Pengkhianatan lagi?

778 52 1
                                    

Aku,Aisyah,Farhan dan Dania sudah bersedia di posisi bersedia.Eh?Asal cam pelik je ayat tu?Tapi lagi pelik Farhan sebab dia sorang je lelaki.Sodih!Tulah,siapa suruh bunuh Fayyad?Nampak tak kebodohannya disitu?

Aku mengeluh perlahan.Masa untuk bermain bermula lagi.Bila benda ni nak habis?Seriously aku dah tak tahan tak habis-habis main permainan yang serious macam poop.Ergh!

"Sedia,mula!"Jerit gadis bertopeng dan berjubah sambil melepaskan tembakan ke atas.Serentak itu aku dan kesemua pemain Play 'Till Die yang tinggal terkocoh-kocoh berlari mendapatkan donat yang bergantungan.

Kami tidak dibenarkan menggunakan tangan,jadi agak sukar untuk makan donat yang bergantungan tanpa menggunakan tangan.Ah!Lantaklah janji aku dapat keluar dari sini!

Aku menggigit donat itu dengan hanya 2 gigitan.Itu pun aku rasa dah cukup lama.Donat aku tak kunyah,terus aku telan je.Kemudian aku menyusun dadu yang bertaburan secara menegak.Perlahan tapi kemas aku membawa dadu untuk untuk ke meja yang terletaknya segelas air dan garisan penamat.

Aku kena hati-hati,kalau jatuh..aku terpaksa ulang balik masa weh masa!Sejurus aku meletakkan dadu yang telah aku susun diatas meja tanganku tangkas mencapai gelas yang berisi air.Sejurus sahaja air yang amat pahit itu masuk ke dalam mulut aku telan-telan dan telan.Akhirnya,aku berjaya..diikuti dengan Aisyah yang baru sahaja menghabiskan air miliknya.

Farhan dan Dania masih berada di donat bergantungan.Farhan dan Dania nampak senmgit.Selesai makan Dania laju menyusun dadu.Dia lebih pantas dari Farhan.Sedang Dania berhati-hati berjalan , terbuntang mataku apabila melihat Farhan dengan SENGAJA menolak Dania dan akibatnya dadu yang disusun oleh Dania jatuh.

Farhan cepat berjalan dan meninggalkan Dania yang masih terkulat-kulat menyusun dadu.Sebaik sahaja Farhan menghabiskan airnya,tembakan dan wisel serentak dilepaskan dan ditiup menandakan masa sudah tamat.Ya,Dania gagal permainan ini.

"Aku lupa nak bagi tahu korang,donat tu beracun"Kata Mystery Voice.Terbuntang mata aku apabila mendengar apa yang diberitahu mystery voice.

Aku cepat-cepat memegang leherku dengan rasa tak percaya.Ra..ra ... cun?

"Tapi jangan risau..air yang korang minum tu ubat dia."Kata Mystery voice lagi.Terus aku menghembus nafas lega.Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.Dania!

Aku terus berpaling dan melihat ke arah Dania.Dania seakan terketar-ketar dan kemudian rebah.Buih-buih putih keluar dari mulutnya.Aku menutup mulut dengan tangan menggigil , tak percaya.Seorang lagi manusia Farhan sudah bunuh.Pengkhianatan apa lagi yang kau nak lakukan selepas ni?

"Farhan!"Jeritku lantang

-tbc-

Log InWhere stories live. Discover now