BAB 8

1K 71 3
                                    

Sesampainya di hadapan rumah sewa ku, aku pantas memulaskan tombol pintu rumah. Nampaknya pintu rumah aku berkunci. Aku menyelongkar beg tangan aku untuk mencari kunci rumah. Dengan pantas aku membuka kunci rumah. Sebaik sahaja aku membuka pintu rumah, keadaan sunyi. Aku melangkah perlahan-lahan memasuki rumah diikuti oleh polis lelaki yang aku bawa bersama. Sebelum aku menuju ke bilikku, aku melihatkan pintu bilik Jess terbuka luas, lalu aku menjenguk ke biliknya.


Aku terus menjerit apabila melihat keadaan bilik Jess. Aku melihat Jess terdampar di atas lantai berlumuran darah. Darah tercalit di merata-rata tempat, aku yakin Jess bergelut dengan penceroboh yang memecah masuk rumah kami. Aku menangis dan berlari mendapatkan Jess. Aku memeluk Jess. Maafkan aku Jess. Polis lelaki berkenaan segera membuat panggilan ke balainya dan juga mendapatkan ambulans.


Sebaik menyedari ketiadaan Laila, aku meninggalkan Jess terdampar di lantai. Aku berlari mendapatkan Laila yang dikatakan bersembunyi di dalam almari bilik aku. Aku melihat Laila berbaring di atas katil aku. Air mataku mengalir dengan lebih deras melihatkan keadaan Laila yang berlumuran darah. Aku melihat badan Laila bergerak-gerak, aku mendapatkan Laila yang sedang berbaring di atas katilku.


Aku cuba menekan tempat lukanya. Makin lama aku melihat pergerakan Laila mulai mengendur. Aku memandang Laila. Laila berhenti bergerak. Aku cuba menampar lembut pipinya. Laila please bangun. This is not funny okey. Hari ni bukannya April Fool pun kalau kau nak kenakan aku. Please, wake up! Bangun Laila. Aku meraung makin kuat apabila merasakan tindakan aku tidak memberikan sebarang kesan kepada Laila.


Polis lelaki tadi menarik aku menjauhi tubuh Laila. Ya Allah, tolong selamatkan Laila dan Jess. Tolong Ya Allah. Kemudian, aku mendengar bunyi kereta polis dan ambulans menghampiri rumahku. Aku melihat mereka mengangkat tubuh Jess dan Laila menaiki ambulans. Polis yang baru tiba cuba mendapatkan laporan dari aku tetapi ditahan oleh polis lelaki yang mengikut aku tadi.


Aku kehilangan kata-kata. Ketika ambulans ingin bergerak meninggalkan perkarangan rumah aku. Aku segera mendapatkan ambulans berkenaan, aku ingin mengikut mereka ke hospital. Ini semua disebabkan aku. Kalau bukan disebabkan aku, pasti mereka akan selamat. Semuanya salah aku. Aku menangis sepanjang perjalanan ke hospital.


Aku tunduk menangis di luar wad kecemasan. Jess dan Laila dimasukkan ke dalam wad kecemasan bagi menjalani pembedahan. Keadaan Jess lebih teruk daripada Laila kerana mengalami pendarahan yang serius. Aku tidak berhenti-henti berdoa supaya mereka berdua selamat menjalani pembedahan. Polis lelaki yang aku heret bersama-sama ke rumah setia menemani aku di luar wad kecemasan. Sedikit sebanyak aku berasa bersyukur kerana polis berkenaan tidak membebankan aku dengan soalan-soalan yang patut ditanya oleh seorang polis. Mungkin dia memberikan aku waktu untuk bertenang.


AMNESIAWhere stories live. Discover now