Aaron bangun awal pada pagi itu. selepas makan dan bersarapan pagi dia dan valerie terus pergi ke restoran chan seafood milik mereka sekeluarga. mereka membuka restoran tersebut dengan di bantu oleh beberapa orang pekerja restoran itu. sebaik saja restoran tersebut di buka mereka mula sibuk dengan pekerjaan masing masing. ada yang menyapu lantai, menyusun kerusi meja, memasak air dan ada juga yang sibuk menyiapkan segala sesuatu di dalam dapur. aaron di suruh untuk pergi membeli sayur sayuran di market sayur yang terletak tidak jauh dari restoran tersebut.
"adik tolong belikan sayur sayuran yang tersenarai dalam kertas ni?...", kata valerie sambil menyerahkan secebis kertas di tangannya pada aaron. "Haish... kalau bab beli sayur ni leceh betullah kak. Lagi pun adik tak pandai beli sayur... kalau adik tersalah beli sayur nanti tentu akak akan marah...", kata aaron dengan nada suara yang keberatan. "kalau susah sangat awak bawa aje si alex tu... dia tahu apa yang perlu di beli nanti...", kata valerie. dia memanggil salah seorang pekerja lelaki yang sedang sibuk mengelap cermin restoran tidak jauh dari situ. "alex... awak tolong si aireen ni pergi beli sayur kat market sayur sana tu... awak cuma tolong pilihkan sayur yang segar dan tolong bawakannya ke sini...", perintah valerie. "baiklah...", balas alex sambil tersenyum lebar. aaron memandang wajah pemuda itu.
inilah pertama kali dia melihat alex. rupanya boleh tahan juga. walaupun pakaiannya agak selekeh tapi wajahnya nampak cute. tiba tiba saja aaron merasa hairan. Entah kenapa pula dia merasa seperti tertarik bila melihat wajah pemuda tersebut. ini mungkin kerana tubuhnya seorang gadis maka dia mudah tertarik apabila melihat seorang lelaki. "hm... mungkin juga...", bisik aaron dalam diam. "jom cik aireen... mari kita pergi ke pasar...", pelawa alex sambil tersenyum. perlahan lahan aaron melangkah mengekori langkah kaki pemuda itu dari belakang. Sebaik saja mereka sampai di market sayur tersebut mereka mula membeli belah.
alex memilih setiap jenis sayuran yang di rasakannya perlu di beli. manakala aaron pula membayarnya. setelah siap bershopping mereka mula beredar dari situ. Ketika mereka sedang berjalan meninggalkan tempat itu tiba tiba, "aireen....", kedengaran suatu suara memanggilnya dari jauh. aaron berhenti melangkah. begitu juga dengan alex di sebelahnya. pandangan mereka tertumpu ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan seorang pemuda datang menghampiri mereka di situ. "oh... itu alan... er... saya pergi dulu...", kata alex dengan nada suara yang tegang sekali. dia hendak beredar dari situ tapi aaron segera menahannya.
"nanti dulu alex... awak jangan takut... saya ada di sini... kalau dia buat hal lagi... saya akan kerjakan dia cukup cukup....", kata aaron dengan tegas. alex tak jadi melangkah pergi dari situ. dia hanya berdiam diri di sebelah gadis tersebut. "aireen....", sekali lagi namanya di panggil orang tapi kali ini orang itu sudah berdiri di hadapan mata aaron. tak sangka pula si alan tu handsome giler macam james dean tapi aaron buat muka selamba. "ya ada apa alan?...", soal aaron. "kenapa awak berada di sini dengan lelaki ini?", soal alan separuh jengkel. "kami baru saja selesai membeli sayur sayuran kat market sayur tu... kenapa awak jealous ke?...", soal aaron.
"jealous ke, tak jealous ke... itu bukan masalahnya... masalahnya sekarang saya paling tak suka bila tengok girlfriend saya berjalan berduaan dengan lelaki lain...", kata alan dengan wajah yang tegang. aaron dapat rasakan bahang kemarahan yang mula meledak dalam jiwa pemuda itu. "kami pergi membeli sayur sayuran ajelah... yang awak marah marah ni kenapa, hah?...", balas aaron mula tidak senang dengan sikap pemuda itu. alan menggetapkan giginya. dia mencengkam lengan kiri gadis tersebut dengan kasar sekali. "aireen... awak tu kekasih saya...awak sepatutnya menjauhkan diri dari lelaki lain tapi ini tidak, malahan awak keluar berdua duaan dengan lelaki lain...", kata alan dengan nada suara yang tegang sekali. "hey... lepaskan lengan saya... awak nak patahkan lengan saya ke,hah?... sakit tau...", kata aaron. "saya akan lepaskan lengan awak jika awak berjanji pada saya yang awak tak akan keluar dengan mana mana lelaki lain dalam dunia ni selain daripada saya seorang saja...", kata alan dengan wajah yang bengis sekali. aaron merenung wajah pemuda tersebut. "buat apa saya berjanji macam tu dengan awak pula?", soal aaron separuh geram. "sebab awak kekasih saya. Jadi awak harus ikut segala arahan saya...", kata alan dengan garang sekali. "apa awak ingat saya ni robot ke... sampai nak ikut segala arahan tuannya?.... woi... saya bukan robotlah... saya manusia biasa... punya hati dan perasaan. awak tak berhak memaksa saya mengikuti segala kehendak awak...", kata aaron. "awak jangan melawan, ya...nanti habis awak saya kerjakan...", ugut alan pula.
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...