Amaran keras. Cerita ini mempunyai unsur carutan melampau.
--------------------------------------
Lari.
Dalam hujan aku berlari mencari arah.
Bunyi guruh berdentum tidak aku peduli walau sekuat apa pun ia menembak sebab bising hilai tawa dalam kepala aku belum surut. Dia terus menerus memaki hamun mencaci herdik aku sedang dia tinggal dalam kepala aku. Dalam aku ada dia. Tapi dia adalah aku. Fuck. Aku confuse la sial.Aku mati akal selepas bertemu dengan jalan mati itu. Akal aku buntu dengan pilihan jalan aku yang buntu. Siren polis terus mengejar aku. Aku nampak kilat terusan menyambar entah apa-apa di atas bumi. Dan pancaran kilat seakan begitu dekat sekali. Dan itu adalah benda terakhir yang aku lihat sebelum gelap. Jeritan dia melenyapkan pandangan. Aku tahu dia. Tapi aku tak kenal dia. Siapa?? Fuck! Aku da mati ke apa sial?!
****
"Doktor Fahrin.. Doktor panggil saya?."
"Yes Juwita. Come.. Duduk." Doktor Fahrin mengisyaratkan mata supaya duduk. Juwita mengambil tempat duduk berhadapan dengan doktor itu.
"So, ada apa Doktor?" Juwita seperti risau. Dia ada bagi salah preskripsi ubat ke ? Dia ada abaikan mana-mana pesakit? Tapi mana mungkin kan.
"Progress patient kita yang Fauzan tu macam mana?" Doktor Fahrin menyoal sambil menyemak beberapa laporan. Tentunya milik Fauzan.
"He's doing great. Banyak peningkatan. Dia kata dia dah bunuh suara dalam kepala dia tu. Dah tak ada dia kata. Cuma sekarang dia kata banyak mimpi ngeri." Juwita jujur.
"Good.. Good.. Mimpi tu biasa untuk mereka yang dalam proses penyembuhan." Doktor Fahrin mengangguk-angguk kepala.
"Anything else.. Kalau tak.. Saya ada kerja..."
"He will getting out another 3 months Juwita" Doktor Fahrin memotong kata Juwita.
Juwita terdiam. "Dia belum sepenuhnya sembuh Doktor Fahrin..."
"That is why saya panggil awak. Saya tahu awak adalah jururawat terbaik disini. Dan kredit lebih kepada awak sebab dia rapat dengan awak. Jadi saya nak awak berikan fokus lebih kepada dia."
"He killed my father..." Juwita mengetap bibir.
"And he is your cousin." Balas Doktor Fahrin. Juwita menahan air mata dari jatuh.
"I know , its hard. But you are the only one his friend. His family. His only hope. Please Jue." Doktor Fahrin menyentuh bahu Juwita. Sentuhan psikologi.
***
"Ayah..... Lepas la ayah! Sakit la! Lepas la ayah!!!! "
Rosman mencampak Juwita ke dinding. Jeritan Juwita menerjah masuk dalam sistem pendengarannya tapi dia sengaja memekakkan telinga.
"Kau dah kerja kan. Aku nak duit. Mana duit aku la anak haram!!!!" Marah Rosman sambil mencekik leher jinjang Juwita. Terusan binirnya menyumpah seranah.
Sial. Jue mencuba untuk melepaskan cengkaman tangan Rosman di lehernya. Tapi kudratnya itu entah berapa la sangat.
"Sa...kit..la..si..alll!!!" Jerit Jue dalam kelemasan. Air matanya mengalir lagi.
***
'Kau tak ingat ke apa penjahat tu dah buat dekat mak kau?' Bisik-bisik meracuni pangkal akal.
"Kau diam la setan!"
'Hahahahaa... Fuck la kau Fauzan. Aku setan ke kau yang setan ha sial?' Bisik-bisik membalas kata.
"Fuck. Keluar dari kepala aku la sial!!!! Babi la! Siallll!!!!!" Fauzan menumbuk dinding laju. Tidak terkesan sedikit pun dengan kulit tangannya yang sudah koyak.
'Fauzan... Fauzan.... Kesian aku dengan kau ni... Bapak kau tinggalkan kau.. Mak kau kena bunuh... Kau tak nak jadi superhero ke? Kau tak nak selamatkan sesiapa yang jadi mangsa pakcik kesayangan kau ke?' Racun bisik-bisik menular ke pangkal hati. Merebak dendam.
"Jadi superhero?" Fauzan memandang cermin. Melihat dirinya. Tetapi refleksi cermin itu berubah. Dia lihat ibunya. Ada pisau di dada ibunya. Si bisik-bisik seperti mendengarkan semula jeritan ibunya. Seperti direkodkan. Dan diulang lagi. Ulang lagi. Lagi. Dan lagi.
"Fauzan.... Tolong... Ibu...."
'Kau jangan jadi pengecut Fauzan. Hidup kau memang dah sial. Kau nak tambah sial hidup kau tu lagi ke ha bodoh? Biarkan si bangsat tu terus bebas kat luar sana?' Bisik-bisik terus merebak dendam dalam hati Fauzan.
***
"Fauzan.... Jue bawak ubat ni." Juwita tersenyum manis memandang Fauzan.
"Tapi Jue. Doktor kata Fauzan dah tak payah makan ubat.."
"Fauzan...... Dengar sini. Kalau Fauzan tak makan ubat, macam mana Fauzan nak baik. Nak keluar dari sini?"
"Tapi Jue.." Fauzan mengerut dahi.
"Sayang, sayang lebih percayakan Jue ke, lebih percayakan doktor tu?" Jue merajuk. Mencebikkan bibirnya ke depan.
"Ok ok. Fauzan makan." Fauzan mencubit pipi gebu Jue.
***
Perut Rosman dilutut Juwita. Juwita terduduk mencari nafas. Rosman mencarut kesakitan sebelum bangkit lalu menarik rambut Juwita dan diseret ke dapur.
"Ayah!!!! Sakit !!!" Tangis Juwita membasahi wajahnya.
"Sakit kau je yang kau tahu. Kau lutut perut aku ni ingat aku tak sakit ke ha sundal!!"
Pinggan kaca ditangan Rosman dilayangkan ke pipi kiri Juwita. Pecah pinggan itu begitu juga dengan muka Juwita.
"Sakit la bodoh! Ayah jenis apa sial kau ni!!" Juwita masih kuat untuk melawan dalam tangisan.
"Kau nak melawan lagi???!!! Bodoh! Ada anak tak guna macam kau ni. " Rosman terus menerus memijak badan Juwita.
"Rosman" suara seseorang kedengaran. Rosman menoleh sebelum tukul kayu itu hinggap di kepalanya. Rosman jatuh. Juwita mencapai pisau dan terus menancapkan ke dada Rosman berulangkali sambil berzikir segala carutan.
"Babi!" Pisau masuk. "Bapak tak guna!" Pisau keluar. "Puaka macam kau tak layak hidup la setan!!" Masuk. Keluar. Masuk. Keluar. "Bangsat!!" Masuk. Darah membuak keluar membanjiri lantai.
Fauzan memegang kepalanya seakan kesakitan. Berguling diatas lantai berdarah. Sebelum bangkit. Mengambil pisau didada Rosman lalu berlari keluar dalam hujan.
***
"Fauzan mengamuk semalam. Betul ke Doktor?" Juwita bertanya. Melihat Fauzan dari luar bilik.
"Haah. Tapi ni bukan pasal bisikan . Ni. Something else. "
"Apa maksud doktor?" Juwita tidak mengerti.
"Susah saya nak terangkan. Tapi saya pelik, kenapa setiap kali dia hampir sembuh. Dia mengamuk semula. Macam kali pertama dia dihantar ke sini. Saya pelik je la. Dah lama dah dia ni. Almost 5 years.
"Mungkin ada orang hantar dia benda tak elok kot Doktor?" Juwita membuat andaian sendiri.
"Hahhahaha. Apa la Jue ni. Nampaknya dia kena duduk sini selama-lamanya la Juwita. Dan awak kena berkhidmat kat sini, selama-lamanya la jugak. Saya balik office saya dulu k. Jumpa nanti. Tolong tengokkan dia ya. Kalau dah sedar. Cepat-cepat panggila saya. " pesan Doktor Fahrin sebelum meninggalkan Juwita.
Juwita tersenyum sebelum melangkah masuk dalam bilik Fauzan.
"Saya tak akan biar awak keluar dari sini. Sebab awak akan dihukum nanti. Dihukum atas kesalahan yang awak tak pernah buat. Dan saya tak akan biarkan ianya berlaku. Saya berhutang nyawa dengan awak Fauzan. Saya akan jaga awak selama-lamanya kat sini. Kita akan bahagia macam sebelum ni. Sebab saya dengan awak. Punya satu jiwa. Satu jiwa yang sama." Juwita menyentuh pipi berjambang Fauzan.
Fauzan tersenyum melihat Juwita.
YOU ARE READING
Kisah Tak Sempurna
Mystery / ThrillerCerita sekadar cerita. Bila si pekak mendengar si bisu berkata si buta melihat si kudung berjalan. Aku seorang amatur dalam seni penulisan. Jadi.. Mohon komen atas sebarang kekurangan. AMARAN KERAS. 18tahun keatas. Cerita-cerita dalam kompilasi in...