Sudah hampir seminggu, Jess dan Laila dimasukkan ke hospital. Aku masuk melawat Laila dan Jess. Laila sudah beransur sembuh dan Jess juga sudah sedar dari pembedahan tempoh hari. Setelah melawat Laila, aku memasuki bilik Jess. Aku senyum memandang Jess, Jess memalingkan pandangannya ke arah lain. Nampaknya Jess benar-benar membenci aku. Maafkan aku Jess.
"Jess...", panggilku perlahan.
"Kau jangan nak sebut nama aku!", jerit Jess dengan marah.
"Maaf.. Maafkan aku Jess."
"Ni semua disebabkan kau. Aku benci dengan kau!!! Aku benci tengok muka kau!!!!"
"Jess...", aku mula merintih kesedihan.
"Keluarlah perempuan!!!! Aku bencikan kau sampai aku mati.", tindakan Jess mula hilang kawalan. Jess mula melemparkan segala barang yang berhampiran dengannya.
"Akuuu. Akuu.. minta maaf Jess. Aku akan pergi. Aku akan hilang dari pandangan kau. Tapi please... Maafkan aku. Assalamualaikum.", aku memohon kemaafan daripadanya lalu keluar dari bilik Jess.
Aku menangis semahu-mahunya di luar bilik Jess. Disebabkan peristiwa ini aku kehilangan rakan baik yang selama ni bersama-sama mengharungi susah dan payah dengan aku. Terasa bahuku disentuh oleh seseorang.
"Lisa? Are you okey?"
"Aman? Saya okey."
"Awak buat apa dekat sini?"
"Saya melawat kawan saya, tapi saya nak balik dah ni."
"Ooo. Mari, saya hantarkan.", pelawa Aman.
"Tak apalah Aman. Saya balik sendiri. Terima kasih.", kataku sambil melangkah pergi.
..............................
Aku membuka pintu rumah sewa ku. Aku memasuki bilik Jess. Kesan darah sudah tiada tapi aku masih boleh mengingati darah-darah yang terpalit di sekitar rumah. Aku mula mengalirkan air mata. Siapa yang sanggup berbuat sebegini terhadap kawan aku? Mereka tiada kaitan dengan permusuhan kau dan aku. Kenapa kau bersusah payah nak bunuh kawan aku? Nad! Maafkan aku.
Tiba-tiba aku mendengar pintu bilik Laila ditutup. Aku mendekati pintu bilik Laila. Aku membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Tiada apa-apa di dalam bilik Laila. Siapa yang menutup pintu bilik Laila? Aku melangkah keluar dari bilik Laila, tiba-tiba terasa kepala ku dihentak dengan objek keras. Aku rebah di atas lantai. Aku melihat lelaki berpakaian serba hitam. Pandanganku kian kelam.
..................................
Rafiq POV
Mana pula si Lisa ni? Dah berpuluh kali aku telefon dia, tetapi tidak berangkat pula. Sukalah buat orang risaukan dia. Jangan-jangan ada sesuatu yang buruk jadi dekat dia? Argh! Tak boleh jadi macam ni. Baik aku cari dia guna apps tu. Setelah hampir 10 minit, lokasi Lisa telah ditemui tetapi bukankah ini rumah sewa dia? Kenapa dia ada dekat sana. Tanpa menunggu walau sesaat berjalan, aku terus mencapai kunci kereta dan memandu menuju ke rumah sewa Lisa. Tolonglah Lisa, tolonglah selamat.
Aku memarkir kereta di depan pintu rumahnya. Pintu rumahnya ku lihat luas terbuka. Lisa! Apa yang kau buat dekat sini? Terus aku keluar dari kereta dan memasuki rumah sewa Lisa. Aku memanggil nama Lisa tetapi tiada sahutan. Tiba di bilik belakang, aku melihat kesan darah yang masih baru di atas lantai. Aku melihat kesan darah itu seperti seseorang diseret ke belakang rumah. Tolonglah jangan darah Lisa. Aku menuju ke belakang rumah. Aku melihat satu nota tertampal di pintu belakang rumah sewa Lisa. Nota itu tertulis...
Rafiq! Kawan lama! Kau cari Lisa ke? Lisa ada dengan aku. Hahaha. Jumpa aku dekat hutan belakang sekolah lama. Cepat! Kalau kau nak Lisa selamat.
Cisss! Kurang ajar! Siapa yang berani buat macam ni dekat aku? Pengecut! Gunakan perempuan untuk dapatkan aku! Sial! Aku menggumpal nota berkenaan dengan marah, lalu aku melemparkan nota berkenaan ke lantai. Tanpa membuang masa, aku terus memandu menuju ke sekolah lama.
YOU ARE READING
AMNESIA
Mystery / ThrillerLisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya...