Aku dikhabarkan dengan berita gembira oleh doktor. Mereka berdua selamat menjalani pembedahan dan sekarang berada dalam keadaan stabil. Aku segera menghubungi ibu bapa Jess dan Laila bagi mengkhabarkan keadaan anak mereka. Keadaan Laila bertambah baik, manakala Jess baru melepasi keadaan kritikal.
Aku memasuki bilik Laila dengan langkah yang lemah. Aku berasa simpati dan bersalah kepada Laila. Aku menghampiri katil Laila, ku lihat wajah Laila yang sudah hilang seri. Tak tertanggung perasaan sedih aku, lalu aku mengenggam tangan Laila. Maafkan aku Laila. Semuanya disebabkan oleh aku. Kau dan Jess menderita disebabkan aku. Aku berdosa kepada kau dan Jess. Maafkan aku.
Air mataku mula mengalir deras. Ku rasakan jari Laila bergerak. Ku lihat mata Laila terbuka kecil, aku cuba memanggil doktor, tetapi ditegah Laila. Aku lihat bibir Laila bergerak-gerak. Aku mendekatkan cuping telinga aku di bibirnya. Aku mendengar Laila berkata.
"Dia cari... Kau... Lisa...", aku tercengang mendengar apa yang diperkatakan Laila. Dia cari aku? Siapa?
"Lisa... jaga.... diri kau... baik-baik..", amat payah sekali aku mendengar Laila berkata.
"Aku akan jaga diri aku baik-baik. Kau jangan risaukan aku. Kau dalam keadaan macam ni pun, masih risaukan aku. Tolong jaga diri kau Laila. A.. a...ku...", aku kehilangan kata-kata, aku mula menangis.
Laila menguatkan genggaman tangannya seolah-olah memberikan aku kekuatan. Laila kenapa kau masih nak berikan aku kekuatan. Kenapa kau masih nak risaukan aku? Aku yang sebabkan kau macam ni. Semuanya berpunca daripada aku Laila, tolong benci aku. Sekurang-kurangnya rasa bersalah aku akan berkurang. Ku lihat Laila mengukirkan senyuman kepada aku. Aku cuba menyambung kata-kata yang aku tidak mampu nak luahkan tadi.
"A..a..aku... aku minta maaf Laila. Ni semua disebabkan aku. Aku dah bahayakan nyawa kau dan Jess. Aku betul betullll minta maaf Laila... Maafkan aku.", aku betul-betul rasa bersalah. Tiada apa yang aku boleh lakukan selain memohon kemaafan dari kau Laila dan juga Jess. Laila mengenggam kuat tanganku.
"Liii.. lisa.. Laa.. laa..riiikan di..ri..", kata Laila.
Larikan diri? Aku terdiam seketika. Larikan diri? Itu ke tindakan yang sewajarnya aku ambil? Larikan diri setelah aku bahayakan tiga nyawa kawan baik aku? Lari? Adakah aku sanggup? Adakah aku begitu mementingkan diri sendiri? Aku menggelengkan kepala.
"Lailaa.. Aku tak akan sesekali melarikan diri. Aku akan tangkap pembunuh Nad dan juga orang yang cuba bunuh kau dan Jess. Aku akan cuba dapatkan kembali ingatan aku yang hilang. Aku janji!", aku mengenggam tangan Laila kuat.
Aku lihat raut wajah Laila yang kecewa. Aku tahu kau risaukan keselamatan aku Laila tapi aku tak nak perasaan bersalah menyelubungi hati aku. Aku tak sanggup berterusan menyakiti orang yang aku sayang. Pintu bilik Laila dibuka, aku melihat kedua ibu bapanya ada di sini. Ibunya terus menangis sebaik sahaja melihatkan Laila. Ayahnya bertanya kepada aku apa yang terjadi. Aku tak tahu apa yang aku patut jawab kerana semuanya salah aku. Hati aku merintih ingin memohon ampun kepada ibu bapanya kerana membuat anak mereka sebegini rupa. Maafkan saya pak cik dan mak cik. Saya akan cari pembunuh tu walaupun keselamatan saya menjadi jaminan. Aku melangkah keluar dari bilik dengan lemah.
"Lisa!", aku melihat ke arah insan yang menyebut namaku.
"Rafiq..", sebut aku lalu aku terduduk di depan pintu bilik Laila.
"Lisa!!!", panggil Rafiq sambil merapati aku.
"Rafiqq.. Semuanya salah saya...", aku menangis.
"Sabar Lisa. It's not your fault.", kata Rafiq sambil memeluk aku.
Aku menangis semahu-mahunya. Pedihnya hati aku. Setelah aku berhenti menangis, Rafiq membawa aku duduk di atas kerusi yang disediakan di depan bilik Laila. Aku lihat polis lelaki berkenaan masih lagi setia berada di situ. Rafiq menghulurkan aku air kopi panas. Aku meneguk bagi menghilangkan rasa dahaga yang ada. Aku bagaikan menyedari sesuatu, aku melihat Rafiq.
"Rafiq...", panggilku perlahan.
"Mana awak tahu saya ada dekat sini?", tanyaku kehairanan kerana seingat aku, aku langsung tidak menghubunginya untuk memberitahu keberadaan aku.
"Awak ni... Lupalah tu.", jawab Rafiq.
"Kan saya ada install apps dekat phone awak yang boleh memberitahu saya di mana keberadaan awak.", jelasnya.
"Oh ye. Macam mana saya boleh lupa.", jawabku.
"Awak tak jawab panggilan saya, itu yang saya detect awak dari apps tu. Bila dapat tahu awak dekat hospital, saya risau dan terus datang ke sini.", katanya. Jelas nampak kerisauan di wajahnya. Maafkan aku Rafiq kerana menyusahkan kau. Kenapa mesti kau sukakan aku?
"Cik?", polis tadi memanggilku.
"Ye saya.", jawabku.
"Kalau cik dah okey. Jom kita ke balai polis untuk buat report.", katanya.
"Humm. Okey. Saya dah ready", kataku dengan semangat yang baru.
"Tak apa ke awak nak pergi sekarang? Mintalah tangguh.", tanya Rafiq.
"Tak apa Rafiq. Saya dah okey. Awak baliklah U. Awak ada kelas dengan course saya kan petang ni. Pergilah.", kataku lagi.
"Tak apalah. Saya temankan awak. Takkan saya nak biarkan awak sorang-sorang.", katanya dengan risau.
"Tak apa Rafiq. Saya tak nak menyusahkan sesiapa dah. Saya okey.", kataku dengan harapan dia akan memahami.
"Awak yakin?", tanyanya untuk kepastian.
"Saya yakin Encik Rafiq."
"Okey. Hati-hati."
"Okey."
Selepas Rafiq meninggalkan aku dan polis lelaki itu. Polis berkenaan membawaku ke kereta polis yang diparkir di depan hospital. Aku diam sepanjang perjalanan ke balai polis. Polis berkenaan bersuara bagi memecahkan kesunyian.
"Awak dah okey ke cik?", tanya polis lelaki itu.
"Saya okey. Terima kasih.", kataku.
"Tak apa. Dah jadi tugas saya pun. By the way, cik ingat saya lagi?", tanyanya lagi. Aku terus memandang wajahnya. Aku cuba mengecam wajahnya. Rasa macam pernah jumpa tetapi di mana ye? Aku menggelengkan kepala. Aku melihat dia tersenyum.
"Saya Aman. Polis yang cik jumpa waktu cik kata cik diekori. Polis yang sama juga cik suruh rahsiakan peristiwa cik diekori dari atok cik."
"Ahh, Encik Aman. Saya dah ingat. Maafkan saya sebab tak dapat cam Encik Aman awal-awal lagi."
"Panggil saya Aman je. Tak apa cik. Saya faham."
"Panggil saya Lisa."
"Er.. Lisa.. Apa yang jadi sebenarnya? Mana awak tahu rumah awak diserang?"
Aku mula mengalirkan air mata. Aman nampak serba-salah dengan apa yang berlaku. Dia menghulurkan tisu kepada aku. Aku menyambutnya dan mengelap air mataku.
"Sebenarnya... Orang yang pembunuh tu nak bunuh adalah saya.", kataku perlahan.
"What!!", terus Aman memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Ye. Dia nak bunuh saya. Saya syak kejadian pembunuhan di depan U juga ada kaitan dengan serangan rumah saya. Mungkin pembunuh yang sama. Pelajar yang dibunuh itu adalah kawan baik saya.", jelasku lagi.
"Kenapa awak tak tampil beri keterangan?"
"Sebab saya tak ingat apa-apa. Saya... Saya hilang ingatan."
"Kalau awak hilang ingatan. Macam mana awak boleh kata yang awaklah yang diburu?"
"Saya.. Saya.. Hanya instinct. Semua ni ada kaitan dengan kem setahun yang lepas."
"Instinct? Boleh awak ceritakan hal yang sebenar kepada saya?"
Aku menganggukkan kepala. Aku menceritakan segalanya yang aku tahu kepada Aman. Aku tahu sukar nak diterima dek akal tentang semua ni. Tapi, nampaknya situasi sekarang seolah-olah mengiyakan apa yang aku rasa selama ni. Aku cuma mengharapkan ingatan aku akan segera kembali. Mungkin juga aku seorang saja yang mampu membongkarkan kejadian di kem setahun yang lepas tentang kemalangan aku, kehilangan Aizat, pembunuhan Nad dan juga serangan terhadap Laila dan Jess.
YOU ARE READING
AMNESIA
Mystery / ThrillerLisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya...