SEPULUH: Cangkung

1.4K 67 3
                                    

Aku mengalami dua pengalaman sepanjang belajar di UM. Masa tu study week. Cara aku belajar. Aku akan tidur bermula jam 2 pagi sehingga jam 4 pagi.

Pukul 4 pagi aku akan mulakan proses menelaah aku seperti biasa. Seperti selalu, solat sunat menjadi keterbiasaan lagi lagi waktu sebegini.

Bilik aku dua orang. Waktu ni roommate aku tengah tidur. Untuk tidak menganggu tidurnya, aku hanya study bertemankan lampu meja.

30 minit kemudian.

4.45 a.m.

Duk.. duk!..duk.. duk!..

Kedengaran bunyi kayu yang diketuk. Tapi berirama. Sekejap kuat, sekajap pelahan bunyinya.

Krekk..

Aku kebelakangkan kerusi. Niat aku satu. Membuat bunyi, supaya tidak terlalu sunyi. Supaya aku tidak terlalu focus pada bunyi yang tak pasti.

4.55 a.m.

Hampir 10 minit bunyi tadi hilang. Dan hampir 10 minit jugak hati aku berdebar gelabah walaupon nampak tenang. Sesekali aku berkerut dan bermonolog. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Ke imaginasi?

Aku diamkan diri. Sambung proses penghadaman seperti biasa.

Tiba tiba..

Dari ekor mata aku di bahagian kiri. Aku nampak pergerakkan. Tinggi kedudukkannya.

Kedepan kebelakang..
Kedepan kebelakang..
Kedepan dan kebelakang..

Aku nekad untuk tidak melihat. Iman ku tak begitu kuat saat tu. Allah sahaja yang tahu.

Kadang kadang terdetik. Betul ke keputusan aku bangun 4 pagi ni?

Lagi sekali aku cuba focus dan tidak pedulikan gangguan syaitan tu.

Lagi sekali. Pergerakkan tu mula menghasilkan bunyi.

Kedepan duk..
Kebelakang duk!
Kedepan duk..
Kebelakang duk!!

Dari ekor mata aku bahagian kiri. Warnanya semakin kelihatan. Sedikit demi sedikit aku menangkap cahaya dalam ruang bilik tu.

Dari sipi sipi. 'bende' tu kelihatan biru. Pucat.

Dan dari sipi sipi tu jugak. Aku ternampak kaki budak sedang menghayunkan kaki kedepan dan kebelakang. Berserta bunyi!

Apa yang aku boleh buat masa tu. Aku cuma kekal diposisi yang sama walaupun dahi cukup berpeluh, ketiak cukup lencun untuk menahan takut. Menunggu azan subuh berkumandang. Dan aku masih ada 1 jam untuk menanti azan subuh.

Seronok la benda tu kerjakan aku...

***

Pengalaman kedua.
Kes dikacau tempoh hari, kerap kali terjadi. Sekarang aku da biasa. Sebab niat aku, belajar kerana Allah. Takut juga kerana Allah. Syaitan hanya ujian nak tengok kau kuat ke tak.

Berani tinggal berani.

Jam 4 pagi aku bangun untuk mandi. Orang kata bagus mandi before subuh. Tebiat apa tah tak penah penah aku nak buat. Which is bagus la kan. Aku pon keluar. Bawak baldi, bawak tuala. Sarung selipar.

Sedang aku bejalan di koridor gelap tu, tak gelap sangat sebab mengadap landscape tengah-tengah bangunan ni ada lampu.

Aku melangkah dengan tenang sambil recall bab bab yang belum aku cover. Sesekali otak aku kosong sampai lah aku tiba di muka pintu bilik air. Aku masuk, mandi, dan berwuduk.

Selesai berwuduk. Aku melangkah keluar. Dalam aku melangkah. Aku terdengar orang memberus kain.

Sayup sayup.

Semakin aku melangkah. Semakin jelas kedengaran. Mungkin aku hampir dengan tempat orang yang memberus tu.

Tak lama kemudian, aku ternampak perempuan mencangkung di tingkat atas sebelah banggunan sana. Perempuan tu membelakangkan aku. Kelihatan pergerakkan badannya ternaik naik. Mungkin kerana memberus bajunya. Tapi bila diamati. Si pemberus baju tu berambut panjang. Hingga melepasi punggungnya. Dapat imagine tak rambut panjang dalam keadaan mencangkung.

Lama aku perhatikan dengan langkah semakin perlahan untuk mengamati perempuan tersebut. Tiba tiba pergerakkan perempuan tu terhenti daripada ternaik naik. Perbuatan memberusnya juga terhenti sebaik sahaja bunyi berus tu hilang. Aku nampak pergerakkan rambutnya. Seolah ada perkara yang membuatkan ia bergerak. Ya. Perempuan itu perlahan lahan untuk menoleh kebelakang..

Aku terus alihkan pandangan kehadapan dengan langkah aku dilajukan seperti kilang. Masa tu, tak semena mena aku merasa bulu roma aku mencanak naik. Decision aku untuk tidak mengamati perempuan itu mungkin jalan terbaik.

Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat KerjaWhere stories live. Discover now