TUBUH 13

1.7K 77 7
                                    

Keesokan harinya aaron bangun dengan hati yang gembira. mereka bersiap sedia untuk pulang ke bandar semula. datuk dan nenek memeluk aaron dengan hati yang sedih. tersentuh juga hati aaron bila melihat riak wajah sedih kedua orang tua itu. dia pun turut merasakan kesedihan. ketika mereka meninggalkan kampung halaman tersebut tiba tiba saja aaron merasa tidak keruan. dia tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya di bandar kelak?... fikirannya bercelaru. semakin dekat mereka di kawasan bandar semakin bercelaru pula fikirannya. Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu pun dia sendiri tidak tahu. "kenapa adik diam aje ni?", soal valerie sambil memandang wajah aaron. "adik tak tahu nak cakap apa...", balas aaron.

"adik masih teringatkan peristiwa pahit tu ya?", soal valerie ingin tahu. "peristiwa pahit apa pula kak?", soal aaron. "eh... adik dah lupa ke yang adik tu pernah di rompak dan di tikam oleh perompak tempohari?", soal valerie. "oh peristiwa tu... memanglah adik teringatkan peristiwa tu tapi janganlah akak cakap tentang peristiwa tu lagi...", kata aaron. "ok... akak minta maaf sebab akak cakap pasal peristiwa pahit tu.... akak tahu adik masih trauma lagi bila teringatkan peristiwa tu tapi jangan bimbang sebab kali ni akak tidak akan membiarkan adik berjalan seorang diri kalau adik pergi membeli belah di shopping mall tu kelak....", kata valerie sambil memandu keretanya. "akak tak payahlah menemani adik ke mana aje adik pergi... adik tahu bagaimana nak jaga diri adik sendiri....", balas aaron sambil memandang keindahan alam di luar jendela kereta. "oh ye ke?...", valerie bersuara dengan kening kiri yang terangkat ke atas. "iya... buat pengetahuan akak adik dah semakin kuat sekarang... adik akan lawan siapa saja yang berani mengganggu adik... ini termasuklah si perompak jahanam itu dengan alan juga....", kata aaron dengan wajah yang serious. valerie terdiam selepas itu.

Tidak lama kemudian mereka sampai di sebuah rumah teres yang terletak di pinggir bandar. keadaan rumah teres itu nampak bersih dan teratur. "kita dah sampai...", kata valerie sambil melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. Perlahan lahan aaron melangkah keluar dari dalam kereta itu. matanya terpaku pada rumah teres yang terletak tidak jauh dari situ. walaupun rumah tersebut tidak sebesar dan tidak semewah villa orang tuanya tapi ianya sudah cukup baik daripada tidak ada rumah langsung. "masuklah dik...", pelawa valerie.

perlahan lahan aaron melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. "hm... mama dan papa cakap diorang pergi ke restoran dulu. diorang suruh kita bersih bersihkan rumah ni...", kata valerie sambil membuka baju jaketnya. dia kelihatan sangat seksi dengan baju hanging bertali halus itu. aaron jadi tidak menentu di saat dia melihat valerie membuka baju jaket di tubuhnya. Cepat cepat dia mengalihkan perhatiannya ke arah yang lain. Dia tak nak lihat tubuh kakak aireen yang cantik dan menggiurkan itu. matanya kini tertuju ke arah potret keluarga yang tergantung kemas di atas dinding tidak jauh dari situ.

kelihatan mrs aivy dan suaminya mr chan sedang berdiri dengan di temani oleh dua orang anak perempuan mereka iaitu valerie dan aireen. atuk dan nenek pun ada bersama dalam gambar itu. Mereka semuanya tersenyum gembira. nampak sangat mereka itu sebuah keluarga yang bahagia. tiba tiba aaron teringat akan keluarganya sendiri. mummy dan daddynya pernah membawa mereka bergambar sekeluarga tapi mereka tak membawa grandpa dan grandma bergambar sebab hubungan di antara mereka tidak begitu rapat sekali. sehinggakan grandpa dan grandma meninggal dunia pun orang tua aaron buat tak tahu saja. pendek kata hubungan kekeluargaan aaron tidak begitu baik sekali.

"er.... adik, pergilah berehat kat bilik tidur adik tu dulu...", tiba tiba valerie muncul di depan matanya. "Oh... er... mana bilik tidur adik?", soal aaron setelah terkejut dari lamunannya. "eh... adik lupa ke bilik tidur adik ada kat tingkat atas tu. bilik tidur adik terletak di hujung sekali....", kata valerie. "Ooh... er... saya nak pergi ke atas dulu, ya... nak berehat sekejap...", kata aaron pada valerie. "ok... akak masak di dapur dulu...", valerie bersuara lalu beredar dari situ. Perlahan lahan aaron melangkah menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. sampai di tingkat atas dia berjalan menuju ke bilik tidur yang terletak di hujung ruang koridor yang sepi itu.

TUBUH (U)Where stories live. Discover now