BAB 2

134 6 0
                                    

Pada hari hujung minggu, Amsyar dikejutkan dengan kedatangan guru kelasnya. Dia merasa pelik bila gurunya dapat sampai ke rumahnya kerana tak semua rakannya tahu keberadaan rumahnya. Hanya Murali dan Chin sahaja yang tahu dimana rumahnya. Dia hanya mendiamkan diri sahaja didalam biliknya dan mencuri dengar perbualan neneknya dengan gurunya itu.

"Assalamualaikum." salam Cikgu Hakimi.
"Waalaikumsalam. Ye? Anak cari siapa ye?" tanya Nek Jah.
"Emm.. Mak cik, Amsyar ada? Saya Cikgu Hakimi, guru kelas Amsyar."
"Oh, Cikgu Hakimi. Masuklah cikgu. Amsyar ada didalam." suruh Nek Jah.
"Terima kasih mak cik." balas Cikgu Hakimi dengan senyuman.
"Duduk dulu ye cikgu. Mak cik panggilkan Amsyar sekejab."
"Baiklah makcik."

"Amsyar, Amsyar. Ni cikgu Hakimi datang nak jumpa dengan kamu ni Amsyar." panggil Nek Jah.
" Ye nek. Amsyar datang ni. Sekejab ye." balas Amsyar.

"Emm, cikgu. Assalamualaikum." tegur Amsyar dan menyalami tangan gurunya itu.
"Waalaikumsalam Amsyar." balas cikgu Hakimi.
"Emm, ada apa ye cikgu cari saya ni? Macam mana cikgu boleh sampai ke rumah saya ye?" tanya Amsyar. Pelbagai persoalan bermain difikirannya sekarang.
"Cikgu datang sebab cikgu ada benda yang nak dibincangkan dengan kamu dan juga nenek kamu. Tentang bagaimana cikgu boleh sampai sini tu, sebab cikgu tanya Murali dan Chin sebab cikgu tahu mereka rapat dengan kamu dan semestinya mereka tahu keberadaan rumah kamu."jelas cikgu Hakimi.
"Oh, apa yang cikgu nak bincangkan dengan kami?" tanya Amsyar lagi.
"Sebenarnya, cikgu datang ni ada hajat. Cikgu nak tengok kamu berjaya Amsyar. Masih belum terlambat untuk kamu menyambung semula pembelajaran kamu." terang cikgu Hakimi dengan penuh pengharapan.
"Tapi cikgu, siapa yang akan jaga nenek saya jika saya pergi sekolah nanti. Kami juga tak ada kewangan yang mencukupi untuk menampung kehidupan kami. Kalau saya bersekolah semula nanti pasti kos kehidupan kami semakin bertambah." balas Amsyar. Dia tahu cikgunya akan kecewa dengan kata-katanya itu.
"Kalau tentang kewangan, kamu jangan risau Amsyar. Pihak sekolah dah buat keputusan dan mereka dah bersetuju untuk menampung perbelanjaan harian kamu, termasuk wang bayaran sekolah." kata cikgu Hakimi.
"Tapi cikgu....." Belum sempat Amsyar meneruskan percakapannya, cikgu Hakimi memotong.
" begini sahajalah Amsyar. Kamu berbincang lah dahulu dengan nenek kamu. Pertimbangkan apa yang cikgu kata tadi ye. Cikgu harap kamu pilih jawapan yang betul dan terbaik untuk masa depan kamu."kata cikgu Hakimi dan terus meminta diri untuk pulang.

JANJI KUWhere stories live. Discover now