Sempurna

233 20 7
                                    

Cerpen ini diilhamkan dari cerita Fight Club dan Black Swan. Atas permintaan seorang sahabat. Mohon komen untuk sebarang kekurangan.
*******************************

"Ayah...Angah nak makan chicken chop. "
"Dasar gemuk.." Suara sinis kedengaran.
"Along...." Ibu bernada tegas.
"Betul apa?" Along melawan.
"Dia adik kamu . Ibu tak suka la macam ni Along" Ibu mempertahankan Along.
Along geram. Dikepal penuumbuknye lalu menghentam perut bulat Laila.

"Sakit la Along!!!!" Laila mengaduh. Menarik perhatian ibu bapa mereka. Dan satu hentaman dari depan. Membuatkan mata Laila pejam .

***

"Aku Mimie." Mimie menghulur tangan. Aku sambut perlahan. "Laila."
"Laila... Maksudnya malam kan?" Mimie cuba mula bicara menguntum senyum. Aku mengangguk. Senyum juga.

"Kau tak ada kawan ke kat sini?" Dia ajak berbual.
Aku cuma mengangguk. Memang da 3 bulan aku kat Rumah Bakti ni. Sejak kemalangan tu. Sejak semuanya tinggalkan aku.

"Aku boleh jadi kawan kau, dan aku akan tolong kau capai cita-cita kau. " Mimie menguntum senyum.
Entah kenapa. Aku angguk. Dia lah kawan aku. Dunia akhirat. Mimie memegang tangan aku. Genggam erat.

***

"Kenapa awak tak nak makan ni Laila?"
Cikgu Ana selaku guru di Rumah Bakti memandang Laila. Nasi ayam di depannya tidak disentuh. Cuma lalat yang menumpang rezeki kadang berlari terbang dekat dengan juadah tu.

"Mimie tak bagi. Dia kata kalau saya nak kurus, jangan makan malam ni" Laila merenung lalat yang datang menumpang rezeki.

"Mimie? Mimie mana?" Soal Cikgu Ana sambil berkerut dahi. Masalah pengaruh rakan sebaya betul budak-budak zaman sekarang ni.

Laila meletakkan jari telunjuknya kat sebelah kanannya. Cikgu Ana mengeluh. "Mimie ni kan.."

"Laila, nanti kita ada perjumpaan dengan doktor Azwan. Ingat tu.." Cikgu Ana bisik sebelum pergi.

***

"Terbaik la kau Mie. Cantiknya kau." Laila memuji. Pipi Mimie kemerahan.
"Kau pun apa kurangnya kan. ?" Mimie melihat dress yang dipakai Laila.
"Malam ni penentunya..." Mimie berbisik.
"Apa dia Mie?" Laila tidak dengar.
"Jom.. Pertandingan dah nak mula."

***

"Winner of Malaysian Top Model 2020 is....... Mimie!!
Sorakan orang ramai berteriak. Memanggil, menyeru namanya. Laila tersenyum gembira. Namun semuanya berakhir saat tiang pentas mula tumbang ke arahnya. Dia berlari sekuat hati.

Gelap.

***

"Kenapa kau cari aku?" Mimie meletakkan rokok di tepi bibir, sebelum membakarnya.
"Kenapa kau pergi? Aku cari kau. Lepas aku sedar. Aku cari kau! " Laila bingung. Seakan Mimie tidak mahu berjumpa dengannya.

"Yelah... Tapi kenapa?" Mimie menghembus asap rokok ke muka Laila.
"Kau tak nak jumpa aku lagi ke?" Laila muak dengan soalan Mimie. Mimie hanya memandangnya sambil tersengih.

"Dan aku nak tanya kau! Kenapa kat mana-mana pun aku pergi, diorang panggil aku Mimie! Dan bila aku tanya kat mana kau. Diorang diam. " Laila melepaskan rasa.

"Hahahahaha...." Mimie ketawa.
Sial betul la perempuan ni. Aku tanya betul-betul. Dia ketawa pulak.

"Jangan cakap aku sial, Laila. Tak baik mencarut."
"Kau.. Kau dengar ..."
"Aku bukan boleh dengar je sayang..." Mimie jeda sebentar. Menyedut nikotin, sebelum menghembus keluar.
"Aku ada dekat mana-mana je kau berada."

***

"Jangan ganggu Laila lagi!!!"
"Ok fine! Lepaskan lah aku Laila!!"

"Laila.. Mana kawan awak,Mimie?"
"Sayalah Mimie, Doktor. Kenapa Doktor?"
"Apa awak buat dengan Laila?"
"Saya cuma jadi kawan dia. Dan akan tolong dia,capai cita-cita dia"

"Laila.. Apa ni! Sejak bila awak merokok ni.."
"Mimie punya. Jangan sentuh."

***

"Everything you touch, everyone you know, every secret you save,  every step you take. I was there. For you! Aku yang tolong kau buat semua benda. Aku yang dapatkan tempat untuk kau kat pertandingan tu. " Mimie menyambung.

***

"Tolong la saya Dato'.. "
"Boleh.. Tapi dengan syarat..."
"Apa dia Dato' ?"
"Tunggu I kat Hotel Damansara... I tell you there...ok Laila?"
"Ok .. Dato'"

***

"Aku yang tolong kau bunuh Syaz. Pesaing kau!" Mimie menjerit .

***

"Laila... Apa you buat kat bilik I ni! "
"Aku tak akan benarkan kau rampas cita-cita aku!"
Pemetik api dilempar ke katil yang basah dengan kerosene.

***

"Aku yang lepaskan tali tiang pentas. Untuk buat kau hilang aku!"

***

Tiang tu... Dia cuba bunuh aku.

"Aku adalah kau! Dan kau adalah aku!"
Mimie laung. "Kau dah menang pertandingan tu. Kau guna nama aku masa bertanding. Kau dah sempurna. Aku da buat kau sempurna!" Jerit Mimie lagi!

"You should not come back here dear Laila..." Mimie menguntum senyum.

Laila memegang kepalanya. Terasa sakit. Sakit sangat. Dia mengingat semula detik-detiknya bersama Mimie. Semuanya manis. Semuanya mereka bersama. Ye. Selalu bersama sampai dia tidak sedar. Mimie tidak makan sebelum dia makan, tidak ke tandas sebelum dia mahu ke tandas,tidak tidur sebelum dia tidur. Laila terjelepuk atas lantai. Sambil memegang kepalanya yang semakin berdenyut.

"You need to die, Laila." Mimie memegang pisau. Laila melihat Mimie. Menangis.

"Kalau kau adalah aku, dan aku adalah kau.. Maksudnya, pisau tu ada kat tangan aku. Bukan kat tangan kau." Kata Laila sambil melihat tangannya. Pisau.

"Laila... Kau buat aku marah ..." Kata Mimie sebelum menampar pipi Laila. Menumbuk matanya. Menghentak kepala Laila ke dinding. Darah pekat mengalir laju. Pisau di tangannya di hunus ke perut Mimie. Mimie diam. Menjarakkan diri dari Laila. Sebelum hilang.

"Hahahahahaha....." Ketawa Laila riang. Rasa sakit kepalanya hilang.

"Aku sempurna!!!!" Jeritnya sebelum sedar pisau terpacak di perutnya.

"Aku adalah kau. Dan kau adalah aku" jerit Mimie dalam kepalanya.

Kisah Tak SempurnaWhere stories live. Discover now