BAB 7

1.1K 66 0
                                    

Dah dua hari aku keluar dari rumah atok, tiada perkara buruk yang berlaku. Mungkin juga firasat aku tidak betul. Hari demi hari aku makin rapat dengan Rafiq. Aku seolah-olah menyenangi kehadirannya di samping aku. Tambahan pula, dia banyak membantu aku dalam pelajaran.


Aku berjalan kaki menuju ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan subjek yang diajar oleh Rafiq. Sejak duduk dalam hostel ni, aku mula mendekatkan diri dengan perpustakaan. Sewaktu aku menaiki tangga perpustakaan, telefon bimbit aku berbunyi nyaring minta diangkat. Aku melihat nama Laila, lalu aku mengangkat panggilannya.


"Hello Laila.", sapaku ceria.


"L..Liii... Liiisaaa...", Laila tergagap menyebut namaku.


"Kenapa Laila?", tanyaku kehairanan. Suaranya kedengaran ketakutan.


"Lisa.... Tolong aku... akuu... aku.. akuuu takut!!", katanya perlahan.


"Kenapa??? Apa jadi? Kau kat mana?", tanyaku mendesak.


"Aku kat rumah... Ada orang dalam rumah kita. Lisa. Aku takutt.. Tolong aku Lisa. Aku dalam almari bilik kau. Tolong aku....", katanya dalam tangisan.


"Okey, kau stay dalam almari tu. Jangan keluar. Aku.. aku balik sekarang. Hang on", mataku mula berair.


Aku dapat merasakan kakiku menggigil. Ya Allah, jangan sampai apa-apa terjadi dengan Laila. Please! Air mata ku mula mengalir tanpa henti. Aku berlari mendapatkan polis di sekitar U. Aku tersungkur kerana melanggar pasu bunga panjang. Lututku terasa pedih kerana luka tetapi aku mengabaikan rasa sakit itu. Yang penting sekarang ni keselamatan Laila. Laila tolong bertahan. Aku berlari mendapatkan polis yang berkawal.


Dari jauh, aku nampak seorang polis lelaki sedang berdiri. Aku menjerit "Polis!!!". Polis itu melihat ke arahku. Dia berlari mendapatkan aku. Dia bertanyakan aku kenapa. Aku tak menjawab. Dengan pantas tangan aku menarik polis lelaki itu ke dalam kereta polis. Aku suruh dia membawaku pulang. Polis itu tanpa banyak bertanya mengikut arahanku.


Air mataku tak berhenti-henti mengalir. Aku dapat merasakan polis lelaki ini risau dengan keadaan ku. Mulut aku seolah-olah terkunci untuk berkata apa-apa. Aku bersyukur kerana polis ini tidak memaksa aku untuk bercerita. Aku tak rasa aku mampu menceritakan apa-apa, selagi tidak berjumpa dengan Laila!


AMNESIAWhere stories live. Discover now