Langit hitam mengikut pergerakan Tok Bad dan gerombolan askar yang dibawanya. Sesekali guruh berdentum. Memancarkan kilat menerangi rupa setiap tentera Kerajaan Askabad. Membiaskan bayang badan mereka. 5 juta tentera Kerajaan Askabad ditugaskan. Misi mereka telah ditetapkan. Mereka sekarang mengakhiri sempadan. Menjalankan tanggungjawab mereka untuk kekal setia kepada raja.
Tok Bad sebagai penasihat ketua perang mengiringi Raja Lothaumar mendaki Quanthill, bukit kecil di akhir sempadan.
"Apa kalian sudah bersedia ?!" Tok Bad memekik dari atas bukit menggunakan kuasa telepatinya. Tentera Kerajaan Askabad melontar suara garau mereka, menggegarkan lantai sempadan bumi Kerajaan Afeadith.
"Persiapkan diri kalian anak-anak ku. Hari ini telah tiba" Tok Bad lenyap dalam pancaran kilat. Raja Lothaumar mengeluarkan Pedang Acedith, memacakkannya ke tanah Quanthill. Para tentera Kerajaan Askabad menunduk hormat.
"Ya, hari ni sudah tiba." Raja Lothaumar berbisik. Merenung Pedang Acedith. Pedang Pengkhianatan.
Matahari yang semakin meninggi memancarkan cahaya pada pedang itu. Cahaya matahari yang terkena pedang itu menjadi angin hitam yang terbang menerawang memasuki kawasan istana Raja Xander.
***
"What have you done?" Permaisuri Ixsabelle menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya tanda tidak percaya. Raja Xander diam merenung angin hitam yang dihalau keluar oleh pahlawan diraja dari jendela kamarnya.
"Kita boleh berbincang. Ini pasti hanya salah faham." Permaisuri Ixsabelle panik.
"Bawa dia masuk, kita jamu dia elok-elok. Semua akan ok. We can fix this." Ixsabelle terus mundar mandir.
"Kita panggil sekutu kita yang lain. Kerajaan Amelde. Kerajaan Vughson. Kerajaan Maldeheim. Mereka akan tolong." Ixsabelle tersenyum.
Raja Xander memejamkan mata. Air matanya tumpah.
"How about Kerajaan Ocrus dengan Kerajaan Zandrian?" Soal Ixsabelle lagi. Memandang Xander yang membelakanginya.
"Mereka tak boleh tolong" katanya lemah. Ixsabelle memusingkan badan suaminya itu menghadapnya. Tidak bersuara tapi Xander tahu akan riak wajah isterinya itu. Kenapa?
"Acedith..." belum sempat Xander menghabiskan kata-katanya Ixsabelle terlebih dahulu menampar muka suaminya itu. Segera berlari keluar dari kamar diraja itu.
Ixsabelle hanya tahu angin hitam itu sebagai ancaman perang yang keluar dari setiap 7 pedang kurniaan kepada setiap 7 buah kerajaan, hadiah dari ahli magis berkurun dulu. Tapi dia tidak bodoh untuk tidak tahu apa itu Acedith. Setiap kerajaan mempunyai Pedang Acedith.
Pedang Acedith adalah satu-satunya pedang yang menggambarkan tentang pengkhianatan yang telah dibuat. Dan setiap pengkhianatan, tidak dibenarkan mana-mana kerajaan mencampuri urusan itu. Hanya dua pihak sahaja. Pengkhianat dan yang terkhianat.
Katanya pedang ini pedang paling rumit dibuat oleh ahli magis dulu. Setiap roh orang teraniaya terperangkap dalam Ecages, batu delima milik Etheadore, seorang raja yang zalim yang membunuh setiap ahli magis. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menjadi ahli magis dalam kerajaannya. Hukuman bunuh bagi sesiapa yang punya kebolehan untuk melakukan magis. Zaman gelap bagi semua ahli magis.
7 orang Raja berjaya menamatkan riwayat Etheadore. 7 pedang di pacakkan ke jantung Etheadore. 7 ahli magis setiap kerajaan memindahkan roh yang terperangkap ke 7 pedang itu dibawah cahaya bulan merah. Red Moon. Dan paling rumit. Jantung Etheadore. 7 raja akan menelan sebahagian dari 7 bahagian jantung Etheadore. Upacara tersebut dinamakan sebagai Acedith. Dan kerana itulah, Pedang Acedith dinamakan.
YOU ARE READING
Kisah Tak Sempurna
Mystery / ThrillerCerita sekadar cerita. Bila si pekak mendengar si bisu berkata si buta melihat si kudung berjalan. Aku seorang amatur dalam seni penulisan. Jadi.. Mohon komen atas sebarang kekurangan. AMARAN KERAS. 18tahun keatas. Cerita-cerita dalam kompilasi in...