TUBUH 10

1.9K 93 2
                                    

Aireen melangkah menuju ke ruang dapur. kelihatan mak cik imah pembantu di villa tersebut sedang sibuk memasak di dapur. "mak cik... biarkan saya memasak juadah untuk malam ni... mak cik pergi berehat dulu ye...", kata aireen pada pembantu rumah tersebut. "eh... kenapa tuan muda yang memasak pula?... kenapa tuan muda menyuruh saya berehat?...", soal mak cik imah kehairanan. "saya teringin hendak memasak mak cik... mak cik pergi berehat dulu, ya... biar saya memasak juadah untuk malam ini...", kata aireen perlahan lahan. "Hm... baiklah...", perlahan lahan mak cik imah beredar dari situ.

aireen mula memasak di dapur sambil menyanyi kecil. ketika dia sedang leka memasak tiba tiba, "eh... adik memasak?.... adik masak apa tu?... bau macam sedap aje...", tegur suatu suara. kelihatan jason sedang melangkah menuju ke arahnya. dia berdiri di sebelah aireen. perlahan lahan dia mencuba sedikit masakan adik lelakinya itu. "wow... sup ayam berhalia... sedap ni... pandai betul adik memasak... dari mana adik belajar memasak ni?...", kata jason cukup kagum. aireen tersenyum kambing. "abang, diam saja... biarkan adik memasak dulu...", balas aireen. setelah siap memasak aireen menghidangkan makanan tersebut di atas meja yang ada di situ. jason hanya berdiri memerhatikannya. "abang... marilah makan...", pelawa aireen sambil tersenyum lebar

perlahan lahan jason duduk di atas kerusi yang ada di situ. dia memerhatikan aireen tanpa berkelip matanya. "kenapa abang memerhatikan adik macam tu pula?", soal aireen kehairanan. "sebenarnya abang merasa terkejut bila tengok adik abang ni tiba tiba memasak pula malam ni... biasanya adik tak macam ni... adik hanya tahu makan saja. kalau memasak makanan adik tak pandai masak pun tapi malam ni lain pula jadinya... adik begitu pandai memasak... sebenarnya siapa yang mengajar adik memasak ni?", soal jason ingin tahu. "sebenarnya adik belajar masak sendirilah bang... buat pengetahuan abang, mulai dari hari ini adik nak berdikari... adik tak mahu lagi bergantung harap pada pembantu rumah bagi menyiapkan segalanya untuk adik... adik nak buat semuanya dengan tangan adik sendiri. ini termasuklah masak makanan sendiri...", balas aireen panjang lebar. "oh begitu... jadi ini azam adik yang terbaru ker?...", soal jason sambil tersenyum. "yep... makanlah bang...", pelawa aireen.

mereka mula makan bersama sama. "sedap betul masakan adik ni... anyway, abang perhatikan adik ni sudah banyak berubahlah...", kata jason sambil memakan nasinya. "maksud abang?...", soal aireen. "maksud abang, adik tak macam dulu lagi.... dulu adik langsung tak lekat di rumah. Malah adik lebih suka keluar melepak dengan kawan kawan adik. sampai tengah malam barulah adik balik ke rumah. dah tu pula adik selalu bawa perempuan balik ke rumah ni... tapi sekarang adik tak macam tu lagi. abang tengok adik tak keluar melepak dengan kawan kawan adik. malah adik lebih suka menghabiskan masa adik di rumah. adik juga tidak lagi membawa balik perempuan ke rumah ini dan yang lebih mengejutkan abang ialah adik dah pandai memasak, macam perempuanlah pula... ini satu perubahan yang sangat baik dan abang merasa sungguh gembira dengan perubahan adik ni...", kata jason sambil tersenyum gembira. aireen terpaksa membalas senyuman pemuda itu. "yelah tu... tapi abang tak tahu yang adik ni bukannya aaron yang sebenarnya...", kata aireen separuh berbisik. "apa?... apa adik cakap tadi?... abang tak dengarlah...", soal jason ingin tahu. "Oh... nothing...", balas aireen dengan pantas.

ketika mereka sedang makan tiba tiba, "ting tong.... ting tong...", kedengaran loceng pintu depan villa tersebut berbunyi nyaring. aireen pun terus bangun lalu melangkah menuju ke pintu rumah itu. perlahan lahan dia membuka pintu rumah tersebut. kelihatan seorang gadis sedang tersenyum padanya. aireen lihat pakaian gadis itu seksi sangat macam tak cukup kain pula

"hai.... sayang... selamat malam...", sapa si gadis tanpa segan silu. "er... hai... awak ni siapa?", soal aireen dengan dahi yang berkerut. "eh... sayang dah lupakan baby ke?.... ini baby may lah.... apalah sayang ni... baby missed you so much, ok....muaahhh....", may terus mencium pipi pemuda yang di cintainya itu. aireen tidak sempat mengelak. ciuman tersebut singgah di pipi kirinya. "eeuuuww...", aireen bersuara kegelian. dia mengelap pipi kirinya yang di cium sebentar tadi dengan tangannya sendiri. "kenapa ni sayang?... sayang tak suka baby kiss pipi sayang ke?... teruklah sayang ni...", gadis itu bersuara separuh geram.

TUBUH (U)Where stories live. Discover now