2 tahun kemudian...
"Pak long, mana Rayyan?" tanya Qaleesya.
"Rayyan? Ada dengan mak long rasanya." jawab Amsyar.
"Oh, okay. Bye Pak long. Nak jumpa Rayyan dulu."
"Bye Esya. Hati-hati jalan tu. Jangan lari-lari."
"Alright, boss.."
Rayyan, atau nama sebenarnya Zahirul Rayyan Adrian bin Zahirul Arman Amsyar, anak sulong kepada Amsyar dan Qaseh, berusia 2 tahun.
Esya, alhamdulillah dia selamat dan sihat sepenuhnya sekarang setelah melakukan pembedahan 2 tahun lepas, sebulan selepas Qaseh dan Amsyar berkahwin.
Pada mulanya Esya memberontak tak nak panggil Amsyar Pak long. Sebab dia dah terbiasa panggil Amsyar Dr Handsome. Tapi, lama kelamaan dia mengalah setelah mengetahui Qaseh mengandungkan Rayyan. Itu pun setelah diugut mamanya, kalau tak panggil Pak long, Esya tak boleh main dengan adik baby. Dan setelah itu, dia memanggil Amsyar dengan panggilan Pak long.
Aina pula, selamat bernikah bersama orang yang dicintainya, Aiman, setahun yang lalu. Siapa sangka pertemuan dimuka pintu bilik abangnya, mempertemukan dia dengan jodohnya, Aiman. Tajuk lagu tu, 'cinta muka buku'. Tapi, bagi mereka, 'cinta dimuka pintu'. Dan sekarang mereka sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka.
"Papa." panggil Rayyan.
"Ye sayang?" jawab Amsyar.
"Nak dukung."
"Alahai, anak papa ni. Dah besar pun manja lagi ye? Meh sini. Iyah, papa dukung ye."
"Yeayyy"
"Mana kak Esya? Tadi bukan tengah main dengan kak Esya ke?"
"Kak Esya ikut mak ngah. Dia kata dia nak makan."
"Lah, yeke. Abis tu Rayyan tak nak makan sekali?"
"Nak! Nak makan dengan papa."
"Haha. Yelah. Jom kita makan. Mama mana?"
"Mama kat dapur."
"Okay jom kita tengok mama."
**********
"Sayang." panggil Amsyar.
"Ha. Abang. Nak makan tak? Kalau nak, sayang hidangkan." jawab Qaseh lalu bertanya.
"Em, boleh juga." balas Amsyar lalu duduk di meja makan di dapur itu.
"Okey, sekejap ye."
"Mama.." panggil Rayyan.
"Ye Rayyan?"
"Nak kek." balas Rayyan menyebabkan Amsyar dan Qaseh melihat ke arah anak mereka itu.
"Kek? Kek apa sayang?" tanya Amsyar.
"Kek cheese."
"Okay, nanti kita beli ye."
"Tak nak beli."
"Abis tu? Kalau tak beli, macam mana nak makan?"
"Nak mama buat."
"Haih anak mama ni. Manja betul dia ye. Sama macam papa dia." jawab Qaseh.
"Hahaha. Of course lah. Like father like son, lah." jawab Amsyar dengan gelak tawanya.
"Memang patut lah sama. Perangai dua-dua tak ubah macam budak kecik. Yang Rayyan ni tak apa lah, memang kecik lagi. Yang papa dia ni, dah jadi ayah budak pun masih lagi perangai anak-anak dia tu tak hilang." bebel Qaseh.
YOU ARE READING
JANJI KU
Historia CortaKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...