Neraka

507 31 14
                                    

"Kau pahal siak! Siapa kau ha?! Lepas la!!" Teriak Adam. Sakit? Memang banyak sakit. Sakit badan sebab kena pukul. Sakit hati sebab kena pukul tetiba. Sakit otak memikirkan setan mana yang cari pasal dengan dia nih.

"Malaikat Maut kau" jawab makhluk itu sebelum semuanya gelap.

Ha.. Haris..
***

"Ad..Ad.. Awak please.."
"Dah la Aisyah.. Nah amek ni. Kau tak nak buang . Lantak. Aku nak hidup macam biase." Bicaranya sambil menunjuk perut kempis Aisyah.
"Ad.. Awak da janji Ad. Minggu depan kite nak kawin Ad. Jangan buat saya macam ni. Please. " rayu Aisyah. Gadis bertudung litup itu. Air matanya jelas kelihatan jatuh menitik ke kain.
Adam mengenakan cermin mata hitamnya. Mula berganjak dari tempat duduk. Dia mula mengorak langkah apabila dia rasa kakinya berat. Bukan sebab tetiba dia jadi batu. Tapi sebab Aisyah. Menjatuhkan lagi maruahnya yang tercalar itu dengan meminta simpati Adam.

"Ad.. Saya dah tak ada siapa kat dunia ni. Tolong la jangan buat saya macam ni. " rayu Aisyah. Menangis . Basah hujung seluar Adam dengan air matanya.

Adam membongkokkan badan. Menarik dagu belah milik Aisyah. Mengusap air mata di pelupuk mata Aisyah.
Memegang wajah bujur sirih Aisyah dengan kedua tapak tangannya.

"Sebab kau bukan sesiapa dekat dunia ni lah aku tak nak kahwin dengan kau" Adam separuh berbisik ke telinga Aisyah sebelum melemparkan senyum mengejek. Menampar pipi gebu yang dia selalu gomol dua bulan lepas. Aisyah cuma dengar derapan kaki Adam dan cek bernilai RM 50 000 itu jatuh di depan matanya sebelum semuanya gelap.

***

"Kau siapa ha Haris?! Siapa kau sebenarnya! Apa kau buat ni! Sakit lah! " Adam masih cuba untuk mengurai tali yang mengikat badannya.

"Woi!! Kau pekak ke ha?! Kau pekak ke?!! Kau kenal tak aku siapa? Aku Adam lah! Adam Datuk Zainal!! Semua orang kenal aku lah setan!! " jeritnya menggila.

Haris datang mendekat bersama satu picagari berisi cecair warna merah darah di tangannya.
"Sebab semua kenal kau lah , aku buat macam ni dekat kau. " Haris separuh berbisik sambil mencucuk picagari tadi di tengkuknya.

"Ingat Aisyah. Bekas tunang kau. Dia kakak kandung aku. Dan jawapan untuk soalan kau tadi. Siapa aku? Aku saintis muda negara ni Adam. Dan kau.. Tikus makmal aku" ketika itu Adam mula menggelupur.

"Sleep well Ad. And please.. Enjoy it." Sambungnya.

***
Kuala Lumpur 13 April - Seorang lelaki yang ditemui di dalam timbunan sampah kawasan pelupusan sampah di ibu negara merupakan anak usahawan korporat perkapalan terkenal iaitu Adam Datuk Zainal , 27 , yang dipercayai hilang sejak seminggu lalu. Mangsa berada dalam keadaan koma semasa ditemui...

***

"Aku tak nak masuk neraka. Aku takut! Panas! Panas! " jeritnya sambil memegang sebahagian alat kelaminnya yang sudahpun terpisah dari tubuhnya. Darah merebak ke seluruh lantai. Pisau di tangannya di genggam erat.

"Aku taubat! Aku tak nak masuk neraka! " jeritnya lagi membuatkan seorang jururawat yang masuk ke biliknya pengsan di situ juga.

"Astaghfirullahalazim" Doktor Aisyah terpempan.

***

Catatan Haris :

Cecair Neraka - (formula dirahsiakan)

Kesan- Individu yang menggunakannya akan merasai "pembalasan" mengikut dosa yang di lakukan di dunia.

Jangka masa kesan- (tidak direkodkan)

Kestabilan - TIDAK STABIL

Jumlah ujian- 1

P/s: anda yang membaca nak jadi bahan uji kaji ni tak?

Kisah Tak SempurnaWhere stories live. Discover now