11. Gudang Online

396 31 0
                                    

Ada 3 kes pernah berlaku dan ketiga tiga kes ni membawa nama company dari industri yang sama.

Kes pertama

Ni kisah dari kawan sekerja aku. Sebelum dia bekerja dengan syarikat Online sekarang, dia pernah bekerja dengan satu company Jepun. Syarikat ni tertumpu pada fashion. Makna kata, syarikat ni ada dimana-mana shopping mall. Butik apa? Rahsia.

Andaikan kawan saya ni nama dia Mat. Mat ni baru je bekerja dengan butik tersebut. Biasalah bila baru bekerja ni, kawan kawan bukan je intro diri sendiri je, siap intro pasal benda tak ber'diri' sekali.

Dulu ada seorang member ni yang berkerja dalam butik yang sama kena ganggu. Ceritanya, budak tu ke bahagian store dan menyusun kotak kotak ke rak yang tersedia. Dalam dia menyusun kotak kotak tu, tiba tiba dia terasa kotak yang tadi di dah alih masih ditempat yang lama.

Dalam hati dia cuba menidakkan, mungkin dia terlupa nak alih. So dia alihkan kotak tu.

Lalu member ni menyambung menyusun kotak yang lain. Sekali lagi pandangannya terlaih kearah kotak yang tadi. Aik? Masih ditempat yang sama? Member cuba berhusnuzon. Mungkin tadi dia teralih salah kotak kot.

Tapi kali ni, husnuzon di selit dengan tanda tanya. Tindakkan cuba diambil. Member ni pun mengikat tali pada kotak tersebut, dan dia letakkan di tempat yang sepatutnya kotak tu berada. Tali benang tu dipanjangkan dan di bawa ke kaunter hadapan. Hujung tali tersebut diikat dengan gumpalan kotak supaya tali benang tu tak kehilangan. Maklumlah, halus.

Tanpa meneruskan kerjanya di store, member ni ke kaunter dengan tali yang panjang lalu dia menceritakan detik detik cemas yang baru saja dia alami tadi.

Dia menunjukkan tali tu pada kawan kawan sekerjanya.

"Kalau benda ni tertarik, maksudnya betul apa yang aku rasa tadi."

Maka dorang beramai-ramai menunggu keajaiban paranormal berlaku dihadapan mereka. Ternyata tiada apa yang berlaku. Kawan kawan kepada member ni mula mengatakan ni semua perasaan dia saja.

Member ni pun mula rasa yang dia memang mengikut perasaan. Dia selitkan gumpalan kotak yang diikat tali tu dibawah telifon yang berada dikaunter. Sudah beberapa minit berlalu, mereka berbual dan ketawa seolah olah sudah lupa dengan kejadian yang diceritakan member tadi.

'PRANNGGGG!!!'

Berderai telefon yang baru saja tadi masih dimeja. Mereka semua melihat telifon yang pecah dilantai. Tali yang ikat dengan gumpalan kotak juga sudah jauh tertarik menghampiri bilik store.

"Kan aku dah kata kotak tu ada benda alih!!!"..

Lintang pukang dorang lari. Tak tau lari kemana tapi masing masing  dah tak peduli pasal butik!

Kes ke dua bakal disambung..

--------------------------------------------------

Hai readers. For this 2 years plus, you guys keep following and commenting on my few post.  Not all of you cuz some of you are silent readers 😎.

Many thanks for giving me a support. I never expect that i will get this much views and so as votes! Too much actually! I really know that you guys lovesssss cerita momok! Haha.

Btw, last but not least. I know im creepy but sometimes im sweett like a candy. With that, i hope you guys can support my new story.

Interpretasi CINTA..

My first love story. Might bad on it but i have put lots of effort. Swear it wont disappoint you. Do support and vote. Thanks guys. Lots of love!

💕💕💕💕

Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat KerjaWhere stories live. Discover now