Kejadian pada hari Rabu, masa tu aku dah sem 6. Aku, Iz, Jiha, Shasha, Daus, dan Nor, pergi Batu Pahat untuk buat lawatan ke kilang makanan Frozen.
Malam Rabu tu kitorang bermalam di Rumah Shasya tapi Daus tak termasuk.
Keesokkan hari, khamis selepas zohor kami bergerak pulang ke UiTM Segamat. Daus dan Nazmi datang ambil kami depan rumah Shasya dengan kereta Alza. Beberapa jam kemudian, pukul 5.30 kami singgah untuk solat di masjid. Setelah selesai kami makan digerai berdekatan.
Selepas tu kami meneruskan perjalanan pulang ke Segamat. Seperti biasa, bila dah ramai ramai, mesti berbual sakan. Nazmi buat lawak, aku tukang ketawa. Sampaikan Iz pon tak faham kenapa aku gelak dengan lawak Nazmi yang bagi dia lawak biasa biasa je.
"Nazmi, kau buat lawak, Ju sorang je gelakkan.". Bebel Iz di belakang. Aku berada dibelakang Nazmi. Sebelah aku Nor, kiri belakang Iz, sebelah Iz, Jiha iaitu betul betul belakang aku.
"Ju je paham lawak aku. Kan Ju.". Balas Nazmi cuba pertahankan maruah. Aku mampu gelak je. Bukan la gelak ngilai ngilai. Gelak sekadar ada.
Habis berbual, Nazmi dan Daus dengar lagu pulak. Keluar lagu Melayu yang ada Rap tu, terus diorang Rap berdua kat depan beduaan. Kami dibelakang senyap. Aku macam biasa, gelak tengok telatah dorang didepan.
Sesekali aku terperasan riak muka Iz kat belakang berubah. Tadi dia berbual banyak jugak, tiba tiba je diam. Aku tengok dia diam je memandang ke arah luar. Sambil berpeluk tubuh.
Masa tengok Daus dan Nazmi rap kat depan, aku nampak Daus turunkan cermin belakang. Pada jangkaan aku, mungkin dia nak betulkan kedudukkan cermin tu. Pada mulanya aku hairan, kenapa sebelum gerak tak betukan. Kedua, kenapa cermin tu terlalu kebawah, boleh nampak belakang ke?
Persoalan tinggal persoalan, aku masih terhibur tengok diorang rap kat depan. Lagi lagi Nazmi, sebab Daus da berenti Rap. Aku pun keluarkan handphone merakam Nazmi secara diam diam. Mana tahu boleh gelakkan dia lepas aku sebarkan rakaman ni.
Masa keluarkan handphone, aku terlalu gopoh menekan lalu aku tekan app video. Sebab aku takut Nazmi akan habis Rap nanti memandangkan App rakaman suara tak dijumpai.
Sedang asyik merakam Nazmi, Nor menegur. "Kau rakam ke?" Dengan wajah tersenyum dengan riaksi yang pelik. Aku pun terus mengalihkan kamera ke Nor. Sesekali aku merakam kebelakang dimana Iz dan Jiha berada tapi cuma seketika kerana masa tu kamera aku tak dapat rakam lama, memory full.
Tapi aku perasan, wajah Iz sedikit berubah bila aku hayunkan kamera kearah belakang. Mungkin Iz takda mood, tak mahu diganggu atau dirakam. Tapi aku endahkan riaksi Iz tadi.
Aku kembali keposisi asal. Duduk dan diam. Malam semakin gelap. Tiba tiba keluar asap berkepul kepul datang entah dari mana. Jalan tu gelap tanpa sebatang pun tiang lampu. Cuma lampu kereta Daus je menemani kami ketika itu.
"Ada orang bakar sampah kot". Andaian aku secara tiba tiba memulakan perbualan yang menyedapkan hati. Kereta Daus ke yang rosak? Andaian ini aku diam kan saja, tak mahu terlalu celupar. Takut kalau betul2 rosak nanti jadi lagi susah.
"Mana ada orang bakar sampah malam malam." Jawab Iz secara tiba tiba membalas. Kami dari tadi hanya mampu bertanyakan kenapa dan kenapa.
Beberapa minit lepas tu kelihatan bas express didepan kami. Kelihatan ekzos bas tu mengeluarkan asap hitam yang berkepul kepul. Biasa kita lihat bas yang baru bergerak keluarkan asap berkepul sebaik sahaja minyak ditekan, tapi bukan bas ni. Sepanjang perjalanan bas ni mengeluarkan asap hitam yang banyak.
Daus memandu lebih rapat. Pemandangan makin kurang jelas akibat asap tebal tu. Sesekali Daus cuba memotong bas dihadapan. Aku menanti dengan debar.
"Tak payah potong. Jangan" suara Iz tiba tiba dibelakang. Daus cuma akur dan ikut bas tu perlahan lahan. Aku pun bersependapat dengan Iz.
"Kenapa dia tak berhenti. Tak bahaya ke?" Tanya Nor.
"Dia cari tempat terang kot baru berhenti. Sini kan gelap" jawab aku.
Tak lama lepas tu tempat bertiangkan lampu jalan pun ditemui tapi bas tu masih tak berhenti. Tapi tidak lama lepas tu dia berhenti tapi ditempat yang gelap. Mungkin bagi pemandu bas dia masih boleh teruskan perjalanan tapi demi keselamatan penumpang dia berhentikan juga.
Kereta yang dipandu Daus da melepasi bas yang rosak tadi. Sebelum masuk UiTM Segamat, kami akan melalui jalan yang bersebelahan dengan kubur cina.
Setibanya kami di parking UiTM.
Kami turun mengambil semua beg di bonet kereta."Balik nanti mandi bersihkan badan." Nazmi memberi nasihat secara tiba tiba dengan suara yang serius.
Aku dengarkan aje, diam tanda faham.
Kami pun berpecah sebaik sahaja tiba didepan bangunan SL. Nazmi dan daus pergi kearah kolej lelaki, dan kami terus ke kolej SMK. Semasa berjalan kaki menuju bilik masing masing. Iz memulakan bicara.
"Kau perasan tak kenapa Daus turunkan cermin kereta tadi"
"Aku perasan. Kenapa?" Jawab aku memandangkan aku teringat yang aku ternampak perbuatan Daus tadi.
"Kau perasan tak kenapa aku diam?"
Nor dan aku diam seketika.
"Perasan jugak kau diam tiba tiba, akh ingat kau malas layan"
"Masa korang tengah gelak gelak tadi kan nak dekat maghrib. Tiba tiba akh dengar suara mengilai sebelah telinga aku. Kuat. Bende tu kat tengah tengah. Antara aku dan Jiha. Sebab tu aku diam". Langkah aku dan Nor terhenti. Jiha dah balik ke blok SB, seorang diri. Hanya tinggal kami bertiga dia susur gajah ini.
"Lepas dah tak dengar tu, aku diam, tapi aku pelik bila tiba tiba cermin belakang Daus, dia turunkan sampai nampak gigi Daus sendiri. Biasakan boleh nampak belakang". Sambung iz bercerita lagi.
"Masa kau rakam tadi Ju. Aku dah risau kau rakam belakang. Tapi tiba tiba je kau halakan kamera kau kat belakang. Terkejut aku."
Aku pun apa lagi menjerit terlompat lompat dengan Nor bila dengar penjelasan Iz.
"BENDA TU KAT HP AKU WEHH KAT HP AKUU!!" Menjerit aku separuh menangis dihadapan Nor dan Iz.
"Relax la. Masa kau rakam tu, benda tu tak da." Walaupun Iz dah jelaskan dan cuba sedapkan hati. Aku masih keluarkan hp tanpa berfikir panjang untuk padam semua rakaman tadi.
Lepas padam kitorang balik bilik masing masing.
Esoknya, Daus bagitahu kitorang yang dia nampak benda sebelah Iz. Sebab tu dia turunkan cermin tu kebawah, sebab tak nak tengok 'benda' tu.
Lepas kejadian. Aku pun hampir lupa pasal insiden tu. Tak lama lepas tu, pernah aku membelek belek handphone seperti selalu jam 2 3 pagi. Tiba tiba rakaman yang aku penah buang 2 bulan lepas, masih lagi ada. Aku campak headphone tu dan terus tidor.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...