Semasa aku sudah semester ke empat. Aku duduk di blok SMK (Si Manja Kini), sebab aku berkerja bawah kelab siswa bistari, Dobi. Bilik aku dibelakang, 4 orang, Aida, Mek, aku dan Syira.
Hari tu kami ada module part 4. Module paling dibenci sebab kena masuk hutan. Jalan turun naik bukit. Roommate aku Aida ni tak suka sukan, dia benci sukan lagi lagi kalau masuk hutan. Cepat betul dia naik angin. Bila dia penat dia cepat marah. Tapi orangnya baik.
Malam lepas module tu. Kitorang tidur macam biasa, tapi kali ni awal sikit sebab masing masing penat masuk hutan tadi.
Katil kitorang double-decker, katil aku kat atas. Bawah aku Aida, sebelah sana Mek, bawah Mek, Syira. Roommate aku ni semua jenis tidur awal. Lagi lagi Mek. Tepat jam 10, dia da menguap. Aida kadang kadang bergayut dengan tunang dia. So, aku tak takut sangat kalau berjaga sampai 3 pagi. Masa tu lampu masih terbuka.
Sedang aku belek belek dan scroll facebook, sedar tak sedar semua da senyap. Jam da pukul 3. Aku mengantuk lalu aku merangkak kekaki katil untuk padamkan lampu memandangkan suis lampu berdekatan dengan aku.
Aku pun tutup lampu.Pap!
Terus aku baringkan kepala, aku mengiring kekiri dengan earphone ditelinga. Tiba tiba aku terdengar ketukkan yang tidak henti henti silih berganti dengan lagu yang sedang dimainkan ditelinga.
Tuk!tuk!tuk!tuk!tuk!
Bunyi tu jelas bawah telinga aku. Sesekali aku mengerutkan dahi, terfikir fikir kalau bunyi tu datang dari pintu luar atau bawah katil aku tempat Aida sedang tidur.
Aku buka earphone.
Tuk!tuk!tuk!tuk!tuk!
Jelas kali ni bunyi dia makin kuat! Tidak salah lagi dari bawah katil aku. Dalam gelap, aku beranikan diri tanpa bergerak seinci pun dan bertanya "kenapa Aida?"
"Buka lampu! Buka lampu!buka buka buka!".
Terkejut aku dengar suara Aida sebaik sahaja aku menyoal, terus dia membalas, ya memang aku bersyukur tu suara Aida. Tapi keadaan seperti itu tetap meremangkan bulu roma aku.
Perlahan aku bangun dan buka kan lampu. 2 orang lagi roommate aku masih tidur tak sedarkan diri. Aku beranikan lagi menyoal Aida dengan berani. "Kenapa Aida". Ingin sekali aku menyoal sambil memandang bawah katil. Tapi kepala aku dah terbayangkan benda lain yang berada di bawah. Ya sekali lagi aku gagahkan diri.
"Aida kenapa?" Aku mengitai kebawah katil.
Kelihatan Aida berpusing dari meniarap dari katilnya.
Matanya terkebil kebil melihat aku, muka nya seolah olah baru terjaga dalam keterpaksaan.
Kalau Aida baru mengalihkan badan dari meniarap, siapa yang mengetuk ngetuk dan memanggil manggil aku tadi?
Sampai sekarang aku masih berharap itu Aida. Bila keesokkannya aku menyoal dia, dia seolah tak tahu apa apa. Tapi dia ada mengaku, kadang kadang kalau dia penat sangat, dia akan mengigau. Sempat aku menarik nafas lega.
***
Malam keesokkannya, aku masih berjaga. Memandangkan kes semalam tu cuma si Aida yang mengigau, so aku masih berani main handphone sampai jam 3 pagi. Tepat jam 3, aku mahu tidur seperti biasa. Tapi waktu tu aku biarkan lampu terbuka.
Selang beberapa minit untuk aku hanyut ke alam mimpi, tiba tiba aku terdengar ada tangan yang mencakar dari bawah, sekali lagi, tempat Aida sedang tidur. Aku berusaha untuk diam dan memejam mata.
Tak lama lepas tu, cakaran pun terhenti. Akan tetapi bertukar dengan iringan lagu yang dinyanyikan secara hamming.
Hmmm hmmm hmmmmm
Aku keras berpeluh tak bergerak seinci pon. Menutup mata dengan rapat.
Hmmm hmmmm hmmmmm
Bunyi hamming tu semakin jelas. Kali ni bertukar dengan suara tanggisan.
Heeee errr errrr
heee errr errrrMerengek menangis yang perlahan. Seperti budak merajuk tak dapat beli mainan dan duduk dipenjuru dinding.
Malam tu aku tak tahu kesudahan 'igauan' Aida berakhir bagaimana, sebab aku bangun tahu tahu da tengah hari.
Aku ceritakan semua pada Aida. Aida cuma dengar dengan seronoknya kerana dia sendiri tak tahu yang dia mengigau begitu.
Sekali lagi, sehingga kehari ini aku sangat berharap. Itu Aida yang sedang mengigau.
TAMAT
YOU ARE READING
Kisah Seram Asrama , Rumah Sewa & Tempat Kerja
ParanormalBerikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada penambahan cerita dari lecturer aku sendiri Sir Q@ Sir Saiful semasa beliau masih bergelar student di U...