BAB 13

1.1K 69 4
                                    

Arghhhh! Aku memegang kepala aku yang sakit akibat pukulan Fazrul. Fazrul.. Aku dah ingat dia, lelaki yang sering mendiamkan diri dalam kumpulan aku. Dia, abang Aizat. Fazrul, aku minta maaf sebab aku gagal selamatkan adik kau, Aizat. Rupa-rupanya inilah ingatan menakutkan yang aku cuba buang dari kotak fikiran aku? Rafiq? Dalam masa beberapa minggu ni, aku dah mula sukakan kau tetapi ternyata selama ni kaulah ancaman besar terhadap aku yang aku sangkakan merupakan pelindung aku. Rafiq! Aku mengalirkan air mata. Aku melihat Fazrul tersenyum puas memandang aku.


"Fazrul....", panggilku perlahan.


"Akhirnya kau kenal aku siapa!!?", jerit Fazrul.


"Fazrull.. Aku betul-betul minta maaf. Semuanya salah aku."


"Maaf? Maksud kau?"


"Aku... aku.. Aku gagal selamatkan Aizat.", aku cuba bangun tetapi tubuhku kaku tak bergerak.


"AAaa.. AA... Apaaa maksud kau Lisaaa? Kenapa dengan Aizat?!", dia merapatkan wajahnya ke wajah aku.


"Aizatt...", aku menggigil untuk memberitahu kebenaran kepada Fazrul.


"Kenapa dengan dia!!!!", teriak Fazrul.


"Aizat dah mati..."


"Whatttt!!!!!! Siapa bunuh dia!!", Fazrul mencekik leherku.


"Raaaffffiiiiqqqq..", penuh kepayahan aku menjawab.


"Rafiqqq!!!!!! Sial kau Rafiq!!!", jerit Fazrul.


Zaaappp! Tubuh Fazrul terpelanting jauh akibat tujahan tendangan oleh... Rafiq!! Ya Allah selamatkanlah aku. Ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Fazrul bingkas bangun untuk membalas tujahan tendangan Rafiq. Dia mula melontarkan tumbukan bertubi-tubi ke arah Rafiq. Aku cuba bangun dari pembaringan, tetapi gagal seolah-olah tubuhku mengalami kelumpuhan.


Fazrul menerima tujahan tendangan dari Rafiq yang membuatkan dia terpelanting ke sebelah aku. Kemudian, Rafiq menerkamnya dan menikam Fazrul berkali-kali dan menyebabkan darah Fazrul terpercik di wajah dan badanku. Aku mengelap darah Fazrul di wajah aku dengan tangan tangan yang menggeletar. Tindakanku terhenti apabila mendengar Fazrul cuba berkata-kata.


"RRRaaafffiiiiqq... Aku takkan maafkan kau! Lii. Liisaaa..", dia menyebut namaku. Aku melihat ke arahnya.


"Liiis.. Lissaa Maaffkan aku...", katanya lalu memejamkan mata.


Fazrul mati di hadapanku! Aku menangis hiba meratapi kematiannya kerana aku tahu dia tidak bersalah, dia jadi begitu disebabkan lelaki yang berada di hadapan aku ini. Aku melihat Rafiq merenung tajam ke arahku. Kali ni, aku tawakal andainya ajal aku sudah tiba dengan keadaan aku yang lumpuh separuh badan ke mana yang aku mampu lari? Rafiq berjalan mendekati aku. Dia duduk merenung wajahku.


"Lisa.. Bukan ini yang aku mahukan.", kata Rafiq kesal.


"Bukan ini? Dulu kau bunuh Aizat? Sekarang kau bunuh Fazrul!! Binatang!!", teriakku.


"No Lisa sayang... Aku dah berubah. Sejak jumpa dengan kau kembali, aku sentiasa mengidamkan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia bersama kau. Aku betul-betul cintakan kau Lisa."


"Kau cintakan aku? Kalau kau betul-betul cintakan aku. Kau takkan buat macam ni! Tak akan!"


"Aku cuba bina hidup baru, tapi bila si Nad tu..."


"What!!! You kill her? Kau bunuh Nad!!", aku memotong percakapan Rafiq.


"Yaa.. I do kill her because she know my secret. I can't let her go. I want to be with you."


"Kau!! Kau pembunuh!!"


"Aku tak ada niat nak bunuh dia tetapi....."


AMNESIAWhere stories live. Discover now