"Lisa!"
"Rafiq?", kataku.
"Nak pergi mana?", tanya Rafiq.
"Tak kemana-mana.", jawabku.
"Jom! Teman saya lunch!", ajaknya.
"Err. Taknak lah. Nanti pelajar tengok karang, diorang cakap apa pula.", aku menolak ajakkannya lembut.
"Eh, bukan makan dalam U laa. Luar la."
"Tak bolehlah Rafiq. Papa saya tak bagi keluar U dengan orang lain selain atok.", kataku jujur.
"Kenapa?", tanya Rafiq kehairanan.
"Ni semua disebabkan kes student U kita dibunuh hari tu. Papa still paranoid dengan kes kemalangan saya hari tu.", kataku lagi.
"Oow. Awak tahu tak siapa yang dibunuh?", tanya Rafiq.
"Tahu...", kataku lemah.
"Awak tahu?"
"Tahu. Nad kawan baik saya. Dulu, dialah segala-galanya bagi saya.", air mata aku mula mengalir.
"Saya tahu. Nad tu memang baik.", kata Rafiq.
"Awak kenal Nad?", aku mengesat air mata.
"Kenapa pula saya tak kenal Nad. Nad tu pun kawan saya juga."
"Jadi... Nad pun join kem tu?", tanyaku untuk kepastian.
"Yes! Dan kita satu team.", katanya lagi.
What! Nad pun join kem tu? Kenapa hati aku tak tenang ni, seolah-olah kematian Nad tu ada kaitan dengan kem dekat Bentong setahun yang lepas. Atau mungkin juga berkait dengan kemalangan aku di sana. Argh, hati! Kenapa kau selalu tak tenang? Kenapa selalu memikirkan kemungkinan yang amat menakutkan. Sedari aku mendiamkan diri terlalu lama, Rafiq mula bersuara.
"Awak okey ke?", tanya Rafiq prihatin.
"Saya tak sedap hati.", kataku.
"Kenapa awak tak sedap hati? Awak tak sihat ke?", tanya Rafiq dengan prihatin.
"Tak ada apalah. Saya minta diri dahulu. Bye!"
........................
Hari ini aku ada kuliah malam. Kelas yang paling tidak disukai oleh rakan sekuliah aku. Jess tak habis-habis menanyakan aku kenapa aku tidak pulang ke rumah. Aku tak tahulah Jess. Aku sendiri tidak mempunyai jawapan. Pada mulanya aku sangkakan hanya instinct papa yang terlalu paranoid menyebabkan aku tidak pulang ke rumah sewa, tetapi sekarang ni instinct aku seolah-olah memberitahu yang aku sebenarnya target pembunuhan tu, bukannya Nad. Aku tak tahu kenapa aku berfikir sedemikian, mungkin disebabkan sejak akhir-akhir ni aku rasa diekori orang, tetapi tiada sesiapa. Mungkin juga perasaan aku, tetapi instinct aku kuat. Seolah-olah pembunuhan Nad ada kaitan dengan apa yang jadi dekat kem setahun yang lalu. Apa sebenarnya yang terjadi di kem dulu? Kenapa aku kemalangan? Aku tertekan kerana aku tidak dapat mengingati kembali sepanjang penglibatan aku di kem tersebut.
Setelah habis kelas, atok mengatakan bahawa dia akan ambil aku lewat 30 minit kerana kereta atok buat hal. Aku berkata kepada atok, aku akan menunggu dia di pondok polis yang mengawal keselamatan pelajar U. Sejak dari kes pembunuhan hari tu, polis semakin banyak keluar masuk ke dalam U. Selagi pembunuh tidak dijumpai, selagi itu jugalah mereka akan berkawal di dalam U. Aku mengharapkan polis segera menangkap pembunuh yang membunuh Nad. Aku tidak akan sesekali memaafkan pembunuh tu!
Aku berjalan menuju ke pondok polis. Perjalanan menuju ke pondok polis mengambil masa selama 15 minit kalau berjalan kaki. Tiba-tiba, aku mendengar derapan kaki seolah-olah ada seseorang mengekori aku. Aku berpusing ke belakang tetapi tiada siapa. Aku melajukan langkah aku. Aku mendengar derapan kaki itu semakin laju. Aku mula berlari, aku tidak peduli dengan apa yang akan terjadi. Aku berlari dengan sepenuh hati. Apabila, terlihatkan pondok polis. Aku menjerit memanggil polis. Seorang polis lelaki berlari menuju ke arah aku.
"Kenapa cik?", tanya polis berkenaan.
"Sa.. sa.. saa.. saya.. diekori...", kataku menggigil.
"Diekori?", polis itu berlari menuju ke jalan yang aku lalui tadi.
"Maaf cik. Tiada sesiapa pun di situ.", katanya lagi. Aku hanya mendiamkan diri.
"Betulkah cik diekori?", tanyanya lagi.
"Encik polis! Adakah encik rasa dia akan stay dekat situ? Mestilah dia dah lari!", aku mula naik angin.
"Okey, cik.. Bawa bertenang. Sal berikan kopi kepada cik ni.", arah polis lelaki berkenaan.
Polis wanita yang bernama Sal itu menuju ke arah aku dengan secawan kopi. Aku menyambut huluran kopi itu. Polis lelaki berkenaan mengambil kerusi dan duduk di depan aku.
"Okey cik. Nama saya Amar. Cik boleh panggil saya Amar sahaja. Cik boleh ceritakan apa yang berlaku?"
"Saya baru habis kelas malam. Saya jalan kaki nak datang sini, tiba-tiba saya rasa saya diekori. Saya berlari menuju ke sini.", aku menggigil ketakutan.
"Okey cik, tenang. Cik dah selamat dengan kami di sini.", katanya untuk menenangkan aku.
"Lisa?"
"Rafiq!", aku terus berlari mendapatkan Rafiq. Betapa lega hati aku melihatnya.
"Awak buat apa dekat sini?", tanya Rafiq.
"Rafiq.. Saya diekori tadi.", aku menceritakan segalanya kepada Rafiq.
"What!!! Are you okey?", tanyanya cemas.
"Saya okey."
"Thanks god!"
"Rafiq. Saya rasa orang yang ekori saya tu adalah pembunuh Nad."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Saya tak pasti betul atau tidak. Tapi instinct saya tetap mengatakan pembunuh Nad memburu saya. Dan mungkin juga orang tu nak bunuh saya, bukannya Nad."
"Apa yang awak merepek ni Lisa.", tanya Rafiq bagai tidak percaya.
"Rafiq. Instinct saya sentiasa betul. Saya tak pasti apa yang jadi dekat kem dulu, tapi apa yang saya pasti memori saya di sana adalah kunci untuk segala jawapan. Damn it! Kenapa saya langsung tak ingat!"
"Okey, bawa bertenang Lisa. Don't worry, saya sentiasa ada di sisi awak."
"Rafiq.. Ada sesuatu yang terjadi ke dekat kem dulu?"
"Lisa. Nothing happen there. Look at me. You are going to be fine. No one will hurt you. Even, kalau ada someone nak sakitkan awak, saya ada di sisi awak. Saya tak biarkan awak terluka."
"Rafiq..."
"It's okey, I'm here for you."
Aku menarik nafas lega, tetapi takkan tiada apa-apa yang berlaku di kem? Aku tidak berapa mempercayai kata-kata Rafiq. Aku yakin ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada aku. Aku melihat kereta atok dari jauh, lalu aku menuju ke Encik Amar.
"Encik Amar. Saya nak minta tolong boleh?", tanyaku.
"Ye, boleh. Apa dia?"
"Atok saya datang ambil saya. Saya nak Encik Amar rahsiakan dari atok saya. Atok saya tak boleh menerima kejutan, jantung dia lemah. Lagi satu saya tak nak dia risaukan saya."
"Baiklah saya akan rahsiakannya. Cik jangan risau."
Aku senyum memandangnya. Siapakah yang mengekori aku tadi? Apa yang terjadi di kem setahun yang lepas? Tanpa aku sedari, ada sepasang mata memerhatikan tindak-tanduk aku dari celahan semak berhampiran pondok polis. Mulutnya menerbitkan senyuman seraya hatinya berbisik. "Killing two birds with one stone".
YOU ARE READING
AMNESIA
Mystery / ThrillerLisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya...