Aireen terus menghempaskan beg dan bukunya di atas kerusi sofa sebaik saja dia sampai di villa mewah itu. perlahan lahan dia duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. fikirannya menerawang jauh. "aaron anak orang kaya tapi kasihan orang tuanya tak ambil peduli tentang dirinya... kawan kawannya dan juga teman wanitanya sama saja... hmmmm... teruk... teruk...", aireen menggeleng gelengkan kepalanya. ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. dia pun segera menjawap panggilan di handphonenya itu.
"hello..."
"hello... aaron, gina ni...."
"oh... awak... ada apa?..."
"aaron... kenapa awak bersikap dingin pada saya? Saya ini kekasih awak tau... sepatutnya awak harus layan saya dengan baik tapi ini tidak... awak seperti hendak menjauhkan diri dari saya pula... kenapa ni aaron?... whats wrong with you?...."Aireen tidak menjawap soalan gadis itu. dia terdiam seketika. "hello.... hello... aaron, awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?....", soal gadis itu ingin tahu. "dengar....", jawap aireen sepatah. "jadi kenapa awak diam aje ni?", soal gadis itu lagi. aireen menarik nafas berat. "baiklah, biar saya berterus terang pada awak.... sebenarnya saya merasa marah pada awak sebab awak langsung tak datang menjenguk saya semasa saya terlantar di hospital tempohari.... nampak sangat awak tak ambil peduli tentang diri saya... malah awak telah mengabaikan saya selama ini. kalau awak seorang kekasih yang baik hati sudah tentu awak datang menjenguk saya kat hospital tapi ini tidak... itu maknanya awak bukan seorang kekasih yang baik hati tapi awak ni seorang kekasih yang teruk...", kata aireen dengan nada suara yang marah.
"sampai hati awak cakap saya ni kekasih yang teruk... awak tau tak semasa awak jatuh sakit tempohari saya tak ada di sini... saya pergi ke sabah selama seminggu sebab datuk saya sakit tenat... selama itulah saya tidak tahu khabar berita dari awak... saya nak call awak tapi tak dapat sebab tempat atuk saya tinggal tu jauh di pedalaman. lagi pun di sana memang tak ada line telefon. jadi susah untuk saya menghubungi awak... sebaik saja saya balik dari sabah saya mendapat tahu bahawa awak sudah di masukkan ke hospital kerana sakit appendik. saya pun terus pergi ke hospital tu tapi malangnya awak dah discharge dari hospital awal pagi tu, jadi saya tak sempat menjenguk awak lagi... saya nak call awak tapi saya tak ada kredit. So saya terpaksa menunggu masa untuk berjumpa dengan awak selepas waktu kuliah tapi awak menolak pelawaan saya pula. awak kata awak sibuk... saya sedih bila awak bersikap dingin pada saya, aaron... saya tahu awak masih marahkan saya tapi tolong maafkan saya... saya cintakan awak aaron... jangan hanya perkara ini saja awak nak putuskan hubungan kita pula... saya merayu pada awak... tolong maafkan saya... pleaseee....", rayu gina dalam handphonenya. aireen terdiam ketika mendengar perkataan gadis tersebut. dia tidak tahu apakah dia perlu memaafkan gadis itu atau pun tidak.
"aaron... janganlah diam macam ni.... cakaplah yang awak dah maafkan saya... pleaseeee.... saya tak nak kehilangan awak... saya cintakan awak....", rayu gadis tersebut dalam handphonenya. aireen menarik nafas berat lalu menghelakannya perlahan lahan. "baiklah... saya maafkan awak tapi lain kali kalau awak abaikan diri saya lagi saya tidak akan teragak agak untuk break up dengan awak...", kata aireen dengan suara yang tegas. "baiklah... saya janji selepas ni saya tidak akan mengabaikan awak... urmmm... boleh tak kita berjumpa petang ni di restoran selera? saya nak berjumpa dengan awak... saya rindulah pada awak....", suara gina kedengaran begitu lembut dan menggoda sekali. aireen yang mendengarnya terasa geli geleman pula. "petang ni tak bolehlah... saya sibuk ni... kita jumpa lain kali saja, ya?... ok bye...", aireen segera mematikan talian handphone di tangannya.
dia meletakkan handphone tersebut di atas kerusi. dia baru saja hendak melangkah menuju ke bilik tidurnya tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. aireen terpaksa menyambut panggilan di handphonenya. "hello....", kata aireen. "hello.... sayang.... sayang dah sihat ke?", soal suatu suara lembut dari dalam handphonenya. berkerut dahi aireen ketika mendengar suara gadis itu. Entah siapa pula gadis yang menelefonnya saat itu pun dia sendiri tidak tahu. "hello.... ini siapa?", soal aireen ingin tahu. "eh... sayang dah lupa pada baby ke? ini babylah sayang....", tambah berkerut dahi aireen bila mendengar perkataan gadis tersebut. "ini baby yang mana satu pula?", soal aireen kebingungan.
"alah... sayang ni... buat lawak pula... ni baby may bercakap ler... sayang dah lupakan baby may ker?", soal gadis itu. "maaf... awak dah salah nombor agaknya ni...", balas aireen dengan pantas. "eh... baby tak salah nombor lah... baby yakin sangat yang ini nombor aaron khoo my lovely cutest boyfriend in the world....", kata si gadis lagi. aireen terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan gadis tersebut. belum pun sempat aireen bercakap ada pula incoming call dalam handphonenya. "maaf... ada incoming call ni... nanti saya akan menghubungi awak balik, ok?... bye", cepat cepat aireen mematikan talian handphonenya dengan gadis yang bernama baby may itu. Dia terus menjawap incoming call tersebut.
"hello....", aireen bersuara dengan pantas. "hello... honey.... its me sweety liz.... how are you doing honey?.... i missed you so much....", kedengaran suatu suara di hujung talian. Semakin berkerut dahi aireen bila mendengar perkataan gadis itu. Kalau di lihat memang berlapis lapis sudah kerutan di dahinya itu. "awak ni siapa pula?", soal aireen bertambah bingung. "Kenapa honey cakap macam tu pula?... this is sweety liz lah... takkanlah honey dah lupakan girlfriend sendiri...", kata gadis tersebut. aireen terduduk di atas kerusi sofa sebaik saja dia mendengar perkataan gadis itu. dia betul betul terkejut. "honey... kenapa honey diam aje ni?", soal gadis tersebut dalam handphone di tangan.
aireen segera berfikir bagaimana caranya untuk mengakhiri perbualan itu. Dia dah tak kuasa hendak melayan panggilan gadis tersebut. tiba tiba dia mendapat satu idea. "sssshhhhhh.... shhhhh.... hello.... hello.... saya tak dapat dengarlah apa yang awak cakap ni... line phone tak berapa clearlah.... shhhh.... shhhhh....", cepat cepat aireen mematikan talian handphonenya. dia check semua contact lists dalam handphone aaron. dia lihat begitu banyak nombor handphone perempuan dalam contact lists di handphone tersebut. barulah aireen sedar rupa rupanya aaron khoo mempunyai girlfriend keliling pinggang. aireen tak menyangka bahawa dia terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang bersifat playboy. "oh.... great.... I'm a playboy now....", keluh aireen sendirian.
*** *** ***
Aaron mengeluh kebosanan. hari ni sudah genap 6 hari dia tinggal bersama keluarga aireen di kampung. Selama 6 hari itu dia berusaha menjadi seorang perempuan yang betul betul perempuan. dia menolong mrs aivy di dapur. dia menolong valerie mengemas rumah dan menyapu rumah. dia juga menolong membersihkan katil nenek yang kotor dan menjaganya ketika dia sedang sakit. selama mereka duduk di kampung tersebut hanya mr chan seorang saja yang berulang alik ke bandar sebab dia nak uruskan restorannya di sana. kata mrs aivy bila keadaan nenek sudah beransur pulih barulah mereka dapat balik semula ke bandar. itu maknanya mereka akan tinggal di kampung tersebut dalam beberapa minggu lagi. aaron mengeluh panjang. dia merenung wajahnya di cermin. wajah gadis yang bernama aireen itu memang sangat cantik pada pandangan matanya. tubuhnya di perhatikan buat kesekian kalinya. boleh tahan juga tubuh gadis tersebut.
nampak menawan dan menggiurkan sekali. Ketika dia sedang berdiri di hadapan cermin dalam bilik tidurnya itu dia terfikir akan sesuatu. "aireen chan seorang gadis yang cantik jelita. walaupun dia miskin dan tidak kaya raya seperti aku tapi dia sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang sangat bahagia dan penyayang... tidak seperti aku... ada keluarga pun macam tak ada keluarga... hmmmm....", keluh aaron dalam hati. dia duduk semula di atas katil sambil berfikir panjang. "cuma ada satu perkara yang aku tak tahu tentang si aireen ni.... dia ni ada boyfriend ke atau tidak?.... setahu aku kan selama tubuhnya terlantar di hospital tempohari tak ada seorang lelaki pun yang datang melawatnya... memang dia tak ada boyfriend kot?... hmmm.... entahlah... tapi kenapa dia tak ada boyfriend ar?....", soal aaron kehairanan. yang lebih menghairankannya ialah aireen seperti tak ada kawan langsung. "maybe aireen ni seorang gadis yang tak suka bersosial macam gadis gadis yang lain tu tak?... or maybe dia ni jenis yang suka menyendiri dan tidak suka bercinta.... hm... boleh jadi juga....", bisik hati kecil aaron lagi. dia kembali merenung wajah gadis di dalam cermin itu. "aireen chan... siapakah awak ni yang sebenarnya?....", soal aaron penuh tanda tanya. baginya gadis tersebut terlalu misteri dalam hidupnya...
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...