Rumah sewa aku duduk sekarang di fasa 2, Puncak Alam. Rumah aku berhadapan dengan deretan kedai dimana ianya beroperasi sehingga jam 11malam. Jadi, keadaan depan rumah akan jadi gelap gelita lepas 12 malam.
Bilik aku masterbedroom , dimana bilik tu boleh dimuatkan 4 orang. Susunan bilik cukup sebijik macam asrama kat kolej segamat. So boleh imagine la kan? Kalau kitorang stay-up untuk buat assignment dan sebagainya, kami akan buka tingkap luas luas. Dimana kalau tingkap dibuka, kami akan melihat keindahan deretan kedai tapi dihalangi pokok pelam.
2 bulan aku tinggal dirumah tu, tapi takda 1 benda perkara pelik yang berlaku setakat ni.
Bila nak dekat final exam, masa tu la kerja menimbun, due date da dekat, test 1 ade tak buat lagi sampai nak rapat tarikh test 1 dan test 2. Final lagi la nak dekat.
Dan masa tu jugak la, macam macam aku dengar. Benda tu akan datang bila student mula penat, stress and lagi lagi bila nak final. Orang nak study time tu la dia nak kacau. Biasalah, benda macam ni mana suka kita tuntut ilmu.
Yang duduk sebilik dengan aku, aku bagi nama femes dorang la ea, NG, Mimi, Ila dan aku. Masa tu NG dengan Mimi dah tidur. Aku belum tidur mase tu, baru lepas siapkan kerja, baring la untuk tidur, tapi belek belek hp dulu. Tingkap terbuka sebab bilik panas kalau malam malam. Tengok keadaan jugak, kalau nak hujan tu nanti panas naik la, kalau tak panas kitorang tutup je tingkap tu.
Kalau tingkap buka, langsir kitorang tutup. So, tak nampak la apa kat luar tu. Lagi pun memang kena tutup, nanti orang boleh nampak dalam.
Nak dijadikan cerita, masa tu jam 2 pagi, Ila mandi sebab panas kot. Ke sebab membuang air besar. Aku tak ingat, yang penting dia kat tandas. Lagi 2 minit sebelum Ila keluar, aku terdengar bunyi
Duk, duk.
Aku cari bunyi tu kat kaki katil Ila. Bunyi tu dari sana. Sebelah katil Ila, tingkap. Depan katil Ila, almari. Yang tidur atas katil Ila, NG. Katil aku bersebelahan pintu keluar. Atas aku Mimi.
Aku cari bunyi tu takda. Mungkin Ila jatuhkan barang kat tandas kot. Aku kembali main hp. Tak lama lepas tu, Ila keluar. Aku pandang dia, dia pandang aku.
Ila tanya aku, " bunyi apa tadi?"
"Kau dengar ke?" Aku tak menjawab sebaliknya membalas dengan soalan.
"Bukan kau ke yang buat pape tadi?" Tanya Ila semakin risau.
Aku pandang dia dengan diri masih terbaring, hp masih ditangan "tak, bukan aku". Terus Ila melangkah laju kearah aku dengan cepat dengan muka merengek takut. Aku pun da mula risau.
"Aku dengar dari tandas macam kat sana" kata Ila sambil menunjuk kearah kaki katilnya sendiri sambil bangun try ketuk katilnya. Tuk tuk, bukan, bukan bunyi tu. Bunyi dia agak keras sedikit. Kaki katil, besi. Bunyi tadi bukan dari besi.
"Aku pun dengar dari sana jugak" balas aku mengiakan bunyi yang kami dengar datang dari arah yang sama.
"Tingkap tutup tak?" Pandang Ila kearah aku dengan muka risau sebaik saja dia melabuhkan punggung dikatil aku dengan keadaan masih berkainkan tuala.
"Tak, tak tutup" jawabku separuh menangis. Mimi dan NG masih tidur. Nak dikejut rasa kasihan. Aku dan Dila tekad untuk tutup tingkap. Tapi masing masing menolak sesama sendiri untuk pergi tutup tingkap tu. Sesekali menggunakan gitar NG untuk selak langsir dari jauh. Kalau dia tahu ni mesti marah.
Tiba tiba kedengaran motor lalu, aku terus buka langsir dan tutup tingkap dengan cepat.
Keesokkan petang, aku dan Ila cuba untuk mengetuk semua benda dalam bilik kami, dengan harapan, bunyi ketukkan yang kami buat sama dengan bunyi yang kami dengar semalam.
Duk. duk. duk.
"Weh bunyi ni la, sama macam bunyi semalam!" Terbeliak mataku sebaik sahaja aku mengetuk tingkap bilik kami. Ila pun mengiyakan apa dia dengar. Sama. Sumpah sebijik.
Meremang bulu roma aku sebaik sahaja aku mendengar ketukkan yang diketuk aku sendiri. Keesokkannya, kami menampal ayat kursi di setiap tepi katil kami termasuk ditinggkap.
Ya aku tahu, sekadar menampal tanpa membaca tiada guna juga.***
Sebulan lepas tu dalam anggaranku, petang tu aku terdengar perbualan Ila dan Mimi pasal malam semalam. 2 kali aku dengar perbualan tu tapi kali kedua baru aku tanya dengan lebih lanjut memandangkan kami duduk sebilik.
Menurut Ila semalam, aku dan NG sudah tidur, Ila seorang masih berjaga. Pukul 4 pagi, Ila terdengar bunyi ketuk ditingkap, sebijik macam yang berlaku sebulan lepas. Tapi kali ni berlainan. Ketukkan itu tidak henti henti. Sehingga Ila bangun mengejutkan Mimi yang tidur diatas katilku. Mimi bangun dan mendengar bunyi ketukkan itu bersama Ila.
Ya, ketukkan itu tidak henti henti. Mimi mengiyakan apa dia dengar semalam. Menurut Mimi, dia mengangatkan tangannya untuk menutup suis lampu tanpa anak matanya beralih sedikit pun dari tingkap.
Zett..ting!
Lampu terbuka dan bunyi ketukkan itu jugak hilang sejurus lampu dibuka. 30 minit ketukkan itu berlangsung.
Kejadian yang berlaku sebulan lepas, tingkap terbuka, kali ni tingkap tertutup.
Sehingga kini kami masih tak tahu mana datang bunyi ketukkan itu. Pokok pelam jauh dari tingkap kerana pokok tu diluar pekarangan rumah.
Ketukkan tinggal ketukkan. Tak tahu apa 'dia' mahukan.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...