BAB 16

1.5K 81 15
                                    

Aku membuka mata. Aku melihat persekitaran yang asing, aku cuba mengecam tempat itu tetapi tidak berjaya. Aku terasa namaku di sebut dan tanganku digenggam kuat. Aku melihat mama dan papa berada di hadapan aku. Papa dan mama mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat aku memandang mereka.


"Mama.. Papa..", lembut aku memanggil kedua orang tuaku.


"Ye Lisa sayang. Jangan risau.. Lisa dah selamat sekarang.", mama mengenggam tanganku dengan kuat.


"Mama. Lisa nak berehat sekejap.", kataku sambil memejamkan mata.


"Baiklah sayang. Rehatlah.", kata mama bersama linangan air mata.


Aku lihat bilik yang luas bewarna putih. Bilik ini sangat luas sehinggakan aku tidak tahu di mana penghujungnya. Aku melihat Nad berada di hadapan aku berpakaian serba putih. Aku berlari menghampiri Nad. Apabila, jarak kedudukan aku dan Nad hampir, aku menangis semahu-mahunya. Nad.. Nad... Terima kasih Nad. Terima kasih sangat-sangat Nad. Sampai ke akhir kematian kau, kau masih lindungi aku. Aku minta maaf Nad. Aku minta maaf disebabkan aku, kau menemui ajal. Maafkan aku Nad. Aku memeluk Nad buat terakhir kali, dia hanya tersenyum melihat aku. Dia berjalan meninggalkan aku seorang diri.


"Nad!!!!!!!!", jeritku.


"Lisa??", panggil Laila.


"Aku mimpi Nad, Laila", kataku. Laila menghampiri aku dan memeluk aku.


"Aku dah minta maaf dekat dia, dia senyum tapi dia pergi macam tu je.", kataku lalu menangis teresak-esak.


"Lisa", Jess memanggil aku.


"Jess?", aku seakan-akan tidak percaya Jess ada di depan aku.


"Lisa... Terima kasih.. Terima kasih sebab stay alive. Terima kasih.", kata Jess lalu memeluk aku.


"Jess. Aku okeylah. Terima kasih sebab ambil berat terhadap aku dan aku.. aku.. aku minta maaf. Semuanya disebabkan aku.", kataku.


"Lisa. Aku patut minta maaf dengan kau. Aku bukanlah kawan yang baik. Aku tak ambil tahu langsung apa yang jadi dekat kau. Aku memang tak berguna. Kau melalui waktu sukar tapi aku langsung tak ada di sebelah kau untuk menyokong kau. Maafkan aku Lisa.", kata Jess sayu.


"Jess. Kau tak ada salah dengan aku. Mungkin takdir menentukan hidup aku macam ni. Aku redha.", kataku sambil tersenyum.


"Syukurlah kau selamat Lisa. Aku betul-betul risaukan kau. Mujurlah kami pergi rumah sewa tu dan jumpa note kau diculik. Kami betul-betul takut kehilangan kau bila kami lihat ada darah di lantai.", kata Laila seraya memeluk aku.


"Note? Pasti note tu untuk Rafiq. Thanks Laila.", aku memandang Laila dan menghadiahkannya senyuman.


"Aku tak sangka langsung Rafiq tu jahat.", aku tersenyum pahit melihat Laila.


"Entah. Sanggup dia serang aku. Aku student dia kot", tambah Jess pula.


"Korang. Yang serang korang bukan Rafiq, tapi Fazrul."


"Fazrul! Siapa? Oh, lelaki yang mati tu ye?"


"Ha ah. Dia.", aku mengiyakan kata-kata Jess.


"But.. Wait! Aku nak pergi balai polis. Now!", kataku tiba-tiba.


"Why? Kau nak buat report pasal apa?", tanya Laila kehairanan.


"Aizat... Aizat ada dekat sana. Bawa aku ke balai polis."


"Tak boleh Lisa. Kalau papa kau tahu, mesti papa kau marah aku.", tegah Jess.


"Both of you! Listen here! Aku dah ingat. Aku kena pergi balai polis."

AMNESIAWhere stories live. Discover now