SEMBILAN : tidur di ganggu

1.6K 66 0
                                    


Malam tu aku baru pulang dari Dinner course kami. Dari jam 7 sehingga jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Setibanya di perkarangan U. Kami bertiga tiada transport untuk pulang ke rumah sewa. Ada sebenarnya, tapi yang bawa kereta tu masih di hotel tempat kami dinner tadi. Mungkin dalam 1 jam begitu baru dia tiba ke U untuk angkut kami bertiga ke rumah sewa.

Kebetulan ada pelajar perempuan ni dari kos yang sama, semasa dalam bas menuju U. Dia menawarkan kami untuk hantar kami ke fasa 2. Memandangkan dia seorang sahaja yang drive untuk pulang ke fasa 2. Kami bertiga bersetuju untuk ikut sama.

Sampai sahaja di perkarangan rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1pagi. Seorang demi seorang mandi mengikut giliran. Aku orang terakhir yang mandi.

Sebaik sahaja aku keluar. Mereka sudah bersedia untuk tidor. Aku terus merebahkan diri ke atas katil. Dengan niat untuk baring seketika dan sesudah itu aku ingin mengemburkan selimut. Tapi, akibat terlalu mengantuk. Aku tertidor dalam keadaan tak bersedia untuk tidor dengan selesanya. Aku baring agak condong dari katil aku yang menegak.

Dimana kepala aku kekanan terkena dinding. Dan hujung kaki kekiri dan sedikit menjulur melebihi katil. Tanpa berselimutkan apa apa. Aku tertidur.

Disaat mata aku ingin terlelap. Terdengar suara disebelah telinga kanan. desingan seperti menaiki kapal terbang. Diselangi bunyi wanita mengilai tapi bukan hilai tawa. Apa yang aku bayangkan ialah, dia membuka mulut dengan luas lalu desingan itu pun keluar.

Sumpah sangat kuat. Tapi pelik. Telinga kanan sahaja yang menerima bunyi tersebut. Mata dan kepala aku ingin sekali menoleh ke kanan biarpun aku tahu, kanan ku dinding. Tapi disebabkan aku terlalu penat. Aku biarkan. Mata aku terlalu pedih untuk menahan dari ngantuk.

Keesokkan hari nya. Aku bertanyakan kawan bilik kalau kalau mereka terdengarkan sesuatu. Namun, malang sekali. Tiada siapa yang dengar.

The end

*jangan lupa baca wattpad *nazzgarcia
"Warning : this content might be your next nightmare" bab 3.
*Kisah benar yang berlaku dalam bilik kami.
*Shes one of my roommate. Mind to follow her ok. Byee.

Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat KerjaWhere stories live. Discover now