Kisah Pak Guard ni berlaku di UiTM Segamat. Banyak yang mengatakan 'Pak Guard' ni selalu ada di blok SL dan blok asrama lelaki, Sempana Riau.
Bekas pelajar bernama Kiu, Lan, Ayam dan Anip duduk sebilik di kolej Sempana Riau. Bilik mereka di tingkat 2. Sebelah biliknya diduduki oleh seorang yang sedikit berjiwakan sotong jika dibandingkan pelajar lelaki sasa yang lain. Bilik si Sukun ni jauh lebih bersih berbanding bilik pelajar lelaki yang lain. Mungkin nalurinya lebih kearah alam flora dan fauna berbanding lelaki lain yang lebih rela mengantung stoking ditingkap dan membiarkan bau bau hijau menyelinap disegenap lubang hidup orang lain tanpa rasa sedikit rasa bersalah yang muncul di hati. Walau bagaimana pun, si Sukun ini lebih suka menyembur haruman dan wangi-wangian.
Kadang kandang, nalurinya yang keperempuanan juga diselitkan naluri mengoda, dimana dia lebih gemar mengoda lelaki sasa.
Undang undang UiTM terutama penghuni kolej perlu turuti ialah, sebaik sahaja jam 11 malam, mereka dikehedaki menutup semua lampu. Dalam erti kata lain, jam 11 malam ialah silent hour dimana pelajar perlu hormati orang lain yang mahu mengulang kaji atau tidur.
Nak dijadikan cerita, malam tu, ke empat empat sahabat ini membuat hal masing masing. Kiu sedang baring diatas katil. Lan bermain game dilaptopnya bersama Ayam, dimana Anip mengulangkaji subjek sendirian namun malam itu sahaja dia berperangai pelik, tidak pernah pernah dia mengulangkaji sebenarnya.
Tepat jam 11 malam, lampu motor diluar tingkap kelihatan terketar-ketar di ikuti bunyi motor. "Tutup lampu, da jam 11", suara dari susuk tubuh yang sedang menunggang motor itu.
Keempat-empat sahabat ni akur lalu bagai lipas kudung mengemas semua peralatan dan baring di katil masing-masing, sedia untuk tidur. Kiu yang berdekatan suis, menutup lampu seperti yang diarahkan. Bunyi motor tadi sudah pun hilang.
5 minit Kiu terkebil dalam gelap. Lalu dia bersuara, "Macam mana pak guard tu boleh ada kat depan tingkap kita?". "Aku pun rasa benda yang sama", balas Anip. Apa lagi. Digulungnya selimut masing masing, bantal ditarik, berebut-rebut mereka keluar bilik, tiada pilihan selain pilih untuk tidur sebilik dengan si Sukun. Digoda tak digoda itu nombor 2. Terlalu singkat masa untuk berfikir yang mana lebih takut tapi..
Tiada apa yang lagi menakutkan selain melihat motor pak guard berhenti depan tingkap kau sedangkan bilik kau berada dilevel dua.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...