Flashback 5 tahun lalu...
'Siapa cucu Nek Jah ye? Takut pula nak jumpa orang yang tak kenal ni. Kalau dia buat apa-apa dekat aku nanti macam mana? Dah la mama dah balik. Ditinggalnya aku dekat sini sorang-sorang.'desis hati Qaseh.
"Assalamualaikum."seseorang memberi salam.
"Waalaikum...salamm" jawab Qaseh dengan jedanya.
'Mak ai, handsome nya dia. Ni ke orangnya?'bisik hati Qaseh berkhayal sendirian.
"Cik?? Oh cik??" tanya pemuda itu lagi dengan melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Qaseh.
'Boleh berangan pula dia ni kat sini? Not bad juga lah rupa dia ni.'desis hati Amsyar.
"Cik!!!" sergah Amsyar lagi. Qaseh terus terkejut dengan sergahan tersebut.
"Oh mak kau handsome nak tak jadi laki aku!" latah Qaseh.
"Eh, maaf. Encik kata apa tadi ye?"laju Qaseh kawal malunya dihadapan pemuda tersebut.
"Saya tanya, boleh saya duduk sini?" tanya Amsyar lembut sambil menuding jari kearah kerusi yang berada dihadapan Qaseh itu.
"Oh boleh, boleh. Duduklah."
"Terima kasih."
"Ada apa ye awak nak jumpa saya?" tanya Qaseh.
"Saya Amsyar, ataupun nama penuh Zahirul Arman Amsyar. Saya datang sini sebab nenek saya nak saya kenal dengan awak." kata Amsyar.
"Oh, saya Qaseh Sophia."
"Cik Qaseh Sophia, jujur saya kata, hati saya belum terbuka untuk sesiapa lagi. So, saya tak nak bagi apa-apa harapan dekat awak buat masa sekarang. Tapi, kalau antara kita ada jodoh, ada lah. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia lagi. Saya harap awak faham."
" tak mengapa, saya faham. Saya pun masih belum bersedia dengan semuanya. "
"Terima kasih, Qaseh."
"Sama-sama, Amsyar."
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...