BAB 1

3.2K 112 5
                                    

"Mama....", panggil aku.


"Ye sayang..", jawab mamaku lembut.


"Boleh tak Lisa tak pergi kem tu? Huh, bolehlah mama. Lisa tak nak pergi. Maa...", merengek aku.


"Sayang, dengar ni mama nak cakap, Lisa kena pergi kem tu. Mama dah setelkan semuanya, mama dah daftar nama Lisa dan mama pun dah bayar. Kalau tak pergi rugilah sayang. Nanti papa tahu, papa marah pula.", pujuk mamaku lagi.


"Tapi ma...", aku kehilangan kata-kata. Aku betul-betul tak mahu pergi gara-gara mimpi aku semalam.


"Lisa!", panggil papa.


"Pa...", alamak! Papa dengar ke?


"Lisa cuba beritahu papa, kenapa Lisa tak nak pergi? Bagi papa alasan kukuh, kalau alasan Lisa munasabah, papa akan pertimbangkan.", kata papa dengan tenang.


"Err.. Lisa ada mimpi pa.. Lisa mimpi dekat sana Lisa kemalangan.", jawab aku. Aku tak boleh bohong dengan papa.


"Mimpi? Lisa cuba nak buat papa naik angin ke apa? Takkanlah disebabkan mimpi, Lisa tak nak pergi kem tu? Be matured Lisa!", tengking papa.


"Tapi paa..."


Ya! Alasan aku tak nak pergi camping hanya disebabkan mimpi. Mimpi yang merupakan mainan tidur. Tapi disebabkan mimpi inilah aku tak senang duduk, aku seolah-olah merasakan mimpi ini adalah benar dan seakan-akan memberi aku amaran supaya tidak pergi ke kem itu. Tapi mama dan papa tidak mempercayai aku. Aku buntu.


"Lisa, dengar apa yang papa nak cakap ni. It just a bad dream. A dream that will never become a true. Kem ini bagus untuk Lisa, kem ini mampu menjadikan Lisa boleh berdikari and I'm promise that you will have a great time there. You have my words, Lisa.", papa cuba memujuk aku lagi.


"Lisa pergi ye sayang?", mamaku pula memujuk.


Nampaknya aku dah tiada pilihan lain, aku terpaksa mengikut kata papa dan mama. Mungkin ada benarnya juga kata papa, it just a bad dream. Aku terpaksa bersetuju demi menjaga hati kedua ibu bapaku. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga ini dan disebabkan itulah aku sukar sekali untuk menolak keinginan ibu bapaku kerana akulah harapan mereka. Nama aku? Aku Nur Liyana Alisa binti Mokhtar. Aku berumur 21 tahun dan merupakan mahasiswi di sebuah universiti dalam bidang perniagaan. Walaupun usia aku dah matang, tetapi aku dilayani seperti anak kecil oleh ibu bapaku.


..............................


Akhirnya aku sampai di Bentong, Pahang, di mana kem itu diadakan. Permandangan di sini indah, sangat indah. Ia sangat mendamaikan perasaan dan aku mula yakin dengan kata-kata papa yang aku akan melalui kenangan yang manis di sini. Aku membuntuti ibu bapaku yang menuju ke sebuah pejabat kecil, mungkin papaku ingin mendaftarkan aku di sana.


Setelah selesai mengisi borang, tiba masanya untuk ibu bapaku meninggalkan aku di sini. Hati aku berat untuk berpisah dengan ibu bapaku. Aku meyalami tangan papa dan mama. Mama sudah mula menangis, aku memeluk mama dan mengusap belakangnya. Alahai mama, mama yang inginkan aku berada di sini tetapi sekarang mama menangis kerana tidak ingin melepaskan aku. Papa memeluk mama dan membawa mama pergi ke kereta. Mama masih lagi tidak berhenti menangis. Papa menghidupkan enjin kereta meninggalkan tempat ini. Aku melambaikan tangan kepada mama dan papa. Aku menahan sebak di dada.


Aku dibawa ke sebuah bilik yang bakal berkongsi suka dan duka aku sepanjang berada di sini. Penjaga berkenaan membuka pintu bilik. Ku lihat ada empat katil dan nampaknya sudah ada orang. Penjaga berkenaan meninggalkan aku di depan pintu setelah memberikan aku kunci bilik. Aku memasuki bilik berkenaan, rakan sebilik aku melemparkan senyuman. Nampaknya dia ini peramah orangnya.

AMNESIAWhere stories live. Discover now