TUJUH: KUBUR CINA

1.7K 75 5
                                    

Kisah ni berlaku di Segamat, pernah dialami oleh pensyarah sendiri sewaktu dia masih bergelar pelajar di UiTM Segamat.

Siapa student Segamat, dia tahu tempat sewa kereta depan kubur tu selalu menjadi pilihan.

Pernah sekali, beliau menunggang motor waktu maghrib melalui jalan menghadap kubur cina menuju ke kampus dari bandar.

Lampu lampu jalan sudah mula menerangi jalan memandangkan hari sudah gelap. Sesiapa sahaja yang melalui bawah lampu, pasti sahaja bayangnya sendiri yang akan terbentuk dibawah serta dikelilingi lebihan cahaya lampu di keliling bayangan. Sepanjang perjalanan, setiap tiang lampu yang dilalui beliau dan rakannya, pasti akan hilang cahayanya.

Lampu kedua di hadapan bakal dilalui, tapi sekali lagi lampu kedua juga hilang secara tiba tiba seakan terpadam sebaik sahaja dia melalui sepanjang tiang lampu yang ada.

Beliau mula merasa tidak sedap hati, lalu memusingkan cermin sisinya untuk melihat apa yang ada diatas mereka.

Sebaik sahaja dia kembalikan posisi cermin sisinya ke posisi yang asal, dia mula menasihati sahabatnya dibelakang. "Lan, jangan tengok atas. Jangan sesekali tengok atas". Biasalah, kita ni memang ada jati diri anti dengan perkataan 'jangan'.

Dengan jati diri anti-jangan Lan tu, dia terus mendongak ke atas.

Senyap.

Suasana senyap. Beliau dapat merasakan kawannya yang tadi berceloteh tiba tiba sahaja diam dan kaku dibelakangnya.

Rupanya ada 'benda terbang' mengikuti mereka sepanjang perjalanan pulang.

Kawan beliau demam tidak kebah kebah, tiada siapa yang berani bertanyakan apa yang dilihat Lan malam itu.

Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat KerjaWhere stories live. Discover now