Imbas kembali..
"Rafiq!", jerit Nad.
"Nad!", Rafiq membalas.
"Kau buat apa dekat sini Rafiq?", tanya Nad.
"Aku kerja sini as lecturer. Kau study sini ke?", tanya Rafiq.
"Ha ah. Aku study sini. Wah! Lecturer dah kau sekarang. Sihat?"
"Aku sihat. Eh, kalau macam tu. Lisa pun study sini la kan?", tanya Rafiq.
"Ha ah. Dia study sini, tapi aku tak rapat dah dengan dia sejak dari hari kemalangan dia dulu."
"Kenapa kau tak rapat dengan dia?"
"Sibuklah. Aku bukan satu course dengan dia pun."
"Eh, sementara aku ada dekat sini. Apa kata kita hang out, ajaklah Lisa sekali.", pelawa Rafiq.
"Rafiq. Kalau kau ajak Lisa sekalipun, dia tak akan ingat kau."
"Apa maksud kau?", Rafiq kehairanan.
"Well. Lepas dari kemalangan hari tu, dia hilang ingatan. Dia tak ingat langsung pasal kem tu. Takkan kau tak tahu kot?", tanya Nad kehairanan.
"Aku... Tak tahu pun."
"Eh, cakap-cakap. Aku baru perasan, mana kau menghilang? Lepas dari kemalangan Lisa, kau terus pergi dari situ. Aku tanya penjaga, diorang kata kau dah berhenti. Bukan setakat kau je, Aizat pun hilang.", tanya Nad lagi.
"A... aa... ku... Ada jer..", kata Rafiq sambil memusingkan cincinnya bercorak kala jengking.
Nad POV
Kala jengking? Bukankah itu yang Lisa cakap sewaktu dia dekat hospital? Takkanlah...
Imbas kembali ketika hari kemalangan...
Lisa... Aku harap kau okey. Hang on Lisa. Hati aku tak putus-putus berdoa supaya Lisa dalam keadaan baik je. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat berita yang Lisa kemalangan dan dibawa ke hospital. Sebaik sahaja Lisa ditimpa kemalangan, dia dikejar ke hospital berdekatan. Doktor kata Lisa masih lagi tidak menyedarkan diri. Mama dan papa Lisa juga tidak berhenti-henti menangis.
Aku masuk ke dalam bilik yang menempatkan Lisa. Aku menghampirinya, aku tidak dapat menahan sebak di dada. Betapa aku tidak sanggup melihat Lisa dalam keadaan begitu. Aku mengenggam tangannya seolah-olah aku cuba menyalurkan tenaga kepadanya untuk bangun. Lisa please Lisa. Mata aku mengalirkan air mata dengan deras.
Tiba-tiba aku rasa tangan aku di balas genggaman. Aku melihat Lisa membuka mata. Dia cuba membisikkan sesuatu. Aku mendekatkan telinga aku ke bibirnya. Aku dengar dia berkata. "Bunuh".. "cincin kala jengking". Kemudian, Lisa diserang shock. Aku menjerit memanggil doktor. Doktor mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Lisa. Akhirnya, Lisa kembali stabil tapi berada di dalam koma.
Tamat imbas kembali
Wait! Cincin kala jengking? Adakah cincin ini dimaksudkan oleh Lisa? Bunuh? Rafiq? Apa maksudnya? Adakah Rafiq merupakan punca Lisa kemalangan? Biar betul? Badan aku mula menggigil. Tanpa sedar bibir aku menyebut..
"Bunuh.."
"Apa yang kau cakap Nad?", tanya Rafiq. Mukanya kelihatan gelisah.
"Tak ada apa. Aku balik dululah.", aku mula bergegas ke kereta.
Aku memandu kereta menuju ke luar kampus tetapi tangan aku menggigil pegang stereng kereta. Aku tak mampu mengawal kereta. Aku berhentikan kereta di hadapan universiti. Aku meraup wajah aku, aku mula mencerna apa yang dikatakan oleh Lisa dulu. Apa maksudnya? Adakah Rafiq cuba membunuh Lisa? Tiba-tiba pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Lelaki berpakaian serba hitam dan berselubung kepala memasuki kereta aku.
"Ka... Kau.. Siapa ha? Keluar dari kereta aku sekarang!!", aku membentak.
"Kenapa kau nak menjerit Nad? Ni akulah.", sambil menanggalkan hood yang menutupi kepalanya.
"Rafiq!!!", jerit Nad.
"Ye, aku Rafiq.", katanya sambil tersenyum. Senyuman yang mengerikan bagi aku.
"Ra.. rafiq.. Apa yang kau cuba buat ni?", tanya aku ketakutan.
"Well. Mula-mula aku sengaja nak biarkan kau, tapi aku rasa kau dah tahu sesuatu yang kau tak patut tahu."
"A..a..aku.. Apa maksud kau Rafiq? Jadi betullah apa yang aku fikirkan?"
"Ya! Betul! Akulah punca kemalangan Lisa."
"Tapi kenapa? Kenapa kau nak buat dekat Lisa macam tu? Bukankah kau cintakan dia?", bentak Nad.
"Aku memang cintakan dia. Tapi dia macam kaulah. Tahu perkara yang tak sepatutnya dia tahu. I have no choice to kill her. Tapi dia tak mati, aku cuba attempt to kill her once again dekat hospital. Tapi, bila aku sampai hospital. Dia tak kenal aku. Dia hilang ingatan. Semua pasal aku, dia lupa. Everything! And also the fact that I kill Aizat! So I leave her alone."
"What!!! You kill Aizat!!! Kau gila Rafiq!", jerit Nad.
"Hahaha. Kau dah tahu semuanya Nad."
"Rafiq. Rafiq.. Please. Let me go. Don't kill me."
"My knife don't say so.", Rafiq mencengkam rambut Nad dan membisikkan di telinga Nad.
"Goodbye Nad! Say hello to death! Hahha!", kata Rafiq sambil menikam perut Nad berkali-kali tanpa belas kasihan.
YOU ARE READING
AMNESIA
Mystery / ThrillerLisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya...