Zool bukan nama sebenar. Bekerja dengan syarikat gergasi. Kalau disebut nama company, memang semua orang akan tahu.
Waktu bekerja mula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Overtime sampai 8.30 malam, kadang2 extra satu jam sampai 9.30 malam. Atas dasar tanggungjawab, tanpa kerelaan kena lah stay untuk siapkan kerja bagi yang rasa nak stay. Boleh kata pilihan juga nak stay tak nak stay tu.
Semua kawan kawan dalam department ni dah start housekeeping, jam da 8.20malam. Zool masih setia depan laptop. Barang di belakang masih banyak menimbun nimbun untuk di hantar ke KL.
Macam biasa, Zool buat kerja dia. Kadang2 kawan kawan bahagian RTS ada yang stay tapi nak dijadikan cerita malam tu Zool je yang tinggal.
Dia mula scan barang barang kedalam kotak. Satu per satu. Jam dah menunjukkan jam 9.00malam.
Gudang tempat Zool kerja ada 4 level. Cuma dua level je yang digunakan. Level satu dan level dua.
Kalau dari bawah, dongak je ke atas, kita boleh tengok sampai level 4, sebab lantai level 1 sampai level 4 merupakan besi yang berlubang lubang. Kalau orang terjatuh pen, memang nasib la kepala siapa yang terkena.
Tiba tiba, Zool terdengar bunyi besi.
Tahu tak bunyi besi kalau skru xkuat, bila di pijak, boleh menghasilkan bunyi.
'ek ot ek ot ek ok' macam tu la lebih kurang.
Ha masa tu la Zool terdengar. Macam ada orang pijak lantai besi berlubang tu. Tapi yang pelik. Bunyi tu berterusan dan lama. Seolah olak orang memijak tu tak berganjak dari situ. Dia mula mengalihkan pandangan ke arah atas. Tapi selang beberapa depa dari tempat dia duduk.
Bunyi tu hilang.
Dia pon mengangkat bahu, hm xda apa la, perasaan je kot.
9.10pm.
Ek ot. .ek. . ot...ek.. ot...
Dia toleh, bunyi tu berterusan, zool buat bodoh.
Mula sedapkan hati. Sebab bahagian outbound masih beroperasi , dorang ada shift malam. Mungkin picker yang berjalan jalan.
9.20pm
Bunyi tadi berhenti sejurus saja seorang pekerja foreigner datang menanyakan sesuatu kepada zool. Mereka berbual dan zool pon seolah lupa pada bunyi tadi memandangkan bunyi tu pon da hilang.
9.25pm
Selesai berbual, Zool teruskan kerjanya. Guess what? Bunyi tu muncul lagi dan berterusan.
Bila difikir balik, mana ada picker pick barang duduk satu tempat sambil main pijak lantai macam tu.
Ok, kemas barang. Cau balik. Bye kerja.
...
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...