"maaf... korang bercakap dengan siapa ni?... saya ke?", soal aireen kehairanan. 2 orang pemuda itu ketawa apabila mendengar soalan aireen. "hahaha.... awal awal pagi ni awak dah buat lawak pula, aaron... lucunya lawak awak ni... adoyai....", kata pemuda berbangsa melayu itu sambil ketawa. "apa yang lucu sangat tu?... setahu saya kan saya tak buat lawak pun... korang ni siapa ar?", soal aireen ingin tahu.
pemuda melayu itu datang menghampirinya. "wei.... kami ni kawan awak lah... takkanlah awak tak ingat pada kami pula...", kata pemuda melayu tersebut sambil meletakkan tangannya di bahu aireen. aireen berfikir seketika. "mungkin ini kawan kawan aaron kot tapi yang peliknya semasa aaron terlantar di hospital tiada seorang pun dari kawan kawannya datang menjenguknya di hospital. kawan jenis apakah ini?...", soal hati kecil aireen separuh jengkel.
"maaf... rasanya saya tak ada kawan seperti korang berdua ni...", kata aireen dengan wajah yang serius. "hey.... dude, whats wrong with you?... kenapa cakap macam tu?... we are your friends, ok?...", kata pemuda melayu itu dengan wajah yang kelat. "friends?... ok, biar saya tanya korang satu soalan... masa saya sakit terlantar di hospital tempohari ada tak korang datang menjenguk saya?.... tidak ada, kan?.... jadi itu maknanya korang bukanlah kawan saya yang sebenarnya...", kata aireen direct to the point. terdiam 2 orang pemuda tersebut sebaik saja mendengar perkataan aireen. mereka saling berpandangan seketika. "oklah... kami minta maaf sebab kami tak datang jenguk awak masa awak terlantar kat hospital tu. maklumlah masa tu kami sibuk dengan tesis dan assignment. jadi kami tak dapat datang jenguk awak di hospital... harap awak faham...", kata pemuda berbangsa melayu itu dengan nada suara yang perlahan lahan.
"ya... betul apa yang di cakapkan oleh rizal tu.... saya dan rizal memang sibuk masa awak terlantar di hospital tempohari... banyak betul tesis dan assignment yang perlu kami siapkan... thats why kami tak dapat datang jenguk awak di hospital tempohari...", sokong pemuda yang berbangsa india pula. aireen terdiam buat beberapa ketika. dia macam tidak percaya dengan alasan yang mereka berikan padanya tapi dia terpaksa juga menerima alasan tersebut. "hm...never mind... just forget about that", balas aireen perlahan lahan. "jadi awak tak marah pada saya dan sammy lagi ke?", soal rizal ingin tahu. "tak...", balas aireen sepatah. "kalau macam tu jomlah kita pergi ke dewan kuliah sekarang...", ajak pemuda yang bernama rizal itu.
aireen hanya menganggukkan kepalanya. dia berjalan mengekori langkah kaki dua orang pemuda tersebut dari belakang. setelah berjalan beberapa ketika mereka pun sampai di dewan kuliah yang sibuk itu. tercengang aireen ketika melihat dewan kuliah tersebut. maklumlah ini kali pertama dia menjejakkan kaki di situ. tangannya di gamit oleh rizal. mereka pun duduk di atas kerusi masing masing. Tidak lama kemudian sesi kuliah pun di jalankan seperti biasa. ketika aireen duduk di atas kerusinya tiba tiba matanya terpandang akan seorang gadis sedang duduk tidak jauh dari tempat duduknya. gadis tersebut tersenyum manis padanya. aireen segera mengalihkan pandangannya. dia berpura pura menyibukkan diri dengan menulis nota di dalam buku. dia sebenarnya tidak mahu membalas senyuman gadis tersebut sebab dia tidak mahu gadis itu perasan pula pada dirinya.
Di sepanjang sesi kuliah tersebut aireen dapat rasakan yang gadis itu masih lagi memandang ke arahnya. Entah apa yang membuatkannya memandang aireen macam tu pun dia sendiri tidak tahu. aireen jadi tidak keruan bila pandangannya bertembung dengan gadis tersebut. mungkin ini di sebabkan tubuhnya seorang lelaki maka perhatiannya mudah terganggu jika ada seorang gadis sedang memerhatikannya. Entahlah.... selepas habis waktu kuliah aireen cepat cepat beredar dari situ. terkejar kejar rizal dan sammy di belakangnya. "eh... aaron... apasal awak jalan dengan tergesa gesa ni?... kalau ye pun awak tunggulah kami sekejap...", rungut rizal dari belakang. "saya nak cepat balik ke rumah ni...", balas aireen dengan pantas. "eh... awak tak mau pergi lepak dengan kami di townsquare tu lagi ke?....", soal rizal ingin tahu. "tak naklah... saya bukannya suka sangat lepak lepak ni...", balas aireen dengan pantas.
"eh.... kenapa awak cakap macam tu pula?... dulu awak lebih suka lepak kat townsquare bila habis waktu kuliah sebab awak tak mahu balik ke rumah gara gara parents awak tak ada di rumah tapi sekarang awak nak balik ke rumah pula... awak dah buang tabiat ke apa?", soal rizal dengan dahi yang berkerut. belum pun sempat aireen menjawap soalan rizal itu tiba tiba, "aaron...", panggil suatu suara. aireen lihat ada 2 orang gadis sedang berjalan menghampiri mereka di situ. kalau tidak salah itulah gadis yang tersenyum padanya di dewan kuliah sebentar tadi. "siapa tu?", soal aireen ingin tahu. "itu Gina Tan lah... takkan awak tak ingat pada dia pula. dia kekasih awaklah....", kata rizal.
aireen terdiam seketika. "Oh... jadi inilah girlfriend si aaron tu tapi kenapa dia tidak datang menjenguknya semasa dia terlantar di hospital tempohari?... girlfriend jenis apa pula ni?", soal hati kecil aireen dengan jengkel sekali namun di pendamkannya saja rasa jengkel itu di lubuk hatinya. "ya... ada apa?", soal aireen sebaik saja gadis itu berdiri di depan matanya. "urm... aaron... boleh tak kita berjumpa di restoran selera petang ni? ada perkara yang ingin saya katakan pada awak...", kata gadis tersebut sambil tersenyum. "maaf...saya tak dapat berjumpa dengan awak petang ni sebab saya sibuk...", balas aireen dengan wajah yang serius. "sibuk?... awak buat apa petang ni?", soal gina ingin tahu. "adalah...", balas aireen sepatah. "oh... kenapa awak bersikap dingin pada saya aaron?", soal gina sambil merenung wajah pemuda itu. "maaf... saya tak ada masa hendak menjawap soalan awak tu sebab saya nak balik ni... oklah, saya ciao dulu...", aireen bersuara sambil beredar dari situ....
*** *** ***
Aaron berdiri di ambang pintu sambil memerhatikan keadaan di luar rumah. sungguh berbeza rasanya bila berada di kampung. segalanya nampak aman dan damai saja. Tidak seperti di bandar suasananya bising dan sibuk sepanjang masa. perlahan lahan aaron berjalan keluar dari rumah tersebut. dia berjalan menyusuri denai kecil yang ada di situ. rupa rupanya ada anak sungai di belakang rumah tersebut. airnya nampak jernih dan bersih sekali.
timbul pula niat di hatinya hendak mandi di sungai yang tenang itu. ketika dia membuka butang bajunya tangannya terhenti bila dia lihat buah dada yang menggunung di atas dadanya. dia terlupa pula yang dirinya sekarang adalah seorang perempuan dan bukannya seorang lelaki. cepat cepat dia menutup butang baju yang di pakainya saat itu. ketika dia hendak melangkah pergi dari situ dia nampak ada seorang pemuda sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. di tangannya ada joran. tentu dia sedang memancing ikan di situ.
tiba tiba saja aaron terasa malu pula bila memikirkan yang dia hampir saja membuka bajunya sebentar tadi. nasib baik bajunya belum di buka. kalau di buka, sudah tentu pemuda tersebut dapat melihat 'wayang free' pula. dalam hati aaron marah pada dirinya sendiri kerana dia hampir saja terlupa yang dirinya kini telah menjadi seorang perempuan. cepat cepat dia beredar dari situ. sampai di rumah dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. perlahan lahan dia duduk di atas katil. ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba saja dia rasa macam tak selesa. ada rasa sesuatu yang melekit dalam seluar dalamnya. cepat cepat dia berjalan menuju ke dalam tandas.
Sebaik saja dia sampai di dalam tandas dia pun membuka skirt dan seluar dalamnya. Kelihatan tompokan darah merah di atas seluar dalamnya. berkerut dahi aaron ketika melihat semuanya itu. Perlahan lahan dia mencuci seluar dalam tersebut. selepas itu dia mencuci alat kelaminnya pula. aaron berfikir seketika. mungkin inilah yang di katakan orang datang haid tu. aaron betul betul merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. jadi dia pun segera memanggil valerie. Tanpa banyak bicara valerie memberikannya tampon untuk di gunakan bagi mengatasi masalah itu. aaron trpaksa juga menggunakannya walaupun dia merasa tidak selesa. dalam diam aaron mengakui inilah pengalaman yang paling teruk di alaminya dalam hidup ini iaitu menjadi seorang perempuan...
YOU ARE READING
TUBUH (U)
Teen Fiction#8 in teen fiction (08/06/16) Sinopsis: bagaimana rasanya jika roh seorang gadis terperangkap dalam tubuh seorang pemuda? dan bagaimana pula rasanya jika roh seorang pemuda terperangkap dalam tubuh seorang gadis?... nak tahu apa yang sebenarnya ter...