Hai.
Aku sapa. Rose senyum manis. Dia mengerdipkan mata. Aku tak tahu sama ada dia sengaja memperlahan kerdipan mata. Atau aku rasa waktu yang perlahan berjalan. Tapi itu semua tak penting. Yang penting. Aku rasa she is the one!"Jangan buat gitu. Saya jatuh hati. "
Rose ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
Damn. She's hot mannnn.
***
Hai.
Aku sapa lagi. Kali ini dia senyum mesra. Dia menapak kedepan beberapa langkah sebelum berpusing menghadap aku. Dia melambai tangannya . Aku lambai kembali. Dia pandang tepat ke mata aku sebelum tertawa kecil. Comel namatey la weii. Dia ketawa dengan menutup sebahagian mulutnya sambil mengecilkan mata yang berbulu mata lebat dan melentik. Lesung pipit di kedua belah pipinya membuatkan sesiapa yang melihatnya pun turut tersenyum sama. Rose. Sampai hati you tawan hati I.***
Hai.
Aku sapa. Dia memandang tepat kedua biji mata aku. Aku senyum.
Dia datang mendekat.
Kalau dia 'hai' aku balik.
Aku sure. Dia memang aku punye. Dan aku janji aku akan berusaha sedaya upaya untuk jadikan hati dia milik aku. Just mine."Hai." Rose balas sambil tersenyum lagi .
Dan malam tu. Aku tak boleh tido. Tak sabar nak bagitau dia yang aku nak jadikan dia aku punye.***
Haa... Aikk??
Rose. Kenapa U salam cium tangan lelaki tu.
How could u do this to me my love!
Hati I... Calar balar dah ni.
Sampai hati U Rose!!I da cakapkan. U are mine!! And always be mine!!
***
"Lisa. Kau nampak tak pesakit yang selalu ada kat depan pintu hospital ni?"
"Haaa.. Kenapa? " Lisa menjawab sambil menulis sesuatu di atas kad laporan.
"Dia selalu hai kat aku. Kelakar dok . Hahaha. " tawa kecil Rose."Hahaha.. Dia buat apa lagi kat kau? " Lisa tertarik dengan pembuka cerita Rose.
"Aritu dia hai kat aku. Aku ngantuk. Aku baru pas menguap. Aku kerdip mata tu lambat-lambat la kan. Pastu dia kata. Jangan buat cam tu . Dia jatuh hati. Hahahaha. Aduiii"
Lisa juga turut sama mengekek.
"Ada lagi ni. Time tu aku baru sampai. Lalu kat depan dia. Dia cakap hai. Aku senyum je la.
Pastu aku pusing nak bye-bye kat Mama aku. Dia pulak yang perasan. Dia pergi lambai kat aku balik. Hahahaha. Aku terus ketawa kat situ jugak. ""Hahaha.. Ko tak balas ke ? Kesian dia asek hai ko. Ko tak hai dia balik." Soal Lisa masih bersisa tawa.
"Ada. Sekali je la. Tak berani la aku nak layan dia . Hahaha." Jawab Rose jujur.
"Hahaha.. Dia suka kat kau tak Rose?" Lisa menyoal.
"Entah la. Ye kot. Sebab masa abang aku hantar aku tu. Aku kan salam cium tangan abang aku kan? Aku nampak muka dia cam marah. Dah tak hai kat aku lagi dah. Jeles gaknya. Hahahaha" jawab Rose.
"Zahir si Encik Hai suka dekat Rose si jururawat. Hahahaa." Lisa mengusik.
"Hahaha.. Dah la Lisa. Kalau asyik bergelak ketawa cam ni . Habis satu kerja tak buat. Jadi gila macam penghuni kat hospital ni nanti adalah. Aku nak check diorang da tido ke belum. K. Bye." Rose mematikan perbualan. Lisa menghantar Rose dengan pandangan .
Namun Lisa tak sangka.
Itu kali terakhir dia dan Rose berbual bergurau gelak ketawa sama-sama.Kerana itu semua sebelum Rose dijumpai mati.
Di dalam sel Zahir si Encik Hai.
Dalam keadaan Zahir sedang mengunyah hati Rose.
And of course. Zahir akhirnya dapat memiliki hati Rose.
Happy ending.
But.. Its not the end.. Yet..***
"Hai awak. Yang membaca? I nak jadikan hati U. Milik I. Just mine"
Zahir tersenyum di sebalik pintu sel.
YOU ARE READING
Kisah Tak Sempurna
Mystery / ThrillerCerita sekadar cerita. Bila si pekak mendengar si bisu berkata si buta melihat si kudung berjalan. Aku seorang amatur dalam seni penulisan. Jadi.. Mohon komen atas sebarang kekurangan. AMARAN KERAS. 18tahun keatas. Cerita-cerita dalam kompilasi in...