UiTM Segamat. Aku masih diploma waktu tu. Sem tiga aku dinobatkan sebagai wing Captain. Wing capt je kot. Kot kot dia pun aku nak kena ngadap semua benda. Ngadap ketua blok. Ketua kolej. Warden. Tak seronok tahu? Lagi lagi kena handle minggu gotong royong. Gotong royong, gotong royong jelah. Pebendanya siap sukaneka.
Yang seronok tukang arah. Tak berapa seronok orang yang terpaksa main. Lagi tak seronok aku yang kene merayu kat budak budak wing. "Awak boleh tak masuk sukan sabtu ni?". "Saya dah part 6 la, part 6 busy, suruhlah budak budak part 1.". "Awak. Masuk sukan untuk sabtu ni boleh?". "Kita da masuk sukan lain da. Kawan kawan semua dah ada aktiviti sabtu ni.". Kau rasa? Senior bajet busy. Adik adik pulak dah tersedia busy.
Tapi bukan pasal sukan mahupun gotong royong yang aku nk cerita. Masa sem 3 ni. Aku seroomate dengan junior part 1. Nama dia Ju. Bilik kami betul betul depan toilet. Sedang kami berdua tengah menelaah buku tepi katil. Roomate aku siap siap nak mandi. Haritu da malam. Dalam pukul 10. Mungkin dia panas kot malam tu. So, dia pun mandi. Keluar dari pintu dan pintu pun tertutup rapat.
Selang beberapa minit. Pintu bilik aku terbuka pelahan. "Akak." Serentak pintu tu terbukak, Ju masuk dan aku pun terus menoleh. "Kenapa?". "Akak dengar tak?". "Dengar apa?". "Macam orang menjerit.". Aik dengar jeritan? Aku sorang dari tadi tak bukak lagu apa tak dengan pape pun. "Ish tak dalah. Tak da pape". "Ala kak kita takutt.". Ah sudahh. Kena teman mandi ke macam mana ni?
"Ok ok pintu ni akak bukak. Awak mandi la.". Dia pun akur je sambil melangkah masuk toilet lagi. 3 minit lepas tu. Mencicit bunyi selipar jamban merecik recik air keluar dari toilet. Hah. Basah kuyup si Roomate aku ni dengan kain tualanya. " akakkk betul akakk kita dengarrrr. Ada orang jerit.". Aku tak study ni tak senang hati pulak. Sebagai wing Capt yang rasa terpujuk dan bertanggungjawab, aku pun bangun keluar bilik. " awak mandi la siap siap. Akak jaga kat luar.". Peh. Habis berani la ni siap jaga orang kat luar.
Jalan punya mundar punya mandir.
Tiba tiba" Arrrghhhhhhhhhhh!!!!!"
Terbeliak mata aku. Sah. Apa yang roomate aku dengar tu aku dah dengar sekarang. Sekali lagi. Roomate aku keluar bilik air. Mengitai kalau aku masih dikooridor. Dia melihat aku, aku pun pandang dia. "Kan kak?". Muka dia risau ketakutan memandang aku. "Ha ah akak dengar". Ju masuk bilik dan keluar sepantas kilat dengan pakaian tidur. Seperti ahli magican menukar baju sebegitu pantas. Bak kata orang putih. In a blink of eye. Ju terus meluru ke aku. Aku ajak dia mencari punca bunyi jeritan tadi.
Sedang kami berjalan untuk ke wing sebelah. Langkah kami terhenti di tengah tengah asrama. Di tengah asrama kami ada tangga dan water cooler. Disitu jugak kami boleh melihat pemandangan belakang asrama dimana ada padang di tengah tengah kolej Zamrud. Belakang juga ada blok asrama tapi biliknya untuk 4 orang berbanding blok didepan, hanya 2 orang 1 bilik.
Yang buat kami terhenti adalah kerana, ruang di tengah tengah blok Zamrud sudah penuh dikerumuni ramai student yang lain. Masing masing menuju blok belakang sambil berbisik bisik.
"Arghhhh!!!"
Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Sumpah aku dengar pun tak cukup kuat. Jam da menunjukkan jam 12 malam. Aku mengambil keputusan untuk duduk dibilik saja.
***
Keesokkannya aku dengar cerita kawan aku since part 1, Aida, roomate dia kena rasuk malam semalam. Aida duduk blok Zamrud, tak syak lagi, semalam yang Ju dan aku dengar tu dari bilik dia rupanya.
Kisahnya, bilik Aida memang ada 'nenek'. Setiap kali dia tidur petang. Dia dapat rasakan, ada tangan yang merayap dari kaki kebahunya, tapi dia endahkan. Kadang kadang kawan seroommate dia penah dengar perempuan menangis ditempat kerusi belajar. Kerusi meja belajar tu terdapat nota usang yang tergantung. Kuning dan kecoklatan, tiada siapa yang berani usik mahupun buang.
Ada 1 ketika, roommate Aida yang lain berskype dengan kawan dia, berseorangan. Waktu dia berseorangan dan meniarap kat atas lantai dalam bilik berhantu tu, tiba tiba kawan skype dia bertanya "ramainya orang dalam bilik kau". Kawan dia nampak banyak kaki lalu lalang dalam bilik dia. Demam kawan Aida tu lepas kejadian.
Malam kawan Aida kena rasuk tu. Dengar cerita budak tu dah ada 'lubang', sebab tu mudah kena. Nak jadikan cerita, ramai dah mintak bantuan warden blok, tapi tak dilayan, ala kalau takut cakap jelah takut. Tak perikemanusian langsung. Katanya da lewat malam.
Nasib baik kawan Aida sorang ni kuat iman, malam tu student sendiri handle 'benda' tu. Kawan Aida yang dikatakan warak ni, menjerit jerit dengan Kalimah Allah. Allahuakhbar. Kalau diingatkan kembali, ya malam tu aku dengar orang jerit dengan nama Allah. Dan aku fikir tu warden atau ustazah. Rupanya student.
"Keluar kau dari jasad ini". "Tak nakkk, aku tak nak keluarrr." Keluar suara besar dari mulut roomate Aida yang dirasuk tu. Menurut Aida, kawan dia yang lain semua da lari, dia sorang kuat pegang kaki roomate dia. Lepas beberapa jam bertarung tenaga, keadaan kembali pulih.
***
Penah aku delivery baju yang kawan Aida hantar ke dobi aku kerja, dan aku pun baru tahu bilik kawan dia tu bilik Aida. Aku tahu bila aku ketuk pintu, Aida yang keluar. "Eh, Aida, ni baju kawan kau. Ni ke bilik kau?". Sambil mata aku melilau tengok dalam bilik dia. Seram sejuk tengok bilik dia yang suram tu. "Ha ah tak nak masuk ke?". Jemput Aida, tanpa buang masa aku terus menolak tanpa memikir perasaan dia. Ada nanti aku pulak merancau macam beruk.
Menurut Aida, bilik tu penah sorang Ustaz pagarkan dan buat perjanjian dengan penghuni bilik tu memandangkan dia tak nak pergi. Dimana perjanjian tu, benda tu kena janji tak kacau student sepanjang musim kuliah. 4 bulan kuliah, 2 bulan cuti. Tapi memandangkan semester ada yang pendek atau short sem, kiranya perjanjian tu terbatal kerana manusia yang tak menepati janji.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
FantastiqueBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...