Masa ni aku masih di semester ketiga. Masih lagi berjawatan Wing Capt. Malam tu aku macam biasa menelaah buku dengan roomate, Ju. Tiba tiba bilik diketuk. Waktu tu da pukul 1 pagi. Aku bukak pintu. Budak Wing aku rupanya.
"Akak! Tolong, ada budak kena rasuk!". Hah sudah. Baru berapa bulan budak bilik Aida kena rasuk, ni Wing aku pulak. Dugaan apa yang kau cuba berikan Ya Allah. Aku ni tak lah iman penuh didada, seperti biasa, gelaran Wing Capt yang buat aku terpujuk untuk handle benda ni. Siapa lagi?
Aku keluar, roommate aku, Ju, tak ikut. Hmm agak kurang asam disitu. Bilik budak kena rasuk tu bersebelahan toilet dan berhadapan bilik kami, jauh sikit. Kelihatan dah ramai datang ke bilik tu, tapi takda sorang yang masuk, semua berdiri kat luar dengan selendang hitam. Bukan syirik ke syiah ye. Memang favorite students pakai tudung hitam. Senang matching.
Setibanya aku didepan bilik tu, semua bagi laluan, aku pun masuk dan melutut. Macam biasa, mata aku melilau melihat keliling. Bukan sebab ada ilmu, tapi habit bila dah dalam ketakutan. Sumpah, bilik tu bahang dan panas. Budak tadi yang kena rasuk tu terbaring lemah.
"Macam mana boleh kena?". "Tak tau kak, tapi mak dia simpankan air Darul Shifa'. Sebab mak dia tahu anak dia ni macam lemah sikit.". Jawab roommate dia seolah paham dengan keadaan kawan sebilik dia tu. Tak lama lepas tu, tiba tiba budak kena rasuk tu bangun dan duduk dikatilnya. Dia memandang sorang sorang, matanya merah macam baru lepas menangis, akhirnya mata dia tertumpu kat mata aku, terus aku tundukkan pandangan. Tiba tiba teringat pesan tah sapa sapa, time tu jugak pesanan tu terlintas, jangan pandang kalau orang kena rasuk tengok mata kau.
Dan tiba tiba jugak budak tu buat bunyi macam singa nak marah.
"Erghhhhhh ahhhhhhhrhhh!!!"
Menjerit pulak tiba tiba, apa lagi, satu bilik mencicit keluar lari, aku pun tak tinggal, lari jugak tinggalkan bilik tu terus masuk bilik kunci.
"Kak, kenapa?". Soal Ju kat aku sebaik sahaja aku masuk bilik. "Bebbebudak tuu bangunn sambil jeritt haa haaaaaaaa." Merengek aku hampir nangis yang buat buat. Tapi rengek aku,Ju seolah tak endahkan. Habis rengek, aku keluar bilik dengan gagah.
Masih ramai budak budak wing depan bilik budak tu. Tiba tiba aku terdetik, aku sorang je ke lari masuk bilik tadi?
Aku terus call ketua blok, dapatkan nombor family dia. 1jam 30 minit lepas tu, dalam pukul 2 pagi, mak dan abang dia 3 orang sampai dengan sebuah kereta kancil kecil berwarna putih. Keadaan budak tu mengigil atas katil sesekali pengsan tak sedarkan diri. Masa abang dia usung dia untuk pulang kerumah, badan dia berat sangat, abang dia 2 orang tu da cukup besar tapi masih tak terdaya untuk mengangkat.
Seorang pengang kepala. Seorang pegang kaki. Budak wing angkat badan dia turun tangga. Ada sekali, akibat berat sangat, badan budak tu terlepas dan tergelongsor sedikit kebawah. Seperti bermain dengan sendiri.
Malam tu sampai ke subuh aku tak dapat tidur. Terasa menyesal sentuh badan budak tu, khuatir kalau kalau termasuk badan aku. Dan aku pun ke kuliah dengan mata lebam.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...