"Doktor.." Aku memanggil. Dia berjalan ke arah aku dengan berat. Mungkin penat.
"Ada apa Doktor Yazid? " soalnya sambil tersenyum.Aku senyum sambil menunjukkan jari telunjuk aku kepada seseorang.
"Kenapa dengan dia? Saya cuba cari record dia. But .. None."Doktor Syahirah memandang muka aku yang flawless nih. Haha...
"He is your patient".4 perkataan yang meragut senyuman aku.
"But i just got here ... Tak sampai dua jam pun. Banyak yang saya kena belajar.. Saya budak praktikal .." Aku cuba meningkah."Yes.. Saya tahu tu.. To be exact baru sejam setengah. " Doktor Syahirah masih tersenyum.
"Then kenapa dah bagi saya patient?? Sebab saya tanya?"
"Nope.. Sebab saya suruh.."
"What the ..??"
"Listen here young man, tempat ni da kekurangan sangat doktor. Jadi kedatangan awak amat-amat kami hargai. Macam saya katakan sebelum ni , tempat ni ada lebih 500 pesakit mental. 65% daripadanya adalah kes yang amat berat. Dan kami punya lebih kurang 100 doktor sahaja. Saya dan lebih 25 orang doktor pakar kendalikan kes purata 11 orang setiap satu." Doktor Syahirah mengangkat kening. Aku pun terkejut jugak.
"Lagipun kes dia tak berat. Dan itu satu-satunya pesakit yang awak perlu beri perhatian lebih. Ok?" Jelasnya panjang lebar.
Aku mengangguk lemah.
"Record dia da ada dalam bilik awak..." Doktor Syahirah beritahu sebelum melajukan langkah.
"Kes apa?"
"Fobia!" Jeritnya yang sudah semakin jauh.
Fobia??
***
"Uncle.." Tangisannya mula memecah. Adiknya dalam dukungan di peluk rapat.
"Kau diam budak!!" Jerit lelaki yang sudah dianggap bapa sendiri itu. Sakit . Sakit sangat hatinya. Orang yang dia percaya. Arghh!!"Azam.. Azam anak mama... Jangan nangis sayang" Mamanya yang terikat dekat atas kerusi cuba menenangkannya.
"Arghh!" Jeritan kesakitan Papa mengejutkan Azam. Pisau tertancap pada peha Papa .
"Papa!!" Jerit Azam. Dengan itu satu sepakan menyebabkan dia tersungkur.
Adli dalam dukungan terjatuh. Nasib baik dia tidak menangis. Lelaki itu terus-terusan memijak badannya. Memukul belakang badannya. Ditumbuk. Dilempang. Diterajang. Azam hanya mampu jerit sakit, teriak nangis, ulang benda yang sama. Sakit!"Afif!! Please Afif! Jangan buat anak aku macam tu!" Suara jerit garau Papa memberhentikan lelaki itu.
"Apa kau nak, Afif! Aku bagi! Jangan sentuh anak bini aku! " suara garau Papa jerit lagi!.
"Aku nak kau berdua mati" selamba badak lelaki tu luahkan permintaan sambil menunjukkan jarinya ke arah mama dan papa.
"Kenapa buat kami macam ni, Afif!" Tangisan mama memecahkan ruang yang penuh dengan derita itu.
"Kau tanya kenapa, Maria?"
Lelaki itu berjalan dekat kearah mama.
Mengusap pipi mama. Satu tumbukan dilepaskan. Bibir mama pecah. Azam menjerit jangan. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan. Papa juga menangis kata jangan. Mama longlai.Lelaki itu ambil Azam. Dudukkan Azam menghadap apa yang bakal dia saksikan. Azam cuma berharap pada Tuhan. Supaya mereka sekeluarga dilindungi dari setan ni.
"Sebab Azrel, anak bini aku semua tinggalkan aku. Aku dah tak ada siapa dah!!" Pekik Afif.
Pistol dikeluarkan dari belakang. "Maria.. Kau tak bersalah sangat lah kan.. Jadi.. Aku takkan biarkan kau mati dengan sengsara. Let me make it quick for you."
YOU ARE READING
Kisah Tak Sempurna
रहस्य / थ्रिलरCerita sekadar cerita. Bila si pekak mendengar si bisu berkata si buta melihat si kudung berjalan. Aku seorang amatur dalam seni penulisan. Jadi.. Mohon komen atas sebarang kekurangan. AMARAN KERAS. 18tahun keatas. Cerita-cerita dalam kompilasi in...