"Mak Tam.. Berapa ?"
"Berapa yang kau ikhlas je Sal."
"Nah Mak Tam.. "
"Terima kasih.. Em.. Sal.."
"Kenapa Mak Tam.."
"Ada orang hantar benda kat kau.. Jangan la kau keluar dari kampung ni dulu.. Biar aku jaga kau.. Sampai budak tu keluar.."
"Tak apa la Mak Tam.. Sal tak sanggup nak susahkan Mak Tam lagi.. Biar la Sal cari bahagia Sal.."Malam itu.. Bersaksi bulan mengambang penuh.. Salmah keluar dari rumah Mak Tam dengan membawa perut yang memboyot hasil khianat dan dendam membawa luka dicaci maki orang kampung membuntingkan anak tidak sah disisi hukum.
***
"Ha.. Kau! Kau buat apa kat sini! Kau nak kacau anak-anak kat sini? Kau nak takutkan diorang!" Jerkah Cik Limah si janda beranak 3. Menjanda dah 13 tahun. 3 tahun dah jadi pengasuh kat tadika tuh.
"T-tak.. M-maaf.. A-aku cuma nak sedikit susu.. " si perempuan bertudung kain batik , tergagap-gagap meminta sambil menunjuk dengan jari telunjuknya yang berkuku panjang dan kehitaman itu ke arah seorang bayi sedang menyusu botol. Cik Limah segera ke dapur.
"Nah.. Memang ada dua tin susu budak-budak ni lebih. Memang rezeki kau.. Amek lah.. Tapi .. Kau nak buat apa dengan susu ni ? Kau ada anak ke ?" Soal Cik Limah. Mulutnya kadang boleh setaraf dengan longkang tapi hatinya memang baik. Tak hairan mak bapak budak senang menghantar anak-anak mereka ke Cik Limah.
"T-tak.. Nak bagi anak kucing.." Perempuan tadi masih sedikit gagap dan meletakkan dua tin susu ke dalam kain batik yang menjadi tudungnya tadi. Tersenyum manis. Walaupun sedikit comot.
"Eh.. Nanti.. Aku ada botol susu anak kucing. Dulu bela kucing.. Sekarang dah tak da.." Ucap Cik Limah bersungguh. Cik Limah berlari lagi ke dapur . Lalu diberi sebotol botol susu kecil.
"Kau nanti jangan bagi susu basi pulak. Mati nanti anak kucing tu. Agak-agak susu tu dah berbuih dah berkeladak terus buang. Paham tak ni?"
Perempuan tadi terus tersenyum dan mengangguk tanda paham.
"Siapa nama kau? Kesian aku tengok kau ni.. Gila-gila pun nak membela kucing.. Dari yang ada akal tuh.. Mendera binatang pulak .. Tak padan langsung.." Cik Limah sempat bertanya sebelum mengutuk perangai manusia yang mendera haiwan seperti diviralkan dalam PaceBok.
"Sal.. Salmah.." Senyum Salmah. Sangat bermakna.
***
"Miaow.... Miaow... Mak ada bawak susu. Mak buat susu. Nanti Mak bagi kat Miaow k.." Salmah tersenyum gembira.
Susu tepung di tuang beberapa sudu ke dalam botol susu. Di buka pili air perlahan. Tangki tadahan hujan berbunyi-bunyi tanda air turun. Botol susu diisi hampir penuh sebelum pili air ditutup.
Botol susu digoncang-goncang. Melarutkan susu tepung dengan air. Goncangan sedikit laju dan kuat. Salmah sedikit teruja kerana ini kali pertama dia akan menyusukan anak kucingnya.
Dia berlari sedikit kearah sangkar kucing yang dibuatnya sendiri. Membuka pintu sangkar itu dengan berhati-hati. Anak kucingnya sedang tidur. Diangkat perlahan sebelum meletakkannya diatas tanah.
"Bangun miaow.. Eh miaow .. Bangun.." Salmah menampar-nampar anak kucingnya.
"Huuu.. Uwekkkkk! Uwekkkk. Huuu.. " tangisan 'anak kucing' nya memecahkan keheningan pondok usang itu.
"Minum susu ni Miaow. Minum." Salmah meletakkan botol susu ke dalam mulut Miaow. Tangisan tak kedengaran lagi. Dengkuran halus bayi sehari itu menenangkan Salmah.
***
Cik Limah menunggu Salmah didepan pintu tadikanya. Biasanya Salmah waktu-waktu begini mesti lalu depan tadika tu. Mencari cebisan roti atau sisa nestum dan dibawa pulang. Pelik pun ada juga, katanya anak kucingnya lapar. Kucing makan nestum budak ke? Makan la kot. Anak kucing zaman sekarang pun dah maju rasanya. Kelihatan kain batik Salmah dari jauh.
YOU ARE READING
Kisah Tak Sempurna
Mystery / ThrillerCerita sekadar cerita. Bila si pekak mendengar si bisu berkata si buta melihat si kudung berjalan. Aku seorang amatur dalam seni penulisan. Jadi.. Mohon komen atas sebarang kekurangan. AMARAN KERAS. 18tahun keatas. Cerita-cerita dalam kompilasi in...