BAB 2

1.7K 91 0
                                    

Setahun kemudian...


"Wei! Bangunlah! Kita ada kelas wei pagi ni!", suara Jess menyinggah gegendang telinga aku.


"Jess! Bisinglah!", jerit aku dalam keadaan mamai.


"Lisa! Wake up!", Jess mula mengeluarkan suara sopranonya.


"Ye. Ye. Aku bangun. Pukul berapa dah?", tanyaku dalam keadaan memejam mata.


"Lisa intan payung. Dah pukul 7.50 pagi!"


"What!!!", aku mencelik mata seluas-luasnya. Terus aku berasa segar.


"Wei! Lewatnya kau kejut aku! Kelas kita pukul 8 kot!", aku terburu-buru mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.


"Haa. Kau molek sikit. Aku gerak kau awal ok!", membebel Jess.


Alamak! Aku dah lewat. Aku terburu-buru untuk bersiap. Aku lihat Laila tersengih melihat aku. Ceh, perlilah tu. Ni dah main kasar namanya. Aku menjeling tajam ke arahnya.


"Dah. Dah, dah. Kau tak payah nak lawan-lawan mata kat sini okey!", tegur Jess.


"Jess!", panggil aku.


"Ha! Benda apa?", jawab Jess.


"Aku tumpang kau ea pergi kelas!", kata aku.


"Haa.. Aku okey jer.", balas Jess.


Sampainya di kelas, aku mengambil tempat duduk di sebelah Hanim. Jess mengambil tempat di sebelah aku. Hari ni aku dengar ada lecturer baru. Siapa pula ye? Lelaki katanya. Tak kisahlah, apa yang penting pelajaran aku tak terganggu. Ini adalah semester terakhir aku, tak sabar rasanya nak tamatkan pengajian aku di sini. Kalau ada rezeki, aku nak sambung master pula lepas ni, itupun kalau mama dan papa benarkan. Sejak dari kemalangan hari tu, mama dan papa sangat mengongkong kehidupan aku. Apalah mama dengan papa ni, aku dah besar kot. Tapi dilayan seperti anak kecil.


Pintu bilik kuliah di buka oleh seseorang. Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap membuka pintu. Mungkin inilah lecturer baru kami. Dari segi penampilan, segak orangnya. Aku yakin ramai yang cair punya dengan lecturer baru ni.


"Hai. Assalamualaikum. Saya lecturer baru kalian yang akan mengajar subjek keusahawanan. Nama saya Iqbal Rafiq bin Hairil. Saya harap sepanjang saya mengajar kalian, kalau ada sebarang masalah dalam pelajaran, jangan segan untuk bertanya dengan saya, okey?", kata lecturer bernama Iqbal Rafiq.


"Okey lec!", jawab pelajar.


"Bagus! Ada apa-apa soalan?", tanyanya lagi.


"Lec.. Lec umur berapa?", tanya Jess. Amboi. Ulat dah naik daun nampak. Aku menjeling ke arahnya.


"Haha. Saya berumur 27 tahun.", jawabnya polos.


"Lec.. Lec.. Lec single lagi ker?", tanya Melati.


"Hahaha. Saya single lagi..", jawab Rafiq.


"Wahh!", aku dengar sorakan pelajar wanita dari arah belakang.


"Tapi..... Hati saya sudah dimiliki oleh seseorang.", katanya.


Kedengaran keluhan keluar daripada mulut pelajar perempuan. Aku memandang ke arah lecturer baru dan dia turut membalas renungan aku. Aku macam pernah lihat wajah dia, tapi di mana? Mungkin perasaan aku je kot. Aku menundukkan pandangan aku. Kenapa aku rasa berdebar? Aku mengabaikan perasaan aku. Setelah hampir satu jam, kelas kami tamat. Aku ada discussion pula lepas ni, arghh penatnya! Aku memberitahu Jess supaya pulang dahulu. Aku nak ke perpustakaan di mana discussion diadakan.


............................


Sudah hampir pukul 6 petang. Alamak dah lewatlah! Aku keluar dari perpustakaan dengan terburu-buru. Aku ingin menelefon Jess untuk mengambil aku di universiti memandangkan aku tak bawa kenderaan sendiri. Aku mencari nombor telefon Jess, sebaik sahaja aku ingin menekan nombor Jess, terdapat panggilan masuk dari papa. Kenapa papa call petang-petang ni? Tanpa membuang masa, aku menjawab panggilan papa.


"Hello papa! Kenapa call Lisa petang-petang ni? Rindu Lisa ye?", kataku dengan nada ceria.


"Lisa??? Lisa dekat mana sayang? Lisa okey tak?", tanya papaku cemas.


"Papa... Kenapa ni? Lisa okey. Lisa dekat U ni. Baru lepas habis discussion.", jawab aku.


"Lisa sayang, Lisa dengar cakap papa ni. Stay dalam U. Jangan pergi mana-mana."


"Papa? Are you okey?", tanyaku dengan kehairanan.


"Lisa. Listen here, there was a murder in front of your university.", kata papaku.


"What?! Siapa papa?", tanyaku.


"One of your university student."


"Papa. Then why you sound worried? I'm okey. It's not like I was the one dead.", kataku.


"Lisa! Listen! Papa tak sedap hati sayang. Please don't ignore my order! Please. Stay in university. I heard they put many police inside U. Keselamatan Lisa lebih terjamin bila ada dalam U.", kata papa.


"Tapi pa... Lisa nak duduk mana? Kenapa papa risau sangat ni?", tanyaku.


"I don't know why, tapi hati papa tak sedap."


"Papa... Ni mesti kes papa trauma dengan kemalangan yang menimpa Lisa dulu kan. Lisa will be fine.", aku cuba memujuk papa yang jelas kerisauannya terhadap aku.


"Lisa.. Lisa stay dalam U, nanti papa naik flight pergi sana."


"Papa! No need! Okey, listen here Lisa akan jaga diri Lisa baik-baik. Don't worry. Papa jangan datang sini. Lisa tak nak menyusahkan papa."


"Tapi sayang. Hati papa tak tenang. Okey, you promise akan jaga diri baik-baik dekat sana?"


"Promise papa. Don't worry."


"No no.. Papa akan call your grandpa. From now on, you stay dekat rumah atok okey.", papa mula memberi arahan.


"Papa...", aku kehilangan kata.


"No excuse.", tegas papa.


"Okey pa. I follow. Tak apa, biar Lisa call atok."


"Okey, jaga diri dekat sana. Send me text everyday."


"Okey papa. Take care too.. Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam. Take care!"


Kenapa dengan papa ni? Pembunuhan? Siapa yang dibunuh sampai hati papa tidak tenteram. Kenapa papa bersikap begini? Tanpa membuang masa aku menelefon atok. Atok memberitahu aku, dia akan mengambil aku selepas Isyak kerana sekarang dia ada program. Aku bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan atok.


AMNESIAWhere stories live. Discover now