"
"ya... awak ni siapa? awak bukan aireen ke?"
"ya.... secara fizikalnya saya memang nampak macam aireen tapi secara rohaniahnya pula saya bukan aireen awak yang sebenarnya..."
"Apa maksud awak ni?... saya tak fahamlah..."
"maksud saya.... ahhh!... kalau saya ceritakannya pada awak pun bukannya awak akan faham.... its too complicated...."
"hmmm.... whatever... tapi apa yang saya dengar suara awak mirip seperti suara aireen. So, you are aireen chan... i'm sure about that. Anyway, perkara yang saya ingin tahu sekarang ialah jawapan dari mulut awak... apakah awak masih mencintai saya atau pun tidak.... jika awak masih mencintai saya maka kita akan kembali bercinta semula tapi jika jawapannya tidak maka saya tidak akan mengganggu awak lagi..."
"saya tidak tahu bagaimana nak menjawap soalan awak tu.... masalahnya sekarang saya...."
"oh... awak perlukan masa untuk memikirkannya ke?.... ok, saya akan bagi masa untuk awak memikirkannya sampai hujung minggu ni... bila saya call awak lagi awak bagitahulah jawapan awak pada saya... oklah, saya nak drive kereta ni. talk to u later ya... ok, bye..."
"tuuuutttt...."
Kedengaran talian handphone di matikan. Terpinga pinga aaron di saat dia mendengar perkataan lelaki tersebut.

"adik masih belum tidur lagi?...", tegur suatu suara. kelihatan valerie sedang melangkah menuju ke arahnya lalu duduk di sebelahnya. "belum... adik tak dapat tidur kak...", balas aaron dengan wajah selamba. "oh... begitu... akak pun tidak dapat tidur. By the way, siapa yang call adik tadi tu?...", soal valerie ingin tahu. "oh.... alan call adik tadi...", balas aaron ringkas. "hah?... alan?.... betul ke dia call adik tadi?", soal valerie ingin tahu. "ya betul kak...", jawap aaron. "jadi apa dia cakap pada adik?", soal valerie ingin tahu. "dia cakap dia rindukan adik dan dia masih cintakan adik. setelah sebulan kami berpisah dia masih tidak dapat lupakan adik. so dia bercadang nak bercinta semula dengan adik... dia tanya adik samada adik masih cintakan dia atau pun tidak. adik tidak dapat menjawap soalannya sebab fikiran adik buntu. so, dia bagi adik tempoh sehingga hujung minggu ini untuk memikirkannya...", kata aaron.

"hah?!... buat apa lelaki yang kuat jealous dan kaki pukul tu kacau hidup adik lagi ar?... tak cukup ke apa yang telah dia lakukan pada adik dulu?...", valerie bersuara dengan nada suara yang marah sekali. "maksud akak?...", soal aaron ingin tahu. "eh.... maksud akak adik dah lupa ke yang dia pernah memukul adik sebab dia jealous tengok adik berbual bual dengan alex pekerja lelaki kat restoran kita tu beberapa bulan yang lalu?... dia pukul adik sampai lebam lebam muka adik tu di buatnya... takkanlah adik lupa peristiwa tu pula...", kata valerie dengan wajah yang serius. berkerut dahi aaron apabila mendengar perkataan valerie. "jadi alan ni seorang lelaki yang suka pukul perempuan bila dia merasa jealous, begitu ke kak?", soal aaron. "yalah adik aireen oiii... apakah adik nak bercinta dengan lelaki yang kuat jealous dan kaki pukul tu?...", soal valerie dengan suara yang marah. "maybe...", balas aaron sepatah. "maksud adik?", soal valerie dengan dahi yang berkerut. "adik rasa adik perlu bagi dia peluang kali kedua untuk mencintai adik...", balas aaron.

"hah?... peluang kali kedua?.... no way!... adik jangan bercinta dengan lelaki seperti itu.... silap sikit aje, adik akan di pukulnya.... dia tu panas baran tau... masa korang bercinta dia berani pukul adik, apatah lagi kalau korang berkahwin kelak sudah tentu adik akan menjadi mangsa pelampiasan amarah dan cemburunya tu...", kata valerie dengan wajah yang serious. "apa takut?... adik kan ada blackbelt dalam taekwando. sekali adik kerjakan dia sudah tentu dia akan jatuh pengsan dan tidak bangun bangun lagi. Hehehe....", kata aaron sambil ketawa kecil. "eh... sejak bila pula adik belajar taekwando ni?... setahu akak kan adik ni belum pernah pun belajar taekwando sebelum ni...", kata valerie. "Hm... adik belajar sendiri kak.... oklah akak, adik nak masuk bilik dulu. nak tidur.... good night akak...", cepat cepat aaron beredar dari situ. Valerie hanya terpinga pinga saja di situ.

*** *** ***

Aireen melangkah keluar dari dalam dewan kuliah dengan di temani oleh dua orang rakannya. "aaron... petang ni kita ada latihan taekwando kat dewan serbaguna. awak datang ke masa latihan tu di adakan nanti?", soal rizal ingin tahu. terkejut aireen saat dia mendengar soalan rizal itu. "eh... saya ada menyertai kelab taekwando ke?", soal aireen seperti orang bodoh. "eh... iyalah aaron oiii... awak dah lupa ke yang awak tu ahli dalam kelab taekwando di UBM ni?...", soal rizal dengan pandangan mata yang hairan. aireen terdiam seketika. dia tidak menyangka pula yang si aaron khoo ni ada menyertai kelab taekwandoo di universiti tersebut. masalahnya sekarang dia tidak tahu apa itu taekwando kerana sebelum ini dia tidak pernah menyertai sebarang kelab mempertahankan diri. "hm... masalah.... masalah....", desis aireen.

"apa yang masalah sangat tu aaron?", soal rizal ingin tahu."oh... nothing....", balas aireen sepatah. "kalau nothing kita jumpa kat dewan serbaguna petang nanti pukul 2 petang ya... mr chua nak awak datang petang ni juga sebab awak dah lama tak berlatih dengan kami...", kata rizal sambil naik ke atas motorsikal RXZnya. sammy pula naik ke atas motorsikal 100 sport miliknya. aireen hanya berdiri memerhatikan mereka berdua. "hmm... yelah...", balas aireen separuh hati. "oklah kami pergi dulu... bye...", rizal bersuara sambil membonceng motorsikalnya. motorsikal mereka segera meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti tersebut. aireen terpaksa menunggu di perhentian bas seorang diri.

Tidak lama kemudian muncul pula kereta BMW milik jason di situ. Dengan malas aireen membuka pintu kereta itu lalu masuk ke dalamnya. di dalam perjalanan pulang ke rumah aireen hanya diam membisu. "kenapa wajah adik macam orang yang ada masalah ni? adik memang ada masalah ke?", soal jason ingin tahu. "yep... petang ni adik ada latihan taekwando di dewan serbaguna... sebenarnya adik malas nak berlatih petang ni tapi mr chua nak adik datang juga. hm....susah betul lah kalau macam ni...", balas aireen. "eh... kenapa adik tak mahu berlatih taekwando pula?... dulu bukan main semangat lagi adik bila ada latihan taekwando tu tapi sekarang adik dah lain macam pula... kenapa ni?.... abang tak sukalah dengar adik merungut macam ni...", kata jason.

"Entahlah bang... sebenarnya adik tidak tahu apa apa pun tentang taekwando tu....", kata kata aireen itu membuatkan jason ketawa terbahak bahak. "hahaha... apa yang adik merepek ni?... kalau adik tak tahu apa apa tentang taekwando macamana pula adik dapat blackbelt tu?", soal jason sambil ketawa. "oh... adik ada blackbelt dalam seni mempertahankan diri ke?", soal aireen seperti orang bodoh. "yalah dik oiii.... sudahlah tu, jangan banyak fikir lagi... kita dah sampai kat rumah ni.... adik cepatlah makan, mandi dan bersiap. kalau adik pergi latihan taekwando tu nanti adik gunakan motorsikal adik, ya.... abang tidak dapat hantar sebab abang nak pergi ke office lepas ni....", kata jason dengan pantas.

"eh.... mana perginya driver kita tu?", soal aireen ingin tahu. "Hm... dia ambik cuti emergency tengahari tadi. anak saudaranya meninggal dunia di kampung katanya... mahu tidak mahu awak terpaksa juga menunggang motorsikal awak tu...", kata jason. "ouwh....", aireen mengeluh panjang. sebenarnya dia tidak berapa suka naik motorsikal tapi nampak gayanya dia terpaksa juga menggunakannya sebab dia tidak ada pilihan lain lagi. "kenapa ni dik?", soal jason perlahan lahan. "nothing...", balas aireen lalu brgegas keluar dari dalam kereta tersebut. Dia beredar dari situ. dalam fikirannya timbul satu soalan yang tidak mampu di jawapnya. "boleh ke aku belajar taekwondo tu nanti?.... hm... masalah... masalah...", dia hanya mengeluh panjang.

TUBUH (U)Where stories live. Discover now