Kalau student UITM Puncak Alam, dia tahu la kat mana letaknya kolej Causarina. Antara kolej yang masih baru juga. Cerita ni kisah benar, dari kawan aku sendiri. Memandangkan kolej di sini semua tinggi-tinggi sampai 9 tingkat, tak mungkin la UiTM provide tangga je, jeng kreng bak kata orang ganu kite. So, semua kolej ada kelengkapan mudah salah satu lif.
Lif kat sini mesra alam, dia boleh bercakap, tapi limited ja ayat yang telah di- setting. Antaranya,
"Pintu sedang dibuka, pintu sedang ditutup, naik keatas, turun ke bawah, aras satu, aras 2, aras 3, aras 4, aras 5, aras 6, aras 7, aras 8 l, aras 9"
Ni je ayat yang automatik akan keluar sebaik sahaja pelajar guna lif-lif di kolej.
Nak dijadikan cerita, kawan kepada kawan Mira ni, naik lif jam 2 pagi. Waktu tu bulan puasa lagi. Agak janggal bila benda benda ni berlaku waktu puasa. Nak percaya tak percaya tu nombor 2.
Macam selalu, budak tu masuk lif, dia menekan punat lif macam biasa untuk ke aras 3 dan lif pon berbunyi "pintu sedang ditutup" dan lif pun bergerak naik keatas dimana aras biliknya berada, setibanya di aras 3, lif terbuka tapi tak mengeluarkan ayat yang sepatutnya iaitu "aras 3" tetapi sebaliknya iaitu
"ada orang keluar...".Sebaik sahaja dia mendengar ayat yang tak sepatutnya keluar dari lif tu, terus demam panas. Sepantas kilat dia berlari kearah biliknya sendiri. Terasa longlai dikaki, tuhan saja yang tahu.
Wallahualam.
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...