BAB 6

1.2K 68 1
                                    

Otak aku berserabut dengan kes aku diekori semalam. Siapakah yang berani mengekori aku di dalam universiti sedangkan kawalan polis ketat. Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur sebab ada anggota polis yang berkawal di dalam universiti, kalau tiada mereka aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku. Aku yakin, firasat aku kuat mengatakan bahawa semua ini ada kaitan dengan kem di Bentong setahun yang lepas. Tetapi apa yang terjadi di sana? Argh! Tak boleh jadi ni, aku kena tanya Laila. Laila mungkin tahu apa yang berlaku di sana. Aku mencapai telefon bimbit yang diselitkan di poket belakang seluar aku, lalu aku mendail nombor Laila.


"Hello Laila?", sapaku.


"Haa. Hello Lisa? Kenapa call aku pagi-pagi buta ni?", tanya Laila dalam keadaan mamai.


"Wei, bangunlah! Aku ada benda penting nak tanya kau ni.", amboi, tahulah cuti. Time ni pun membuta lagi.


"Benda apa? Tanya sekarang tak boleh ker?", rungut Laila.


"Tak boleh! Aku jumpa kau dekat dalam U lagi setengah jam! This is an order!", tegas aku memberi arahan.


"Aishhh! Yela yela!", katanya lalu mematikan telefon bimbitnya.


.....................


"Benda apa kau nak tanya?", tanya Laila.


"Pasal kem kat Bentong, Pahang setahun yang lepas."


"Ha. Kem tu. Kenapa?", tanya Laila.


"Kau kata aku dilanggar kan?", tanyaku serius.


"Err.. Ha ah.", jawab Laila.


"Wei, jawab panjang sikit boleh tak!", bentakku.


"Ye. Ye. Next question."


"Kau kata aku dilanggar di jalan raya sebelum subuh. Aku buat apa dekat luar waktu macam tu?", tanyaku, aku melihat wajah Laila berubah serius.


"Ha.. Itu yang aku pelik. Aku terfikir juga apa yang kau buat kat luar waktu macam tu. Tapi, waktu kau keluar dari bilik aku sedar. Waktu tu dalam pukul 2 pagi, aku ingat aku mimpi. Sebab tu aku pedulikan je, lagipun aku mengantuk waktu tu. Tapi aku tak sangka pula benda tu betul. Sorry Lisa, kalau aku tegah kau dari keluar mesti kau selamat waktu tu.", pintanya dengan penuh kesal.


"Aish. Tak de bendalah. Benda nak jadi. Aku keluar pukul 2 pagi?", tanyaku lagi.


"Ha ah. 2 pagi. Tapi yang aku peliknya, penjaga dapat call dari hospital pukul 6 pagi. Tapi aku pasti kau keluar bilik pukul 2 pagi sebab aku tengok jam.", kata Laila serius.


"Okey, kau kenal Nad?"


"Kenallah. Dia kan budak satu U dengan kita. Lagi satu, dia pun ada dekat kem tu sekali, tapi siapa sangka yang dia akan mati dibunuh di depan U. Kesian dia.", Laila meluahkan rasa simpatinya.


"Aku ada perselisihan faham tak dengan Nad?"


"Tak! Kau rapat kot dengan dia sebab korang satu group. Korang group paling sporting kot. Kenapa kau tanya macam ni Lisa? Pelik pula aku rasa."


"Laila. Selain daripada Nad dengan kau, aku rapat dengan sapa lagi? Haa. Satu lagi, kau kenal Rafiq?", tanyaku lagi.


"Rafiq? Oh, budak tu. Gila tak kenal, hot kot budak tu time dekat kem, tapi apa yang aku tahulah dia confess dekat kau tapi kau tak bagi jawapan pun. Budak lain? Budak group kau je la. Lagipun Lisa, kita tak rapat sangat dekat kem sebab kita sokmo diasingkan. Kau rapat dengan Nad lagi daripada aku."


"Ye ke? Apa yang jadi sebenarnya dekat kem tu ea?", bentakku dengan geram.


"Kenapa? Apa yang kau cuba recall sebenarnya?", tanya Laila kehairanan.

AMNESIAWhere stories live. Discover now