BAB 3

126 3 0
                                    

Setelah cikgu Hakimi pulang, Amsyar duduk di bangku yang terdapat di hadapan rumahnya sambil termenung. Dia memikirkan apa yang cikgu Hakimi kata kan padanya sebentar tadi.
"Apa yang kamu menungkan tu Amsyar?" tegur Nek Jah yang melihat cucunyabitu termenung jauh sejak kepulangan gurunya tadi. Amsyar sedikit terkejut dengan teguran neneknya kerana dia tidak perasan sejak bila neneknya itu berada di sebelahnya.
"Eh, nenek. Terkejut Amsyar dibuatnya. Tak ada apa lah nek. Cuma..." kata-kata Amsyar terhenti seketika.
"Cuma apa? Mesti kamu tengah fikirkan apa yang cikgu Hakimi kata tadi kan?" duga Nek Jah.
"Eh, macam mana nenek tahu? Bukan ke tadi nenek ke dapur?" tanya Amsyar.
Sebenarnya Nek Jah mencuri dengar perbualan cucunya dengan gurunya itu. Dia bersembunyi di sebalik dinding dapur rumahnya.
"Nenek dengar semuanya Amsyar. Nenek ada di sebalik pintu dapur tadi. Sudahlah Amsyar. Tidak perlu kamu berfikir panjang. Nenek tahu kamu nak sambung pelajaran kamu tu. Nenek pun nak tengok kamu dan Aina berjaya. Begitu juga ayah dan ibu kamu Amsyar. Apatah lagi tahun ni kamu akan menduduki PT3 kan." pujuk Nek Jah.
"Saya tahu nek. Tapi kalau saya pergi sekolah, siapa nak tengok- tengokkan nenek nanti?" tanya Amsyar.
"Tidak mengapa Amsyar. Tidak perlu kamu risaukan tentang nenek. Nenek dah besar panjang dah Amsyar, pandai lah nenek jaga diri nenek ni sayang. Sambunglah pelajaran kamu Amsyar, demi masa hadapan kamu nanti. Ye?"
"Baiklah, nek. Amsyar akan sambung kembali pelajaran Amsyar.

Keesokan harinya, seperti biasa Amsyar akan bangun pagi dan menyiapkan pakaian dan makanan untuk adik dan neneknya. Setelah itu, Amsyar bersiap-siap dengan pakaian sekolahnya dan menuju ke sekolah bersama adiknya. Dia mendaftarkan dirinya kepada pengetua sekolahnya, iaitu Encik Mahad. Amsyar memberitahu hasratnya kepada pengetuanya dan Encik Mahad berasa sangat gembira kerana pelajar yang menjadi atlet harapan sekolahnya itu telah kembali sekolah semula. Encik Mahad menyerahkan segal urusan tentang Amsyar kepada cikgu Hakimi.

Setibanya di hadapan kelas 3 Anggerik, Amsyar berhenti seketika dan menarik nafas sedalam-dalamnya, manakala cikgu Hakimi terus melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar semua." cikgu Hakimi memberi salam.
" waalaikumsalam cikgu.""selamat sejahtera cikgu" jawab pelajar 3 Anggerik. Mereka masih tidak menyedari kehadiran Amsyar di luar kelas tersebut.
"Hari ni cikgu ada berita gembira untuk semua. Kita akan menerima rakan kita semula yang selama ini pernah bersekolah dan sekelas dengan kamu semua." terang Cikgu Hakimi.
"Siapa cikgu?" tanya salah seorang pelajar kelas itu. Cikgu Hakimi tidak terus menjawab persoalan pelajar itu, sebaliknya terus memanggil Amsyar masuk ke kelas.
"Silakan masuk empunya badan."panggil Cikgu Hakimi. Amsyar perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam kelasnya. Semua pelajar terkejut dengan kehadiran Amsyar.
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua." sapa Amsyar.
"Amsyar?" semua menyebut nama Amsyar tanpa henti. Atlet lah katakan, siapa yang tak kenal dan tak suka. Dengan rupa paras yang ada pada Amsyar mampu membuatkan hati seseorang perempuan cair. Dahulu ramai yang meluahkan perasaan padanya, tapi semua dia tolak dengan cara baik kerana dia tidak mahu terbeban dengan perasaan lain selain cinta Ilahi. Bila sampai waktunya nanti baru dia akan mencari calon yang sesuai.
"Ye, Amsyar orangnya. Okey Amsyar, cikgu nak start mengajar ni. Boleh lah kamu cari tempat duduk ye?"suruh Cikgu Hakimi.
"Baiklah, terima kasih cikgu." balas Amsyar dan terus menuju ke meja sebelah Chin kerana tiada orang disebelah Chin.

JANJI KUWhere stories live. Discover now