Kawan aku ni nama dia Ash, pernah kerja dengan satu store di mall.
Macam biasa, brand yang terkenal tapi dirahsiakan. Nak lagi terkejut? International brand, guys!
Store yang dia kerja tu sudah di design serba bersih serba putih. Lantai memang putih. Masing-masing sudah diberi kasut khas sebelum mereka mula bekerja. Biasa kita anggap normal je bila brand yang terkenal orang datang serbu. Oh lupa nak bagi tau, store yang dia kerja ni ada tempatkan brand brand yang berlainan.
Setiap malam, pekerja pekerja dalam store tu akan buat 5s atau kata lain cleaning session sebelum balik. Yang ni close account, yang ni housekeeping, semua ada tugas sendiri.
Ash ni tengah buat housekeeping, masa dia tengah kemas-kemas bawah meja, mata dia tertumpu pada sesuatu yang aneh. Mula dia berfikir-fikir, mana datangnya cap tapak kaki yang hitam ni. Dia mula melihat kaki setiap orang. Semua masih berkasut.
Bila Ash ni perhatikan balik kesan kekotoran dilantai tadi, baru dia perasan, kesan tapak kaki tu bukan milik orang dewasa sebaliknya milik kanak-kanak kecil.
Ha sudah, mana datang budak memalam macam ni? Store dah tutup!
Makin lama dia bekerja, makin dia perasan satu satu benda yang ganjil dekat store ni. Ada satu bahagian yang ditempatkan brand terkenal ni, dia ternampak bunjut bersalut kain kuning. Terselit disebalik rack brand tu.
Bila dikenang kenang balik. Setiap kali customer datang, semua akan datang berkerumun dekat satu brand ni. Kalau aku jadi Ash, aku pun fikir benda yang sama, tu normal.
Cuma nak tau, apa kaitan bunjut kuning tu dengan kesan tapak kaki kanak kanak? Penjaga brand tu ke?
Wallahualam.
Haaa. Hati hati. Lepasni boleh la panjangkan leher, tinjau sikit apa yang ada disebalik rack tu.
...
Bersambung kes ke-3
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...