Aku menuju ke sebuah pondok berdekatan dengan masjid universiti. Aku duduk termenung di situ. Siapakah yang terbunuh? Soalan itu tidak berhenti dari menyinggahi ruang minda aku. Sedang aku duduk mengelamun, aku melihat seorang lelaki merapati aku.
"Hai awak!", sapa dia.
Aku tidak mengendahkan lelaki berkenaan. Aku bangun dan ingin beredar dari situ. Tidak betah rasanya untuk duduk dengan lelaki yang tidak dikenali.
"Nur Liyana Alisa binti Mokhtar", panggil lelaki itu.
Aku menoleh ke arahnya. Mana lelaki ini tahu nama aku? Lagi hebat, dia boleh tahu nama penuh aku. Hebat! Aku memandang ke arahnya pelik.
"Awak kenal saya?", tanya aku.
"Cik Alisa. Mestilah saya kenal awak. Saya kan lecturer baru awak dan kita baru je habis kelas tadi."
Errr. Lecturer baru? Aku perhatikan wajahnya semula. Laa. Encik Rafiq. Haha. Sungguh aku tidak cam. Mana taknya, tadi pakai kemeja sekarang berbaju melayu. Aik, mana dia tahu nama aku sedangkan kelas baru bermula hari ini. Aku pun tak ada perkenalkan diri dekat dia.
"Encik Rafiq?", aku menginginkan kepastian.
"Tak payahlah berencik encik dengan saya Lisa. Takkan la tak kenal saya langsung?", Rafiq membalas dengan nada merajuk.
"Eh, bukanlah Encik. Ops. Rafiq. Awak nampak lain."
"Hehe, apa yang lain? Saya rasa sama je. Macam setahun lepas.", katanya sambil tersenyum.
"Setahun lepas? By the way, mana Rafiq tahu nama penuh saya sedangkan saya langsung tidak perkenalkan diri saya kepada awak.", tanya aku kehairanan.
"Haha. Lisa. Kita dah kenal lama, bukannya baru lagi.", katanya tenang.
"Lama? Apa maksud Rafiq?"
"Setahun yang lepas kita pernah berjumpa di kem Bentong."
"Kem? Oooh! Patutlah saya tidak mengenali Rafiq."
"Kenapa?"
"Saya hilang ingatan. Semua kenangan dekat kem saya tak ingat. Maafkan saya sebab tak mampu ingat Rafiq."
Sungguh aku kesal dengan semua ni. Ketidakupayaan aku untuk mengingati apa yang terjadi sewaktu di kem pada setahun lepas amat aku sesalkan. Apa sebenarnya yang terjadi sewaktu di kem sampai aku mengalami kemalangan?
"Tak apa. Ada lebih baiknya kalau awak tidak ingat.", katanya.
"Apa maksud Rafiq?"
"Kalau awak ingat hanya akan memalukan saya sahaja.", dia tersenyum.
"Memalukan awak? Kenapa?", tanyaku kehairanan.
"Tak payahlah tahu."
"Kenapa pula tak boleh?", aku tidak puas hati.
"Kalau awak tahu bukannya mendatangkan kebaikan pun dekat awak. Saya lebih suka awak lupakannya."
"Alah Rafiq.. Ceritalah.", aku memujuknya.
"Walaupun awak hilang ingatan, tetapi sikap awak yang suka mendesak ini masih ada. Hahaha.. Comel!", katanya.
"Tak apalah kalau tak nak beritahu.", aku menarik muncung panjang.
"Okeylah saya beritahu ni. Betul nak tahu?", dia mendapatkan kepastian dari aku.
Aku menganggukkan kepala. Kenapa? Kalau aku tahu aku akan mati ke? Takkanlah. Argh! Tak mungkin, mama dan papa kata itu hanyalah kemalangan jalan raya.
YOU ARE READING
AMNESIA
Mystery / ThrillerLisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya...