Selepas makan dan bersiap aireen pun pergi ke UBM dengan menaiki motorsikal virago milik aaron. sampai di sana dia di sambut dengan mesra oleh rizal dan sammy. "eh... awak naik motorsikal pula? Kenapa tak suruh driver awak hantarkan awak petang ni?", soal rizal ingin tahu. "hm... dia ambik cuti emergency. katanya anak saudaranya meninggal dunia di kampung. so dia balik kampunglah. saya terpaksa naik motorsikal ni...", balas aireen dengan wajah yang selamba. mereka pun berjalan menuju ke dewan serbaguna yang terletak tidak jauh dari situ. sampai di dalam dewan kelihatan mr chua sedang berdiri menunggu kehadiran para pelatihnya yang lain. setelah semuanya hadir mereka pun di suruh berbaris dalam setiap kumpulan mengikut warna tali pinggang masing masing. aireen dan rizal berada di barisan hadapan sebab mereka mempunyai tali pinggang hitam. manakala sammy pula berada di dalam barisan pelatih yang ada tali pinggang merah. mr chua bersyarah seketika kemudian dia mengarahkan mereka semua memanaskan badan dengan berlari secara berbaris di dalam dewan itu. mereka berlari sebanyak 50 pusingan.
Kemudian mereka di suruh buat push up sebanyak 50 kali. pada mulanya aireen tahan juga ketika melakukan push up tu tapi lama kelamaan dia merasa letih pula. mr chua berdiri memerhatikannya dengan dahi yang berkerut. "aaron... kenapa awak macam dah tak larat dah ni?... awak rasa letih ke?", soal mr chua ingin tahu. "ya, coach...", balas aireen dengan jujur. "mengapa awak merasa letih pula? kita baru saja warming up.... belum lagi tiba pada latihan yang seterusnya... dahlah...awak buat aje push up awak tu sebanyak 50 kali... kalau tidak saya akan denda awak buat push up sebanyak 100 kali....", kata mr chua dengan garang sekali. "owh... ok... ok...", balas aireen dengan dahi yang berpeluh. dia terpaksa melakukannya dengan hati yang sebal. Setelah melakukan senaman secara regangan dan memanaskan badan mereka pun mula berlatih mengikut arahan mr chua.
Ketika mereka melakukan latihan, aireen sering melakukan kesilapan kecil yang tidak di sengajakan. ini membuatkan mr chua merasa bengang padanya. "aaron khoo... kenapa dengan awak ni? Saya tengok awak macam pelatih yang tak tahu apa apa pun tentang taekwando pada hal awak dah ada blackbelt sendiri...", tegur mr chua dengan nada suara yang sedikit marah. "maafkan saya coach... sejak saya di bedah di hospital tempohari saya tidak seperti dulu lagi... saya mudah merasa letih dan pelupa...", dalih aireen perlahan lahan. "oh... ya?.... kenapa pula awak jadi macam tu?", soal mr chua ingin tahu. "Entahlah coach...", balas aireen perlahan lahan. ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba mr chua menyerangnya dengan melakukan tendangan depan. Entah macamana tiba tiba saja tangan aireen segera menangkis serangan tersebut. kakinya pula secara automatik memasang kuda kuda. mungkinkah ianya tindakan refleksi secara mengejut dari tubuh pemuda itu ataupun tidak, aireen sendiri pun tidak tahu. Ianya berlaku sepantas kilat.
"tengok.... awak masih ingat lagi sedikit skill menangkis serangan musuh... thats mean awak masih aaron yang dulu....", mr chua bersuara sambil tersenyum lebar. "rizal.... serang dia...", arah mr chua. "baiklah...", rizal menyahut cabaran itu. aireen jadi tidak keruan. "eh... coach.... janganlah.... saya memang tak tahu apa apa pun tentang....", belum pun sempat aireen menghabiskan perkataannya dia di serang pula oleh rizal dengan tendangan samping. sempat juga tangan aireen menangkis serangan tersebut. aireen mula merasa hairan. sebenarnya dia tidak tahu apa apa tentang taekwando tapi tangan dan kakinya bergerak bagaikan tahu segalanya. dalam keadaannya yang masih terpinga pinga itu kakinya bergerak laju menendang dada rizal. rizal terus terjatuh di atas lantai. semua pelatih yang lain mula bertepuk tangan. Begitu juga dengan mr chua. dia bertepuk tangan sambil berjalan menuju ke arah aireen. "saya sangat kagum dengan ketangkasan tangan dan kaki awak bergerak.... awak memang anak murid saya yang berkaliber...", puji mr chua. aireen tersenyum kelat. dalam diam dia tertanya tanya. "mengapa tubuh ini boleh melakukan perkara yang aku tidak tahu?.... mungkinkah ia lahir dari tindakan bawah sedar otak aaron ataupun ianya berlaku kerana tubuh pemuda ini sudah biasa dengan latihan seperti itu?...", persoalan demi persoalan mula bermain di benaknya....
*** *** ***
Aaron sedang duduk di atas kerusi sofa di saat dia melihat nenek sedang berjalan keluar dari dalam bilik tidurnya. keadaannya semakin hari semakin baik. dia sudah boleh berjalan dan mandi sendiri. aaron merasa gembira sekali dengan perkembangan itu. dia tahu tidak lama lagi mereka akan pulang semula ke bandar. dia yakin sangat akan hal tersebut. dia segera memimpin tangan neneknya tapi neneknya enggan di pimpin tangan. dia kata dia sudah mampu berjalan sendiri. mahu tidak mahu dia membiarkan neneknya berjalan seorang diri.
datuk tersenyum apabila dia melihat kehadiran isteri tercintanya di situ. mereka duduk di atas kerusi yang terletak di tepi halaman rumah tersebut sambil melemparkan sedikit beras pada ayam ayam yang berkeliaran di luar rumah. mereka berbual sambil ketawa kecil. gaya mereka bagaikan sepasang suami isteri yang sangat bahagia. biar pun sudah tua kasih di antara mereka berdua masih mekar seperti dulu lagi. ini membuatkan aaron merasa kagum terhadap pasangan itu. "apa yang adik tengok tu?...", soal suatu suara. kelihatan valerie datang menghampirinya. "adik tengok nenek dan atuk... mereka memang pasangan yang bahagia, kan kak?", aaron bersuara sambil memerhatikan pasangan tersebut.
"yep.... mereka hidup aman dan damai sehingga ke anak cucu...", ucap valerie prlahan lahan. "alangkah baiknya jika adik pun macam mereka juga... dapat hidup bersama dengan orang yang tersayang buat selama lamanya...", kata aaron perlahan lahan. "ya... itu akan terjadi jika kita setia bercinta pada yang satu je.... maksud akak cinta yang setia akan di bawa ke mati tapi cinta yang tak setia hanya menambah luka di hati...", kata valerie. "chewah.... siap bermadah pula akak adik yang seorang ni...", usik aaron sambil ketawa kecil. "Hm... ya, betul cakap akak ni...", belum pun sempat valerie menghabiskan perkataannya tiba tiba handphone aaron berbunyi nyaring. aaron segera menjawapnya...
"hello...."
"hello.... aireen... saya ni alan..."
"ya ada apa, alan?"
"ok... saya nak tanya awak ni.... macamana sekarang? awak dah buat keputusan tak?"
"keputusan apa?"
"alah... awak buat buat tak tahu pula?.... tempohari saya ada bertanya pada awak... apakah awak sudi menerima saya sebagai kekasih awak ataupun tidak?... itu yang saya nak tanya pada awak ni..."
"oh... tentang perkara tu... tapi awak cakap awak bagi saya masa untuk memikirkannya sehingga hujung minggu ni kan? tapi belum tiba hujung minggu awak dah tanya balik soalan yang sama pada saya. macamana ni?... saya tak pahamlah dengan awak ni...."
"saya tahu tapi saya tak mahu menunggu terlalu lama, aireen... saya betul betul nakkan kepastian dari awak samada awak terima saya sebagai kekasih awak ataupun tidak.... lagi pun saya rindukan awak..."
"oh.... betul ke ni?"
"iya.... betul... saya rindukan awak aireen... saya minta maaf di atas apa yang telah terjadi... saya marah sebab saya cintakan awak, aireen... saya tak mahu ada orang lain cuba menggoda awak sebab saya ingin jadikan awak sebagai suri dalam hidup saya...."
"yelah tu.... cinta, cinta juga tapi janganlah sampai berani pukul perempuan yang lemah macam saya ni.... apa awak ingat bagus sangat ke pukul orang perempuan bila marah.... itu lelaki tak guna namanya tu...."
"ok... saya mengaku saya bersalah dalam hal ini tapi saya janji takkan memukul awak lagi..."
"betul ke ni?"
"betul...."
"ok... kalau macam tu, saya terima awak sbagai kekasih saya..."
"oh betul ke ni?"
"ya betul tapi dengan satu syarat...."
"syarat apa pula?...."
"jangan berani berani pukul saya lagi... kalau awak pukul saya, nahas awak saya kerjakan..."
"oh... ok saya terima syarat awak tu..."
"bagus... sekarang saya nak pergi mandi dulu. talk to you later. bye..."
"bye..."Aaron mematikan talian handphonenya. "betul ke adik nak bercinta dengan si alan yang tak guna tu?", soal valerie dengan mata yang membulat. "yep....", balas aaron sambil tersenyum. "adik tak takut ke kena pukul nanti?", soal valerie dengan dahi yang berkerut. "tak takut pun.... akak jangan bimbanglah.... adik tahu bagaimana caranya nak lawan dia balik.... oklah adik nak pergi mandi ni.... adik ciao dulu...", kata aaron sambil beredar dari situ. valerie hanya terpinga pinga ketika mendengar penjelasan adiknya itu.
Malam itu ketika mereka duduk di meja makan, nenek mengajak mereka berdoa bersama sama. setelah selesai berdoa mereka mula makan sambil berbual bual dengan riangnya. Pada saat itulah mrs aivy membuat pengumuman bahawa pagi esok mereka akan balik ke rumah mereka di bandar. ini kerana kesihatan nenek sudah semakin pulih sekarang. aaron merasa sungguh gembira sekali ketika dia mendengar berita tersebut. ini bermakna yang dia ada peluang untuk mencari tubuhnya yang hilang itu.....
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...